Adolf Eichmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:KAEichmann RyzaJaneMPics.JPG
Karl Adolf Eichmann Jr.

Otto Adolf Eichmann (digelar sebagai Adolf Eichmann; 19 Mac 19061 Jun 1962) adalah seorang Nazi taraf-tinggi dan SS Obersturmbannführer (Leftenan Kolonel). Oleh kerana bakat mengatur organisasi dan kebolehpercayaan ideologinya, dia ditugaskan oleh Obergruppenführer Reinhard Heydrich untuk memudahkan dan menguruskan logistik deportasi besar-besaran ke ghetto dan kem penghapusan di Eropah Timur yang diduduki Nazi. Dia telah ditangkap oleh ejen Mossad Israel di Argentina dan didakwa oleh mahkamah Israel dengan lima belas tuduhan jenayah, termasuk tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang. Dia disabitkan bersalah dan dihukum gantung.