Adorna Properties Sdn Bhd lwn Boonsom Boonyanit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adorna Properties Sdn Bhd lwn Boonsom Boonyanit
MahkamahMahkamah Persekutuan Malaysia
Tarikh keputusan13 Disember 2000
HakimKetua Hakim Mohd Eusoff Chin,
Ketua Hakim Malaya Wan Adnan Ismail,
Ketua Hakim Persekutuan, Abu Mansor
Sejarah Kes
Tindakan sebelum[1995] 2 AMR 1828,
[1997] 2 AMR 1813.

Fakta[sunting | sunting sumber]

Plaintiff merupakan responden di dalam rayuan ini, adalah warganegara Thai, mendakwa bahawa hartanah yang didaftarkan pada 3606 & 3607 Mukim 18, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Beliau mendakwa bahawa beliau adalah Mrs. Boonsom Boonyanit sebenar, pemegang pasport Thai No D080757, dan seorang lagi pemegang pasport Thai No 033852, menggunakan nama Puan Boonsom Boonyanit telah menggunakan tandatangan plaintif, dan telah menjual dan memindahkan tanahnya kepada defendan Adorna Properties Sdn Bhd yang merupakan perayu (appellant) bagi rayuan ini. Sebelum jualan, tanah ini telah dinilai oleh sebuah penilai hartanah bebas. Terdapat beberapa rundingan terhadap harga belian, dan pada Disember 15, 1988 satu perjanjian jual beli telah ditandatangani dan tanah berkenaan akhirnya telah dipindahkan kepada pembeli / perayu pada Mei 24, 1989. Perayu, Adorna Properties mendakwa bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa dokumen pemindahan telah dipalsukan oleh seseorang yang bukan tuan punya sebenar, dan tiada alasan untuk mengesyaki ia telah dipalsukan. Kedua-dua vendor dan pembeli/perayu diwakili oleh peguam berlainan dalam penjualan dan pembelian tanah itu.

Keputusan sebelum ini[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Tinggi telah menolak dakwaan plaintif bahawa pemilikan beliau dikekalkan sebagai pemilik tanah-tanah berkenaan. Pada rayuan kepada Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membalikkan keputusan Mahkamah Tinggi. Oleh itu rayuan ini adalah kepada Mahkamah Persekutuan.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Mahkamah membenarkan rayuan ini ke Mahkamah Persekutuan dengan kos dibayar oleh responden kepada perayu.