Abu Ubaidah Al-Jarrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abu Ubaidah bin al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah, dan kemudian ke Madinah.

Kelebihan beliau[sunting | sunting sumber]

Hadis Nabi mengenai kelebihan Abu Ubaidah

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"

"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah"

Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau. Sehingga dalam peperangan menentang Rom Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid, Khalid berkata:

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi arahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada di atas kamu. Engkau lebih mulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah mengatakan kepada Umar:

"Wahai Umar. Apakah kamu mahu lari daripada takdir Allah?"

Umar yang merenung wajah Abu Ubaidah kerana merasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:

"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar. Namun umat Islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai Khalifah Rasulullah yang pertama.

Beliau juga dikenali oleh orang Islam dan Yahudi Madinah pada ketika itu sebagai perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para sahabat.

Suatu Peristiwa Di Perang Uhud[sunting | sunting sumber]

Peristiwa itu berlaku dalam peperangan Uhud apabila tentera Islam sedang bertempur dengan golongan Musyrikin yang tidak henti-henti menentang Islam.

Menurut satu riwayat, Abu Bakar berkata, ketika peperangan Uhud meletus, Rasulullah saw terkena panah. Dalam riwayat lain ada disebutkan dalam peperangan itu, Baginda terkena lemparan batu daripada pihak musuh.

Batu yang dilemparkan kepada Rasulullah itu terkena rantai pakaian perang (topi berantai besi) Baginda. Apabila terkena rantai itu, kepingan rantai yang patah itu tertusuk ke dalam rahang hingga dua gigi geraham Baginda tercabut. Ketika itu darah mengalir dari pipi Baginda dengan banyak.

Dalam suasana hiruk-pikuk peperangan itu, Abu Bakar berusaha mendekati Rasulullah, tetapi ketika itu ada seorang lain yang meluru dengan pantas seperti kilat ke arah Baginda.

Melihat ada orang yang berlari begitu pantas ke arah Rasulullah, ramai sahabat cemas dan bimbang kerana menyangka musuh Islam.

Bagaimanapun, akhirnya jelas didapati orang yang berlari kencang itu ialah Abu Ubaidah.

Sewaktu berada di sisi Rasulullah, Abu Ubaidah berkata: "Wahai Abu Bakar. Aku mohon dengan nama Allah agar engkau membiarkan aku mencabut besi yang tertusuk di pipi Rasulullah.”

Selepas dibenarkan berbuat demikian, Abu Ubaidah menggunakan dua gigi depannya untuk mencabut besi tajam yang tertusuk di pipi Rasulullah. Ini kerana ia tidak boleh ditarik keluar dengan tangan. Kalau menggunakan tangan, serpihan dan kepingan besi itu mungkin sukar dikeluarkan.

Riwayat ini adalah kisah yang sangat tragik mengenai perjuangan Rasulullah dan sahabat untuk menegakkan Islam.

Entah bagaimana Abu Ubaidah mendapat ilham yang dianugerahkan Allah kepadanya hingga dia mendekatkan mulutnya ke pipi Rasulullah untuk menggigit besi itu. Sejurus kemudian dia terus menariknya keluar.

Pada masa merapatkan mulutnya ke pipi Rasulullah itu, hidungnya tercium darah yang sedang mengalir pada pipi Baginda. Hal ini tidak sedikit pun menggusarkan Abu Ubaidah untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh kewaspadaan.

Apabila serpihan besi itu tercabut keluar, dua gigi geraham Rasulullah turut tercabut bersamanya.

Sebenarnya, Abu Ubaidah bukan saja bimbang gigi geraham Baginda tercabut tetapi dia takut bahagian yang lain turut tercedera. Dengan cara tindakan yang bijak itu, Abu Ubaidah dapat menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk lagi.

Melihat peristiwa yang berlaku di depannya itu, Abu Bakar berkata: "Aku dan Rasulullah amat terharu di atas kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah itu."Memanglah benar, kalau kita teliti riwayat berkenaan, kita akan dapati ada unsur kesetiaan dan pengorbanan yang amat tinggi daripada Abu Ubaidah terhadap Rasulullah.

Kematiannya[sunting | sunting sumber]

Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar, Abu Ubaidah menjadi panglima besar bagi menggantikan Khalid bin al-Walid untuk menjadi panglima perang di Syria. Beliau berjasa besar dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom Byzantine dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Khalifah Umar mengkehendaki beliau sebagai calon khalifah selepasnya (Umar), namun beliau meninggal dunia terlebih dahulu akibat suatu wabak pada 640 M.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]