Aedy Ashraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Addy Ashraf)
Aedy Ashraf
Kelahiran
Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi

(1993-09-20) 20 September 1993 (umur 30)
Nama lainAddy Ashraf
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2003–kini
Ketinggian176 cm (5 ka 9 in)
Ibu bapaLiza Zain (ibu)

Mohammad Addy Ashraf Rosmadi atau lebih dikenali sebagai Aedy Ashraf (Jawi: ايدي أشرف) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan di usia 10 tahun pada 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau paling dikenali sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya; Shafiq dalam Oh My English! dan Mukhriz dalam Cinta Tiada Ganti. Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Aedy Ashraf mewarisi bidang lakonan daripada ibunya, pelakon veteran terkenal, Liza Zain. Di usia 10 tahun pada tahun 2003, Aedy memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak dengan membintangi filem komedi Jutawan Fakir arahan Abdul Razak Mohaideen yang mana beliau memegang watak sebagai Azman, seorang gelandangan. Menerusi filem ini, beliau berlakon di samping nama-nama besar seperti Saiful Apek, Bob Kuman, Waheeda dan Farid Kamil.

Beliau kemudian muncul pula dalam filem Cinta Kolestrol dengan memegang watak sebagai Ahmad Yusry kecil, manakala watak dewasanya dilakonkan oleh Yusry Abdul Halim. Pada tahun 2004, beliau membintangi drama pertamanya, Doa Imran dengan memegang watak sebagai Imran. Aedy mendapat pengiktirafan meluas sebagai pelakon kanak-kanak menerusi watak Mawi lakonannya dalam filem Tentang Bulan yang ditayangkan pada 21 Disember 2006. Filem ini turut dibintangi oleh Nik Adruce, Fatin Afeefa dan Erin Malek. Menerusi filem ini, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20.

Beliau membintangi telefilem pertamanya, Cerita Adam yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan watak sebagai Rahmat. Pada tahun 2009, Aedy berlakon bersama Elfira Loy yang memegang watak tajuk dalam drama Qalesya yang bersiaran di Astro Prima yang mana beliau memegang watak sebagai Muhammad.

Pada tahun 2010, Aedy memegang watak Faiz dalam siri televisyen Disney Channel, Waktu Rehat yang antara lain turut dibintangi oleh Nik Adruce, Sweet Qismina, Tengku Iezahdiyana dan Elfira Loy. Siri ini telah bersiaran sebanyak 3 musim dan merupakan versi tempatan untuk francais As the Bell Rings yang diadaptasi dari siri TV Itali, Quelli dell'intervallo.

Antara 2012 dan 2013, beliau membintangi drama pendidikan Oh My English! sebanyak 2 musim di Astro TVIQ. Beliau memegang watak sebagai Shafiq, beliau kembali melakonkan wataknya dalam telefilem Oh My Ganu!. Drama Separuh Jiwaku (2014) telah menyaksikan beliau kembali digandingkan bersama Elfira Loy. Menerusi drama yang disiarkan di Slot Ratu TV9, Aedy memegang watak sebagai Emir Izlan, seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala Lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Beliau juga berlakon dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, memegang watak sebagai Tajul Zahin, adik Tajuk Razin lakonan Amar Baharin.

Pada tahun 2015, beliau berlakon dalam dua episod terakhir drama remaja, Dunia Generasi Baru yang dibintangi oleh Kaka Azraff, Natasha Elyzza, Erwin Dawson, Fadlan Hazim, Zahirah MacWilson dan Ben Amir. Setahun kemudian, beliau berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Jasmine dan Lara Aishah.[2]

Pada tahun 2017, beliau berlakon dalam filem Dorm Melati arahan Eyra Rahman dengan memegang watak sebagai Adam. Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 11 tahun sejak Tentang Bulan (2006) dan juga satu-satunya filem lakonan beliau dalam tahun 2017.[3] Pada tahun yang sama, Aedy berlakon dalam beberapa drama televisyen, antaranya ialah Suamiku Paling Sweet sebagai Hakimi, Bahagia Kasihmu sebagai Nazril dan Hero Seorang Cinderella sebagai Darius. Beliau seterusnya membuat penampilan sulung muzik video dengan membintangi muzik video lagu "Pematah Hati" nyanyian Nabila Razali.

Aedy berlakon dalam tiga drama TV serentak dalam tahun 2018, antaranya ialah Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Beliau memegang watak sebagai Mukhriz yang dipadankan daripada watak Christian lakonan Jericho Rosales dalam versi asal Fillipina. Beliau juga muncul dalam drama Papa Nak Menantu lakonan Jaja Iliyes dan Hafidz Roshdi. Tawaran berlakon filem juga diperolehinya apabila membintangi dua filem, iaitu Blok 404 dan Gol & Gincu Vol. 2.[4]

Pada tahun 2020, beliau memegang watak sebagai Tongki dalam Budak Tebing dan kembali melakonkan wataknya dalam kesinambungannya. Drama lain yang dibintanginya pada tahun itu juga termasuk Memoir Kamila dan Biar Mereka Cemburu. Pada tahun 2021, beliau juga muncul dalam drama pendidikan Projek: Anchor SPM yang berkisarkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar 2000. Drama arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Beliau juga berlakon di samping Amelia Henderson dalam drama Kisah Cinta Kita yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[5]

Aktiviti lain[sunting | sunting sumber]

Di luar kerjaya lakonan, Aedy merupakan pemilk dan pengasas bersama gerai snek kentang goreng, Fam Fries yang beroperasi di The Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Aedy berkata, idea untuk mengusahakan perniagaan makanan bermula ketika mencuba kentang goreng serupa di gerai rakannya pada 2016.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, beliau dikatakan bahawa beliau pernah bergosip dengan pelakon Fasha Sandha yang juga merupakan isteri kepada Aidil Aziz.[7] Beliau juga merupakan seorang yang berpegang pada prinsip mendahului bakat, dan bukan bersandarkan populariti.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Jutawan Fakir Azman Filem pertama
Cinta Kolestrol Ayie/Yusri (kecil)
2004 Tangkai Jering Ashraf
I Know What You Did Last Raya Roslan(kecil)
2005 Tak Ori Tapi Ok
2006 Tipah Tertipu The Movie Amer (kecil)
Remp-It Penampilan khas
Tentang Bulan Mawi
2017 Dorm Melati Adam
2018 Blok 404 Duan
Gol & Gincu Vol. 2 Mateen
2023 Tebus Johan
War On Terror: KL Anarki Khalid
2024 Klepet
TBA Tentang Bulan 2 Mawi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Doa Imran Imran
2005 Sepasang Songket Biru
2006–2008 Dunia Baru Didi TV3
2009 Qalesya Muhammad Astro Prima
2010–2012 Waktu Rehat Faiz Disney Channel
2010 Cornetto Inikah Cinta? Amil Astro Ria
2011 Hero Komik TV2
Cinta Elysa Khairul TV3
2012 Citra Juwita Ilham TV9
Spy M Shafiq TV3
Oh My English! (musim pertama) Astro TVIQ
2013 Oh My English! (musim ke-2)
Sahabat Aliff Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 7) Astro Oasis Episod: "Suami Dayus"
2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Putera Astro Mustika HD
Separuh Jiwaku Emir Izlan TV9
Kerana Terpaksa Aku Relakan Tajul Zahin TV3
Kampung Simpang Burung Abdul Rahman
Ema Emyliana (Musim 2) Zack
2015 Ema Emyliana (Musim 3)
Delina Danish
Dunia Generasi Baru Andy TV9
Dee The Series Alif Astro Ceria
2016 Bodyguard Hakim TV3
Jasmine Kpeng
Cinta Macarons TV2
Sesal Separuh Nyawa Razif Unifi TV
Lara Aishah John Astro Prima
2017 Syurgaku Tak Sempurna Tengku Zahir HyppTV
Cinta Samar TV1
Suamiku Paling Sweet Hakimi TV3
Black Belt Kaler Pink Daniel Astro Warna
Bahagia Kasihmu Nazril TV3
Hero Seorang Cinderella Darius Astro Ria
Dendam Aurora Hadi Astro Prima
2018 Papa Nak Menantu Nazim TV3
3 Gadis Manis (Musim 2) Noah Astro Gempak
Cinta Tiada Ganti Mukhriz Astro Prima
2019 Entiti Mistik
Aku Yang Kau Tinggalkan Zainal Azman TV1
2020 Dua Takdir Cinta Mikael Astro Prima
Budak Tebing Tongki TV3
Memoir Kamila Hisyam TV1
Biar Mereka Cemburu Fetri Astro Ria
2021 Projek: Anchor SPM Aizat Astro Citra
Budak Tebing 2 Tongki TV3
Shah Alam 40000 Daniel
Kisah Cinta Kita Amer
2022 Nurlaila Imran TV1
Bila Hati Memilih Dia Nazril TV3
Kudeta Putra Pramudya Astro Ria
Budak Tebing 3 Tongki TV3
Kerana Cinta Itu Ada Aisy
2024 I.D. Jazman Rahim Astro Premier
Lelaki Itu Khairullah TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Cerita Adam Rahmat TV1
2011 Mahligai Itu Milikku Aidil TV9
8 Bahagian Ashraf TV1
Si Puteh Fadil TV3
2012 Pulang TV9
Lobak Amir
2013 Setia Hujung Nyawa Raya Qarun TV3
Banglo Seksyen 2 Allee Astro Ria
Oh My Ganu! Shafiq Astro TVIQ
Surat Di Bawah Pintu TV9
Designer DD Naik Haji TV1
2014 Imam Bisu Ayeng Astro Oasis
Salam Buat Kekasih Muis TV9
Kemelut Dosa Fathullah TV3
2015 Gadis Tudung Merah & Labu Labi Astro Prima
Kubur Berdarah Astro Ria
2016 Reza, Arman Dan Bill Reza TV3
2017 Bukan Cinta Biasa Aiman TV2
Komplot TJ Astro Citra
Cerita Dari Dinding Radzi TV1
2018 Lakaran Cinta Wafi Unifi TV
Kembalikan Sinarnya Azali TV3
Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi TV2
Cinta Untukku Rizqi TV Okey
2019 Kau Selalu Di Hatiku Ridzuan TV1
Puisi Wan Malini Ehsan
Abang Hidung Merah Izlan
Wali Jantan Semantan
2020 Satu Kampug Dua Orang Bidin Astro Citra
Heri Bota Heri TV1
10 Malam Terakhir TV Okey
Keranaku Mencintaimu Iskandar TV1
Aku Bukan SyurgaMu Haidar
Makbul Akhbar TV3
2021 Dia Abangku Qori
2022 Setia Syakir TV2
Dania Luqman TV3

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan Watak Catatan
2004 Kementerian Pendidikan Malaysia Samad
2018 Pizza Hut Dirinya sendiri bersama Diana Danielle
2022 Calvin Klein Dirinya sendiri

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2013 My Ghost Story Asia Bio.
2016 Relaks Selebriti Astro Ria
2017 Awak Kat Mana
Bas Ria bersama Syafiq Kyle
2018 Terbukti Lazat TV Okey

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Siapa Diriku" Amylea ft Nadia Aqilah
2017 "Pematah Hati" Nabila Razali

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2007
Festival Filem Malaysia ke–20
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Dirinya sendiri Tentang Bulan Tercalon
2023
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35
Aktor TV Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aedy Ashraf hadam kritikan Diarkibkan 2018-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (1 Ogos 2017). Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Januari 2016). "Saksi 3 generasi dunia hiburan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
  3. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (23 Januari 2017). "Tukar imej lebih matang". Berita Harian. Dicapai pada 21 Disember 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Ogos 2018). "'Saya sangat privasi'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
  5. ^ Hanis Aliaa Hidzir (16 Disember 2021). "Gandingan hebat Aedy Ashraf, Amelia Henderson". Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  6. ^ Najiy Jefri (15 Mac 2019). Lupakan lakonan seketika - Aedy Ashraf Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  7. ^ Muhammas Azrol Mohd Radi (16 Januari 2017). Aedy Ashraf dewasakan diri Diarkibkan 2017-10-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Mei 2017.
  8. ^ Farhana Abd. Rahman (2 September 2018). Aedy Ashraf bukan pelakon bermusim Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]