Adlin Aman Ramlie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adlin Aman Ramlie
Adlin semasa memegang peranan dalam filem Los dan Faun.
Kelahiran
Adlin bin Aman Ramlie

(1972-05-23) 23 Mei 1972 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, pelawak, pengacara, penulis skrip, penulis lirik, penari, pemuzik
Tahun aktif1990–kini
PasanganEmelda Rosmila (k. 2009)
Anak-anak1
IbuRuminah Sidek
BapaA. R. Tompel

Adlin Aman Ramlie (lahir 23 Mei 1972) merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Beliau ialah antara penggiat seni yang aktif di dalam pelbagai bidang seni seperti teater, tv dan filem, penulis skrip, pengacara, pengkritik persembahan dan kini mula berjinak-jinak ke dalam dunia pengarahan dan penerbitan drama dan filem. Beliau merupakan anak kepada seniman Allahyarham A. R. Tompel dan Seniwati Ruminah Sidek.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Adlin dilahirkan pada 23 Mei 1972 di Banting, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan pelakon Ruminah Sidek dan AR Tompel. Adik-beradik beliau yang lain termasuk pelakon veteran A.R. Badul dan Amran Tompel.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi industri seni di negara ini semenjak tahun 1990 lagi dan pernah berkhidmat sebagai Artis Budaya di Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia dari tahun 1990 hingga tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajian diploma di Jabatan Teater, Akademi Seni Kebangsaan, Malaysia. Semenjak tahun 1996, beliau telah melibatkan dirinya dalam pelbagai pementasan drama teater, drama tv dan filem secara profesional selain bekerja dengan ramai tokoh-tokoh seni dalam bidang masing-masing. Meskipun pada awalnya beliau lebih cenderung kepada lakonan teater, namun kini nama beliau sedang terus berkembang sebagai personaliti yang aktif memainkan pelbagai peranan di dalam pelbagai cabang kesenian yang telah menjadi darah daging beliau.

Peserta Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Adlin memberanikan diri dengan menjadi peserta solo tunggal dalam rancangan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro Warna dari 30 Oktober hingga 30 Disember 2011. Namun Adlin dan kumpulan Bawal Power (BP) tersingkir di minggu ke-7 kerana mendapat markah terendah, iaitu sebanyak 55 %, yang diumumkan oleh juri tetap dan penyanyi tersohor, Dato' Sri Siti Nurhaliza.[1] Peserta perlu membuat dua persembahan, dan Osbon menjadi juara, Boboi ke-2, Saehu ke-3 dan Syok ke-4.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2009, Adlin diijabkabulkan dengan pelakon, Emelda Rosmila, di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Wang hantaran RM30,000 beserta mas kahwin RM1,001 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis persandingan berkonsepkan tradisional klasik diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Perkahwinan ala Jawa ini diadakan di rumah keluarga Adlin di Meru, Klang, Selangor.[2][3][4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Jogho Sani Filem pertama
2003 Paloh Sarjan Jumlay
2004 Puteri Gunung Ledang Sultan Mahmud Shah
Buai Laju-Laju Polis 1
2005 Gangster Beron Dikreditkan sebagai Adlin Ramli
2006 Gubra Arif
Tipah Tertipu The Movie Indera
Bilut Tuan Kassim
Cicak-Man Ginger 1
Misi: 1511 Luqman
2007 Haru Biru Juga sebagai penulis dan penerbit
1957: Hati Malaya Rafik / Rozhan
2008 Apa Kata Hati? Uban Penampilan khas
Histeria Cikgu Disiplin
Susuk Dukun Dewangga
Cicakman 2 - Planet Hitam Ginger Ghost 1
Los dan Faun Faun
2009 My Spy Supt. Adnan
2012 Berani Punya Budak Detektif Azman
2013 Juvana Tuan Ali
Lemak Kampung Santan Pembeli Nasi Lemak 1
Papadom 2 Doktor
2014 Gila Baby Jerry
2015 Kapsul Hang Tuah Penampilan khas
2018 Dukun Datuk Jefri
2021 Tarantula X Anas
2022 Kampung Latah The Mummy Mummy
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Samat
Merewang Keluarga Pak Awang Iskandar Juga sebagai pengarah dan lakon layar
Malbatt: Misi Bakara Kolonel Rahman
War On Terror: KL Anarki Tuan Rahman
2024 Baik Punya Ah Long
Abnormal: Buas Pos-produksi
Klepet Pos-produksi
TBA Indera Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Dakolin Dakosi Dakolin Astro Prima Drama pertama
2008 Papaku Rock Bob Osman
2009 Sonata Labu Labi The Series Astro Warna Sebagai pengarah, penulis dan penerbit
2019–2021 Black Kapten Zaid Viu
2020 Bidadari Kiriman Tuhan Ikram Astro Ria
2021 Projek: Anchor SPM Tuan Awang Astro Citra
Dukun Diva Dato' Saddiq Astro Citra
2022 Seribu Nina Firdaus Viu
Kudeta Rahman Rashdan Astro Ria
PolkaDot SukeTV Sebagai pengarah
2023 Alter-Naratif Dr. Rahim Viu
2023–2024 The Cadets Astro Ceria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 15 Puasa Rosli ntv7 Telefilem pertama
2009 Sonata Labu Labi Astro Prima Sebagai pengarah, penulis dan penerbit
2013 Bangkang Dari Longkang Pelbagai watak
2014 Pukau Abang Juki Astro Oasis
2017 Jongkong Wan Usin Astro Citra
2020 Cerai Hisham
2021 Ayat Dari Langit Ustaz Muiz
2022 Curi Duit Raya Saleh
2023 Matin TV1
Biar Biasa Biasa Mael Lambo Astro Ria
Pukul Mersing Tok Guru Karim Tonton

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2006 Wakenabeb Pengacara ntv7
2006, 2009 & 2010 Akademi Fantasia Pengkritik Astro Ria
2011 Akademi Fantasia (musim 9) Tenaga Pengajar
2007–2012 Jangan Tidur Lagi Pengacara bersama Azwan Ali TV3
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Peserta Astro Warna
2022 Mystery Ranking Show Malaysia Juri
2023 Mega Spontan Peserta Team Majakelat

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Uda dan Dara (muzikal oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu - Arahan Ahmad Yatim (Panggung Budaya)
  • Itik Liar (terjemahan ‘Wild Duck’ oleh Hendrik Ibsen) / Pelakon Utama - Arahan Ahmad Tarmimi Siregar (Panggung Budaya)
  • Sang Oedipus (adaptasi ‘Oedipus Rex’ oleh ) / Pelakon Utama - Arahan Zahim AlBakri (Akademi Seni Kebangsaan)
  • Work – The Malaysia Ways (naskhah kolaborasi) / Pelakon Utama - Arahan Krishen Jit (Five Arts Centre)
  • Bakai (adaptasi ‘Bacche’ oleh Euripides ) / Pelakon Utama - Arahan U'Wei Hj.Saari (Dewan Bandaraya KL)
  • Storyteller (muzikal oleh Jit Murad) / Pelakon Pembantu - Arahan Krishen Jit, Joe Hasham (Actors Studio)
  • Uda dan Dara (opera oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu - Arahan Krishen Jit, Joe Hasham (Actors Studio)
  • Manchester United & The Malay Warrior (oleh Romy) /Pelakon Utama - Arahan Krishen Jit (Five Arts Centre)
  • Alang Rentak Seribu (karya Syed Alwi) / Pelakon Utama - Arahan Ahmad Yatim (Istana Budaya)
  • P. Ramlee the Musical (muzikal oleh Sean Ghazi, Musly Ramly, Tony Eusoff) / Pelakon utama - Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim Albakri (Enfiniti Production)
  • Puteri Gunung Ledang (muzikal oleh Adlin, Teong Hin, Zahim) / Pelakon Pembantu - Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim AlBakri (Enfiniti Production)
Penulisan dan pengarahan
  • Teater Taman Baginda (muzikal kanak-kanak) - Penulis, Pengarah / KKKP Malaysia
  • SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEMERDEKAAN ‘97 - Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
  • SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU ‘98 - Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
  • TEATER The Importance Of Being Earnest (oleh Oscar Wilde) - Pengarah / Actors Studio
  • MUZIKAL Puteri Gunung Ledang (muzikal) - Penulis Skrip Bersama, Penulis Lirik, Pengarah Bersama

Iklan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MLM: Adlin Dan Bawal Power Tersingkir Minggu Ketujuh". mStar Online. Mohd Al Qayum Azizi. Disember 17, 2011. Dicapai pada Ogos 8, 2013.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Emelda-Adlin kahwin", Utusan Malaysia, 22 Mei 2009.
  3. ^ "Actress Emelda Rosmila got married", The Star, 22 Mei 2009.
  4. ^ "Pelakon Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie bernikah" Harian Metro, 22 Mei 2009.
  5. ^ Majlis resepsi Adlin Aman Ramlie-Emelda Rosmila Sensasi Selebriti (26 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]