Adik Manja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adik Manja
PengarahOthman Hafsham
PenulisOthman Hafsham
Dibintangi
Disunting olehNik Muhammad
Muzik olehDin Othman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1980
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 3.5 juta

Adik Manja merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 1980 yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1980 arahan Othman Hafsham. Filem Adik Manja diterbitkan dalam bentuk filem berwarna.

Filem Adik Manja mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Dharma Harun Al Rashid, Noorkumalasari, Sharifah Shalina bt Syed Abdullah dan ramai lagi.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Filem Adik Manja diarah oleh pengarah Othman Hafsham pada 1980. Filem ini telah diterbitkan oleh Merdeka Film Productions. Lokasi pengambaran Institut Sri Ilmu adalah di Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur. Filem ini merupakan antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM3.5 Juta dan memegang rekod kutipan filem tertinggi selama 14 tahun sehingga rekod kutipan filem ini dipecahkan oleh filem Sembilu pada tahun 1994.[1] Adibah Amin yang memegang watak Cikgu Bedah ialah pengetua pertama Sekolah Seri Puteri lokasi sebenar Institut Sri Ilmu.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adik Manja mengisahkan Cikgu Azmi Bin Mohammad (Dharma Harun Al Rashid) yang diterima masuk ke Institut Sri Ilmu iaitu sekolah berasrama penuh perempuan yang pertama kali menerima seorang guru lelaki untuk mengajar disitu. Dalam perjalanan ke Institut Sri Ilmu, Cikgu Azmi pergi ke sebuah klinik. Di klinik itu Cikgu Azmi telah diberikan seorang bayi lelaki bernama Idzuan oleh seorang perempuan. Cikgu Azmi terpaksa membawa bayi itu bersamanya kerana perempuan itu tidak memgambil semula bayi itu. Cikgu Azmi melakukan pelbagai helah untuk menyembunyikan bayi itu daripada pengetahuan pihak institut. Malangnya,rahsia itu telah diketahui oleh pelajar-pelajar institut itu iaitu Sofia (Sharifah Shalina bt Syed Abdullah) dan Yati (Laila Mahzan). Namun, pelajar-pelajar tidak melaporkan hal itu pada pihak institut tetapi mereka membantu Cikgu Azmi menjaga bayi itu bersama seorang lagi guru perempuan iaitu Cikgu Sharina Binti Yusof (Noor Kumalasari) yang juga rakan sewaktu Cikgu Azmi kecil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Adibah Amin memegang watak sebagai Cikgu Bedah dalam filem ini.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pesan Dariku (Opening Song)-Shasha, Erlina Dewi dan Pelajar Institut Sri Ilmu.
  • Lagu Dodoi-Norkumalasari

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Filem ini menjadi filem Malaysia dengan rekod kutipan tertinggi selama 14 tahun dari tahun filem ini diterbitkan iaitu 1980 sehingga kutipan tertinggi filem ini dipecahkan oleh filem Sembilu pada tahun 1994.[perlu rujukan]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
1980 Festival Filem Asia Pasifik Ke-26 Filem Komedi Terbaik Menang [2]
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Shasha Menang
Festival Filem Malaysia Pertama Skrip Terbaik Othman Hafsham Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Adibah Amin Menang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_filem_Malaysia_berdasarkan_kutipan
  2. ^ "Adik Manja". Filem Kita. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]