Adnan Md Ikshan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Adnan Md Ikshan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) mulai 18 Julai 2012. Sebelum ini beliau menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KWPKB.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Phesal Talib yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai Menurut kenyataan itu, Adnan, 53, menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983, dan berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan pentadbiran.

Beliau pernah menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Raub dan Penolong Pengarah (Anggaran) Bahagian Perjawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]