Adly Zahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Tuan Haji

Adly Zahari

Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia
Memegang jawatan
10 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriKhaled Nordin (2023-kini)
Mohamad Hassan (2022-2023)
Didahului olehIkmal Hisham Abdul Aziz
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Alor Gajah, Melaka
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehMohd Redzuan Md Yusof
Majoriti890 (2022)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Bukit Katil
Memegang jawatan
16 Mei 2018
Didahului olehMd Khalid Kassim
Majoriti1,057 (2021)
3,159 (2018)
Naib Presiden AMANAH
Memegang jawatan
Disember 2023
Berkhidmat dengan Dzulkefly Ahmad dan Siti Mariah Mahmud
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi AMANAH Melaka
Memegang jawatan
2015
Didahului olehJawatan baharu
Ketua Menteri Melaka
Dalam jawatan
11 Mei 2018 – 2 Mac 2020
Didahului olehIdris Haron
Digantikan olehSulaiman Md Ali
Pesuruhjaya PAS Melaka
Dalam jawatan
2011–2015
Didahului olehAbdul Ghani Abdul Rahman
Digantikan olehKamarudin Sedik
Butiran peribadi
Lahir (1971-02-15) 15 Februari 1971 (umur 53)
Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka
Parti politikDahulu :Parti Islam Se-Malaysia
Sekarang: PH-AMANAH
PasanganHajah Dalilah Awaluddin
Anak-anak7
KediamanBukit Beruang, Melaka
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

YB Tuan Haji Adly Zahari meruapakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan di bawah kabinet Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Alor Gajah serta ADUN Bukit Katil. Di peringkat parti beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden AMANAH dan Pengerusi PH dan AMANAH Melaka. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka dari tahun 2018 hingga 2020.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kemudiannya Adly menjadi seorang jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Adly pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pesuruhjaya Pas Melaka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Melaka, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri dan bekas Yang di-Pertua PAS Kawasan Alor Gajah.[2]

Beliau kini merupakan Majlis Pimpinan Nasional Parti AMANAH Negara dan Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka pada 24, Sep 2017.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PAS yakin Adly mampu suntik jentera Melaka", Malaysiakini.com,14 Jun 2011
  2. ^ "Muka baru bakal kuasai PAS Melaka", Malaysiakini.com,17 Jun 2011
  3. ^ "Adli Zahari dilantik sebagai Pengerusi Harapan Melaka". sinarharian. 2017-09-24. Dicapai pada 2018-05-16. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)