Adrian Lamo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Adrian Lamo
Adrian Lamo.png
Adrian Lamo c. 2001
Kelahiran 1981
Boston, Massachusetts
Warganegara Colombia-Amerika Syarikat
Nama lain Adrián Lamo, R. Adrián Lamo
Pekerjaan Juruanalisis ancaman, wartawan
Terkenal kerana Hackers Wanted, The Screen Savers
Pasangan Lauren Lamo (berpisah)[1]
Ibu bapa Mario Lamo dan Mary Lamo-Atwood
Laman web
http://users.resist.ca/~adrian/

Adrian Lamo adalah seorang juruanalisis ancaman, penggodam serta pemberi maklumat kerajaan. Beliau dikatakan mampu memecah masuk ke dalam tapak web The New York Times, Yahoo! News, dan Microsoft. Namanya dikaitkan dengan pembocoran dokumen Perang Afghanistan oleh tapak web WikiLeaks serta pendedahan video serangan helikopter di Baghdad 12 Julai 2007.[2]

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Lamo dilahirkan pada 1971 di Boston , Massachusetts. Ibu bapanya Mario Lamo dan Mary Lamo-Atwood .Masa kecilnya berada di Arlington , Virginia dan kemudian pindah ke Bogota , Colombia sekitar usia 10. Keluarganya berpindah kembali ke Amerika Syarikat dua tahun kemudian. Mereka menetap di San Francisco .

Lamo menghabiskan masa dengan berjongkok di bangunan terbengkalai dan ke kafe Internet , perpustakaan dan universiti untuk menyiasat rangkaian. Lamo menolak untuk menerima bayaran atas jasanya. Selama tempoh ini dia mengambil amfetamin.

Kegiatan dan teknik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Lamo dijatuhi hukuman enam bulan tahanan rumah di rumah orang tuanya. Dia diperintahkan membayar $ 65.000 pada restitusi. Dia dihukum kerana menceroboh keselamatan The New York Times , Microsoft, Yahoo! dan MCI WorldCom . Dia dituduh mencari glamor melalui aktiviti jahat.

Kontrroversi DNA[sunting | sunting sumber]

Lamo enggan menyerahkan sampel darah DNA pada 9 Mei 2006. Tetapi dia rela memberi cebisan kuku, rambut dan tidak DNa dalam bentuk darah. Ini kerana ia bertentangan dengan agama - Sesiapa yang menumpahkan darah manusia... darahnya akan ditumpahkan.(Kejadian 9:6).

Wikileaks dan Bradley Manning[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2010, Adrian Lamo melaporkan kepada pihak berkuasa US Army yang Spesialis Bradley Manning telah membocorkan maklumat sulit kepadanya. Lamo juga mendakwa bahawa Manning mengaku padanya telah memberikan rakaman video Serangan baghdad 12 Julai 2007 di Iraq kepada Wikileaks . Beliau telah menghubungi pegawai keselamatan Chet Uber pada Jun 2010 dan memberitahu tentang maklumat itu. Tindakannya itu menyebabkan dia dikecam oleh hacker lain. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]