Aden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 12°48′U 45°02′T / 12.8°U 45.033°T / 12.8; 45.033

Aden
عدن ʻAdan
Pelabuhan Aden (sekitar 1910)
Lokasi di Yaman
Koordinat: 12°48′U 45°02′T / 12.8°U 45.033°T / 12.8; 45.033
Negara Flag of Yemen.svg Yaman
Populasi (2005)
 • Jumlah 398,399
 • Agama Islam
Zon waktu   (UTC+3)
Laman web http://www.adengov.net/

Aden (Bahasa Arab: عدنʻAdan) ialah sebuah bandar pelabuhan di Yaman, 170 kilometer di timur Bab-el-Mandeb. Aden merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terletak di kawah gunung berapi yang membentuk satu semenanjung. Pelabuhan Aden pertama kali digunakan oleh Kerajaan Awsan kuno antara abad ke-5 SM dan ke-7 SM. Aden memiliki populasi sekitar 398,399 orang (2005) dan terletak di 12.779444° N 45.03667° E.

Aden terdiri dari beberapa pekan kecil: kota pelabuhan, bandar perindustrian dikenal dengan "Aden Kecil" dengan kilang minyak besarnya, dan Madinat ash-Sha'b, pusat pemerintahan. Dua bandar satelit, Khormaksar dan Sheikh Othman, terletak di utara bandar tua, dengan bandar antarabangsa terletak di antara kedua bandar satelit tersebut. Kilang minyak dan pelabuhan kapal Aden Kecil dioperasikan oleh "British Petroleum" (sekarang "Beyond Petroleum").

Aden merupakan ibu negara Republik Demokratik Rakyat Yaman sehingga penyatuannya dengan Yaman Utara dan kemudian diumumkan sebagai zon perdagangan bebas.