Adams (kumpulan nasyid)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adams
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrenashid pop dance
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
Laman utama
AhliAzroul Shahrain bin Azmi
Muhammad Arrif bin Yaakop
Shahrizal Mohd Ross
Akbar bin Azmi
Mohamad Rizal bin Abd Rahman
Irwanyzan bin Idris
Adams membuat persembahan

Kumpulan Adams ialah sebuah kumpulan yang berasal dari Malaysia yang ditubuhkan sekitar bulan September 1998. Ia bergelar Adams, satu nama yang ringkas, mudah disebut dan bertunjangkan kepada tiga bahasa; Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Secara literal, Adams membawa maksud 'generasi Nabi Adam' di mana ia menggambarkan kumpulan ini sebagai pembawa mesej ketuhanan dan kemanusiaan selaras dengan konsep khilafah yang diwarisi sejak turun temurun daripada manusia yang pertama diciptakan Allah SWT.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Adams di Ulu Yam sekitar tahun 2000

Pada mulanya Adams dianggotai oleh 6 anak muda yang rata-ratanya pernah terlibat secara langsung dalam industri nasyid sebelum ini yang mana ia telah dipertemukan dan digabungkan menerusi saudara Yasin daripada kumpulan Brothers yang juga bertindak sebagai penerbit dan pengurus Adams ketika itu. Mereka ialah saudara Azroul Shahrain, Muhammad Arrif, Shahrizal Mohd Ross, Akbar Azmi, Mohamad Rizal dan Irwanyzan. Azroul merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Saf Alternaf manakala Rizal pernah bersama kumpulan Putera dan Gema Mujaddid. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila 4 daripada mereka menarik diri dan membawa haluan masing-masing walaupun ketika itu penerbitan album pertama Adams hanya menanti saat untuk dipasarkan.

Bermula dengan penarikan saudara Irwanyzan pada pertengahan bulan April 2000 yang berhijrah seketika masuk menggantikan saudara Yasin sebagai vokalis kumpulan Brothers sebelum membawa haluan sebagai artis solo (MIG Records), diikuti saudara Akbar Azmi yang meneruskan perjuangan bersama Brothers manakala Shah dan Rizal menarik diri untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing. Irwanyzan sebagai artis solo pernah muncul dengan album berentak pop, menampilkan lagu-lagu seperti Kau Pergi Jua dan Bila Kau Tersenyum. Beliau turut diingati sebagai bekas kekasih pelakon Lisdawati sebelum hubungan mereka retak, dan Lisdawati berkahwin dengan pelakon Fauzi Nawawi. Akbar bersama Brothers muncul dengan album Untukmu Teman dan Brothers Reunited, dan selepas itu beliau muncul dengan album solo berentak hip hop, berjudul Alpha, menampilkan lagu-lagu seperti Manusia Lupa dsb.

Azroul dan Arrief terus bersama Adams dengan ahli-ahli baru seperti Muhamad Sallehuddin (Dien), Johan Amri (Joey) dan Md. Rashid Johani (Sheed).

Dari kiri: Azroul, Shah, Akbar, Rizal, Irwan, Arrif

Ahli-ahlinya[sunting | sunting sumber]

  • Azroul Shahrain bin Azmi
  • Muhammad Arrif bin Yaakop
  • Shahrizal Mohd Ross
  • Akbar bin Azmi
  • Mohamad Rizal bin Abd Rahman
  • Irwanyzan bin Idris
  • Muhamad Sallehuddin
  • Johan Amri
  • Md. Rashid Johani

Konsep Album, Muzik dan Imej[sunting | sunting sumber]

Adams lebih menjurus ke arah irama pop dance, satu alunan irama yang menjadi kesukaan muda-mudi masa kini. Eksperimen ADAMS terhadap irama pop dance ini menghasilkan satu bentuk konsep yang baru, satu bentuk khazanah seni yang lebih ketimuran dan tidak keterlaluan, iaitu irama dance music yang diberi suntikan nasyid. Secara keseluruhan, ADAMS mempersembahkan lagu-lagu yang ceria, easy listening dan cathcy. Lagu-lagu ADAMS dikuatkan oleh lirik-lirik yang mudah tapi puitis, merangkumi mesej yang universal bertunjangkan ketuhanan dan kasih sayang sesama manusia.

Adams membawa penampilan yang elegan dan kemas, sesuai dengan konsep album dan muzik yang dibawa. Imej sebegini penting kerana sasaran utama Adams ialah golongan remaja yang biasanya mengangkat imej artis sebagai ikutan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu:

Sekian Lama Terlena, Seri Seroja, Cahaya Yang Tinggal, Impian, Ratu Hati, Tawakkal, Mengimbas Kenangan, I Found You.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]