Adam Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Adam Hamid adalah pelakon dan pengarah muda dari Malaysia. Adam Hamid adalah kacukan Kelantan-Pakistan. Adam juga bekas handyman ini menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair untuk slot RTM pada tahun 2001.

Pelakon dan pengarah fiem[sunting | sunting sumber]

Adam memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun.

Beliau menjadi penerbit filem ‘Cinta Terakhir’ dan pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Anggun, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Beliau juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.

Sertai PAS[sunting | sunting sumber]

Beliau sertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan pada Julai 2012. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau menjadi ahli PAS seumur hidup dan berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat. Beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]