Aceh Singkil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kabupaten Aceh Singkil
Lambang Kabupaten Aceh Singkil
Lambang Kabupaten Aceh Singkil
Moto: -


Peta lokasi Kabupaten Aceh Singkil
Peta lokasi Kabupaten Aceh Singkil
Koordinat: -
Provinsi Aceh
Dasar hukum UU No.14 Tahun 1999
Tanggal 20 April 1999
Ibu kota Singkil
Pemerintahan
 - Bupati H. Makmur Syahputra, SH. MM
 - APBD  
 - DAU  
Luas 3,578 km²
Penduduk
 - Total 94,800
 - Kepadatan 27
Demografi
 - Kod telefon 0658
Pembahagian pentadbiran
 - Kecamatan 10
 - Kelurahan 127
 - Tapak web www.acehsingkilkab.go.id

Kabupaten Aceh Singkil berada di hujung barat daya Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD), Indonesia. Merupakan hasil pecahan Kabupaten Aceh Selatan dan sebahagian wilayahnya berada di dalam kawasan Taman Nasional Gunung Leuser. Kabupaten ini juga terdiri dari dua wilayah, iaitu daratan dan kepulauan. Kepulauan yang membentuk kawasan kabupaten Aceh Singkil adalah Kepulauan Banyak. Singkil berada di jalur barat Sumatera yang menghubungkan Banda Aceh-Medan dan Sibolga, namun demikian jalurnya lebih bergunung-gunung dan jalan laluan perlu diperelokan agar wilayah tidak terasing. Diharapkan dalam masa yang singkat, Pelabuhan Singkil dapat digunakan sebagai pelabuhan laluan untuk sampai ke jalur barat Sumatera.

Namun demikian terdapat tuntutan dari sebahagian masyarakat di sana untuk mendirikan Pemerintahan Kota di Kecamatan Simpang Kanan dengan nama Kota Subulussalam dan masih diperjuangkan sampai ketika ini di peringkat pusat. Daerah ini merupakan salah satu kawasan di NAD yang agak bersih dari aktiviti Gerakan Aceh Merdeka, jika ada kekacauan di situ, ini merupakan tempias dari aktiviti mereka di Kabupaten Aceh Selatan.