Adam Corrie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adam Corrie
Kelahiran (1968-11-11) 11 November 1968 (umur 55)
Nama lainFrankie Lee, Corrie Lee, Adam Corrie Lee bin Abdullah
KerakyatanMalaysia
PekerjaanPelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas
Tahun aktif1984–kini
PasanganFazima Fuad (k. 2008)[1]
Anak-anakAdam Fateh Lee
AnugerahTokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor 2017 (Saudara Kita)
Laman web rasmiwww.adamcorrie.co

Adam Corrie; (lahir 11 November 1968) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau menggunakan nama Adam Corrie selepas memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam beliau menggunakan nama Corrie Lee. Manakala sebelum terlibat dengan bidang lakonan, nama Frankie Lee digunakan ketika aktif sebagai pereka tari dan penari profesional.

Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali.

Beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon sebanyak 31 buah filem. Antara filem-filem lakonan beliau termasuk Spinning Gasing (2001), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), GK3 The Movie (2005), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010) dan KL Gangster (2011–2013).[2] Sebagai seorang penari, beliau pernah menjadi penari di beberapa rancangan televisyen termasuk Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Beliau pernah menjadi kolumnis jemputan di akhbar Metro Ahad selama dua tahun dari 2016 hingga 2018 di ruangan HIdayah. Beliau juga ialah seorang pereka tari profesional (koreografer).

Pada tahun 2017, Beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah[3] - Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, beliau juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi, antaranya ialah Juara Peter Stuyvesant Dance Competition pada 1995 dan Juara Big 2 World Dance Championship di Filipina pada 1999 dan banyak lagi.

Melalui pengalaman yang telah ditimba, beliau mula menjinakkan diri sebagai koreografer profesional pada awal 1990. Beliau mula mengorak langkah setapak sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu Spinning Gasing pada tahun 1998 (ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee) dan sehingga kini beliau tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kemeja-T di bawah jenama Mr & Mrs Adam Corrie www.adamcorrie.co

Dari 2009 hingga 2013, beliau paling dikenali menerusi kerjasamanya bersama Syamsul Yusof di mana beliau telah berlakon dalam empat filem arahan Syamsul. Dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), beliau memegang watak sebagai John, seorang bapa ayam dan orang kanan Azam lakonan Aaron Aziz.[4] Adam Corrie memegang watak sebagai Alex, ketua samseng dan sindiket dadah dalam filem Evolusi KL Drift 2 yang menjadi kejayaan pecah panggung.[5] Beliau seterusnya memegang watak Dragon dalam filem aksi KL Gangster yang meraih kutipan RM11 juta,[6] Adam Corrie kembali menjayakan semula wataknya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada Oktober 2013.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2007, beliau telah kembali pada fitrah secara rasmi.[Nota 1] Berasal dari keluarga Cina yang menganuti agama Buddha. Beliau giat belajar mengenali Islam sebelum memeluk Islam lagi.[9] Beliau mempelajari bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardhu ain.[10]

Beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.[11]

Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah (menganut agama Islam) beliau sekarang sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas Saudara Baru di Pejabat-pejabat Kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah[12] yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri.[13]

Cabaran Adam Corrie sebagai seorang saudara baru ialah beliau pernah dilarang Solat dan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah bersama isterinya di lokasi penggambaran.[14] Selain itu beliau juga dimanipulasikan gambar dan penampilannya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan agenda politik sehingga menjejaskan imej beliau sebagai artis yang neutral dalam politik. [15][16][17]

Cabang lain[sunting | sunting sumber]

Kembara Iman Saudara Baru diwujudkan oleh Adam Corrie iaitu satu program khusus untuk saudara baru pergi mengerjakan umrah bagi memantapkan akidah. Program pertama beliau pada 10 Jun 2015 telah berjaya membawa seramai 23 orang saudara baru dengan mengumpul dana dari orang perseorangan. Manakala Kembara Iman Saudara Baru kedua,[18] iaitu pada tahun 2016, Adam Corrie telah membawa 40 orang saudara baru dengan jayanya. Beliau juga telah memegang jawatan dalam organisasi NGO iaitu Pengerusi Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah Malaysia, dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Spinning Gasing Taiko Filem pertama, sebagai Frankie Lee
2003 City Sharks Jimmy Filem Singapura
Paloh Wong Sebagai Corrie Lee
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Chong
2005 Pontianak Menjerit Somchai
GK3 The Movie Michael
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Corey
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam John
Setem Lao
Jin Notti Boboy Gangster
My Spy Joy
2010 V3 Samseng Jalanan Sam Seng
Evolusi KL Drift 2 Alex Penampilan khas
2011 KL Gangster Dragon
Second Virgin Filem Jepun
Libas Propchai
Misteri Jalan Lama Zak
2013 Gangster Celop Ah Meng Pelakon undangan
Tau Fu Fah David
KL Gangster 2 Dragon
2014 Gila Baby Chong
Victory Master Filem Tamil
Kaki Kitai Brenggo
2015 Cicakman 3 Hassan
Darah Panas Cicak
Kapsul Leftenan Junjiro Kodomo
2016 Zack Kapcai Tauke Penampilan khas
Radhi Rudy Bin Dadu Pelakon Perogol
2017 Cinta Paradoks
2019 Kafir Brian
2020 Ada Apa Dengan Dosa Yusuf Lee
Tyckooouns Pangsit
2021 Antaramasa Michael
2022 Anak Rimau The Movie Wilson
2023 Penanggal Mak Kiah Pak Akub
Amin Tuan Melur
Bangkitkan Aku Kembali Ustaz Daniel Penampilan khas
2024 Seram ke tu?
TBA Takluk: Inspirasi Lahad Datu

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2011, 2014–2021 Gerak Khas Pelbagai watak TV2, TV3
2005 Meniti Bara TV2
2006–2008 Dilema Wanita Pelbagai TV1
2007 Fantasia Cinta Dobi TV2
Mat Jenin TV9
Selumbar di Hati Mama Astro Prima
Kaizer TV3
Kisah Abang Astro Ria
2008 KL Menjerit The Series
2010 Roh Kembali... Chiko TV3
Katsarin Sam Cai TV2
Budak Kidal Ah Meng
2011 Kapoww!! The Series Astro Ria
Ranjau Kehidupan TV2
Beret Hijau Sarjan Fong TV1 Musim pertama
Dewa Cintaku TV3
Akinabalu Sarjan Jepun Astro Citra Penampilan khas
2012–2013 Metro Skuad Peter TV2
2013 Budak Kidal TV1
Tanah Kubur (Musim 6) Adam Astro Oasis Episod: "Muallaf"
Cinta Dan Wahyu Rahman TV AlHijrah Pelakon undangan
Dendan 5 Beradik Astro Box Office
Roda-Roda Kuala Lumpur TV2 Episod: "Drifter Samseng"
2014 Titisan Darah Pahlawan
Beret Hijau 2 Lt. Fong TV1 Musim kedua
2015 Sketso Astro Warna
2016 Kerambit Ismail TV2
2017 Arluna Astro Prima
2018 Terbaik Dariku Tiger TV3
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Jackie Astro Ria
Imaan Ah Beng
La Luna TV2 di siarkan pada tahun 2022
Ombak Rindu The Series Roland Iflix
2019–2020 Suri Katriana Chat Chai Astro Prima
2021 Oh My Netizen TV2
Seram Tak Seram Ah Meng TV9
2022 Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Tiger Chong Astro Ria Penampilan Khas
Remang Pakcik Hassan TV3 Episod "Pakcik Tumpang"
2023 Jiran ku Sayang Uncle Chan TV1 13 Episode
I Love You, Stupid Hakeem Viu & TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2004 Seriau Rocket VCD
2008 Terminal Sayang TV1
2010 Bo Gat Ricky Tan TV2
2009 Tuntutan Maut TV3
Platun Satria
2011 Aku Bukan Julaibib Adam TV AlHijrah
7 Lagu Dagu Astro Citra
2012 Di Luar Bukan Syurga TV2
Tasbih Muallaf Astro Prima
2013 Hafiz Tahfiz TV AlHijrah
Kerana Anggun Astro Prima
Untukmu Muhammad Razak TV9
Nasi Ayam Nasi Itik TV1
2014 Matahari Terbit Lagi Leong TV AlHijrah
Bibir Tanpa Zikir Baktihar TV9
2015 Dendam 5 Beradik Astro Citra
Kasih Marhanis
2018 Selirat Baba TV3
2019 Terima Kasih Ibu Brahim

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2009 Mahsuri
2010 Magika

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2003 Pastikan ORI Baru Beli bersama Rahim Jailani, Salina Saibi dan Shaleen Cheah
2015 GST

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
2003 Akademi Fantasia (musim 1) Astro Ria
2004 Akademi Fantasia (musim 2)
2005 Mentor TV3
2006 Akademi Fantasia (musim 4) Astro Ria
2012 Mari Menari (musim 1)
2013 Salam Muslim Astro Oasis
Romantika Astro Ria
Fundance TV2
2015 Jalan Orang Mukmin (Musim 3) TV AlHijrah
2016 Diari Fakir Astro Prima
Hajat : Masjid al-Aqsa
2018 Into Jannah Astro Oasis
2020 Diari Hijrah TV2
2022 Sembang Sahur TV3
2023 Panoramo : Air Mata Palestine TV1

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berdasarkan pernyataan beliau di fan page Facebook beliau: "Ya saya berbangsa Cina yang beragama Islam."[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Faizal Saharuni. "Panggil sayang selepas bernikah". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 4 Februari 2014.
  2. ^ Sisi antagonis Adam Corrie Lee Diarkibkan 2014-09-12 di Wayback Machine Kosmo! (29 Mei 2011). Dicapai pada 17 November 2011.
  3. ^ Adam Corrie terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita Diarkibkan 2018-11-05 di Wayback Machine Kosmo! (22 September 2017). Dicapai pada 17 November 2017.
  4. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
  5. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (9 April 2010). "Evolusi KL Drift 2 dapat sambutan". Berita Harian. Dicapai pada 15 April 2010.[pautan mati kekal]
  6. ^ "KL Gangster memang terbaik". Utusan Malaysia. 19 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  7. ^ Eddino Abdul Hadi (4 Oktober 2013). "Brothers gang up in KL Gangster 2". The Straits Times. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  8. ^ "Adam Corrie". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 11 Disember 2013.
  9. ^ Pelakon Popular Tutup Rezeki Adam Corrie Diarkibkan 2014-02-27 di Wayback Machine mStar Online (19 Ogos 2013). Dicapai pada 17 November 2013.
  10. ^ Adam Corrie Lee Diarkibkan 2014-02-25 di Wayback Machine Utusan Malaysia (13 Ogos 2011). Dicapai pada 17 November 2011.
  11. ^ Mukjizat cahaya Islam - Adam Corrie Lee Abdullah Kosmo! (8 Disember 2008). Dicapai pada 17 November 2009.
  12. ^ Fitrah Ramadan 2014 peluang artis beramal Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2014.
  13. ^ Istiqamah Adam Corrie Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2017.
  14. ^ Adam Corrie pernah dilarang solat di lokasi penggambaran Diarkibkan 2014-09-11 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 17 November 2015.
  15. ^ Adam Corrie rugi lebih RM40000 punca pencarian Diarkibkan 2014-09-11 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 17 November 2015.
  16. ^ Adam Corrie nafi sertai pas Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2014.
  17. ^ Saya bukan ahli Pas - Adam Corrie Diarkibkan 2014-09-11 di Wayback Machine Utusan Malaysia (24 Mei 2014). Dicapai pada 17 November 2014.
  18. ^ Kembara Iman Saudara Baru Adam Corrie Dicapai pada 17 November 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "Adam Corrie dilantik duta MAIWP dan ketua ikon program Jom Celik al-Quran" ada tetapi tag <references group="Adam Corrie dilantik duta MAIWP dan ketua ikon program Jom Celik al-Quran"/> yang sepadan tidak disertakan