Abu Ziya Bey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abu Ziya Bey (1849-1913) atau Abu Ziya Tevfik, ialah salah seorang sasterawan Turki Uthmaniyyah yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Beliau belajar di Eropah selama beberapa ketika dan menguasai bahasa Perancis. Beliau bekerja dan memiliki kedudukan penting di dalam Empayar Uthmaniyyah, di antaranya ialah Pengarah Sekolah Kesenian dan anggota Majlis Syura. Beliau menerbitkan sebuah majalah dengan namanya sendiri Majmu'ah Abudh Dhiya, kerana kata majmu'ah bererti majalah dalam bahasa Turki. Namanya dinisbahkan kepada putera tertuanya Ziya. Sultan Abdul Hamid II mengasingkannya ke Rhodes dan Konya. Beliau kembali ke Istanbul setelah revolusi 1908 yang diatur guna untuk melawan Sultan. Setelah revolusi, beliau telah menjadi Pengetua Parlimen untuk daerah bandar Anatolia. Beliau pernah memiliki percetakan yang pernah ditutup dan kembali dibuka, serta menerbitkan kembali surat khabar gurunya Sunasi, Tashwir Afkar. Di antara karya-karyanya ialah:Namadzij minal Adab al-Utsmani, al-Ummatul Israeliyyat, Ibnu Sina, Napoleon, dan al-Uthmaniyyun al-Judad.