Adrian Sutil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adrian Sutil
Sutil pada tahun 2011.
Lahir (1983-01-11) 11 Januari 1983 (umur 41)
Starnberg, Jerman Barat
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJerman Jerman
Tahun aktif20072011, 20132014
TeamsSpyker, Force India, Sauber
Nombor kereta99
Entri128 (128 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya124
Petak pertama0
Pusingan terpantas1
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2007
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2014
Kedudukan 2014Ke-18 (0 mata)

Adrian Sutil (lahir 11 Januari 1983 di Starnberg, Jerman Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba yang berasal dari negara Jerman, yang kini bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Force India.

Sutil berlumba dalam kejuaraan Formula 3 Euroseries, di mana beliau merupakan naib juara kepada Lewis Hamilton pada tahun 2005. Beliau pergi ke Jepun pada tahun 2006 untuk bertanding dalam All-Japan Formula Three Championship dan mendapat tempat ketiga di Macau Grand Prix.

Selepas menjadi pemandu ujian bagi Midland F1, Sutil diberikan kerusi perlumbaan bagi pasukan Spyker F1 yang baru pada tahun 2007. Sutil terus untuk berlumba untuk mereka, di bawah nama baru, Force India, pada tahun 2008 dan kekal bersama mereka sehingga akhir tahun 2011. Beliau menyertai sukan ini semula pada tahun 2013, sekali lagi bersama Force India.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sutil ialah anak kepada ahli muzik profesional, Monika, dari Jerman, dan Jorge, dari Uruguay.[1] Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, yang bernama Daniel dan Raphael. Berat badan Sutil ialah 75 kg dan berketinggian 6 kaki (183 sentimeter). Seorang pemain piano yang berbakat,[2] Sutil fasih berbahasa Jerman, Inggeris, Sepanyol dan sedikit Bahasa Itali. Beliau juga berkawan baik dengan pemandu Jerman, Nico Rosberg.

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Midland (2006)[sunting | sunting sumber]

Sutil menguji untuk pasukan Midland F1 Racing pada bulan Februari 2006

Tahun 2006 menyaksikan tahun pertama Sutil terlibat dengan Formula Satu. Pada bulan Januari, beliau telah disahkan sebagai salah satu daripada tiga orang pemandu ujian baru Midland F1 Racing, bersama-sama dengan Markus Winkelhock dan Mondini Giorgio.

Sutil muncul sebagai pemandu ketiga Midland di Grand Prix Eropah, Perancis, dan Jepun. Apabila Sutil membuat penampilan ketiganya dengan pasukan, Midland telah dibeli oleh Spyker Cars. Pada akhir tahun, beliau menjadi pemandu kedua Spyker bagi musim 2007, setelah menandatangani kontrak bersama pasukan Spyker MF1 Team.[3]

Force India (2008–2011, 2013–)[sunting | sunting sumber]

2008[sunting | sunting sumber]

Sutil memandu untuk Force India di Grand Prix Kanada 2008

Sutil terus bersama Spyker bagi musim 2008, yang kini dikenali sebagai Force India.

Ketika Sutil berada di tempat keempat di Monaco, beliau dilanggar oleh Kimi Räikkönen. Kereta Sutil mengalami kerosakan peresap belakang, dan terpaksa bersara.[4] Mike Gascoyne mahukan Räikkönen dihukum atas kejadian tersebut. Bagaimanapun, tiada hukuman diberikan.[5] Walau bagaimanapun, Sutil telah memotong tiga buah kereta di bawah keadaan bendera kuning dan menurut steward perlumbaan, Paul Gutjahr, walaupun beliau menamatkan perlumbaan, beliau tetap akan diberikan penalti 25-saat, yang akan menyebabkan beliau gagal mendapat mata.[6]

Pada 17 Oktober, Force India mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan Sutil bagi musim 2009.[7]

2009[sunting | sunting sumber]

Di Australia, selepas bermula di tempat ke-16 pada petak permulaan, Sutil beraksi dengan baik, namun hanya mampu mendapat tempat kesembilan. Di Malaysia, beliau mendapat tempat ke-19 pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 selepas perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-33 kerana hujan lebat.

Sutil memandu untuk Force India di Grand Prix Turki 2009

Di China, Sutil berada di tempat keenam dengan baki enam pusingan apabila beliau hilang kawalan kereta Force India beliau, dan menyebabkannya terhempas dan terpaksa bersara.

Di Bahrain, Sutil dikenakan penalti kerana menghalang Mark Webber pada sesi kelayakan bahagian pertama. Beliau sendiri pergi ke dalam bilik Mark untuk memohon maaf atas kejadian itu.

2010[sunting | sunting sumber]

Sutil di Grand Prix Malaysia 2010

Pada 27 November 2009, Force India mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharui kontrak Sutil, manakala pemandu ujian, Vitantonio Liuzzi telah diberikan kerusi perlumbaan bagi musim 2010.[8] Sutil melayakkan diri di tempat kesepuluh bagi dua perlumbaan pertama tahun ini, namun perlanggaran dengan Robert Kubica di Bahrain dan kegagalan mekanikal di Australia menyebabkan beliau gagal mengutip sebarang mata kejuaraan. Walau bagaimanapun, Sutil berjaya mendapat mata di Grand Prix Malaysia setelah mendapat tempat kelima. Di China, beliau mendapat tempat kesebelas. Di Sepanyol, beliau mendapat tempat ketujuh, manakala di Monaco, beliau mendapat tempat kelapan. Sutil sekali lagi mendapat mata apabila beliau mendapat tempat kesembilan di Turki. Beliau meneruskan prestasi kukuh beliau di Grand Prix Kanada, Grand Prix Eropah dan Grand Prix British.

2011[sunting | sunting sumber]

Sutil di Grand Prix Malaysia 2011.

Sutil kekal bersama Force India bagi musim 2011, dan disertai oleh juara DTM, Paul di Resta. Dalam tiga perlumbaan pertama musim ini, di Resta bermula di hadapan Sutil. Sutil mendapat tempat kesembilan di Grand Prix Australia, selepas kedua-dua kereta Sauber disingkirkan dari perlumbaan. Di Malaysia, Sutil mendapat tempat kesebelas, hanya di belakang di Resta, dan di China, beliau bermula dari tempat kesebelas. Di Monaco, beliau mendapat tempat ketujuh. Beliau bersara di Kanada selepas berlanggar dengan dinding, yang menyebabkan kerosakan pada ampaian keretanya. Di Valencia, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, diikuti oleh tempat kesebelas di Grand Prix British. Di Jerman, Sutil mendapat keputusan terbaiknya pada musim ini dengan menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Walaupun memasuki Q3 pada pusingan kelayakan di Hungary, Sutil hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14. Di Belgium beliau mendapat tempat ketujuh selepas bermula dari tempat ke-15. Beliau bersara di Monza selepas kereta beliau mengalami masalah hidraulik, sebelum mendapat tempat kelapan di Singapura. Di Jepun, Sutil beraksi dengan baik dan hampir mendapat mata, namun hanya dapat menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas setelah dipotong oleh Vitaly Petrov dan Nico Rosberg. Di India, beliau mendapat tempat kesembilan[9], sebelum mendapat tempat kesebelas di Korea. Pada perlumbaan terakhir di Brazil, Sutil sekali lagi menyamai keputusan terbaik beliau dengan mendapat tempat keenam, dan hasilnya, beliau menamatkan musim di tempat kesembilan dalam kedudukan kejuaraan pemandu.[10]

Pada 16 Disember 2011, Force India mengumumkan bahawa di Resta dan Nico Hülkenberg akan berlumba untuk mereka bagi musim 2012, dan meninggalkan Sutil tanpa pasukan untuk berlumba.[11]

Insiden serangan kelab malam di Shanghai[sunting | sunting sumber]

Pada petang berikutan Grand Prix China, Sutil telah terlibat dalam sebuah insiden bersama CEO Genii Capital, Eric Lux, di sebuah kelab malam di Shanghai, di mana beliau memotong Lux di lehernya. Sutil menggunakan segelas champagne yang dipecahkannya sendiri. Pada 16 Mei 2011, Lux mengumumkan bahawa beliau telah memfailkan aduan jenayah terhadap Sutil.[12] Pemilik Force India, Vijay Mallya, menyokong Sutil dengan mengatakan bahawa semua orang tidak perlu membuat andaian mengenai kejadian tersebut. Beliau juga enggan untuk mengambil tindakan terhadap Sutil sehingga kes tersebut diteruskan lagi.[13] Sutil sendiri memohon maaf atas insiden tersebut, dengan menyifatkan insiden tersebut tidak disengajakan.[14] Pada 13 Januari 2012, pendakwa raya Jerman mengumumkan bahawa Sutil akan menghadapi perbicaraan berhubung kejadian itu.[15] Sutil telah disabitkan kesalahan pada 31 Januari 2012, di mana beliau menerima hukuman penjara bergantung 18 bulan dan memberikan 200,000[16] kepada badan kebajikan.[17]

2013[sunting | sunting sumber]

Sutil di Grand Prix Malaysia 2013

Pada 28 Februari 2013, ialah telah diumumkan bahawa Sutil akan kembali bersama Force India untuk melengkapkan barisan pemandu mereka, dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan Paul di Resta.[18] Sutil mendapat tempat ketujuh pada perlumbaan pembukaan musim ini di Australia, dan mendahului perlumbaan tersebut untuk beberapa kali. Di Malaysia, beliau bersara daripada perlumbaan setelah mengalami masalah nat roda.[19] Beliau juga bersara di Grand Prix China selepas dilanggar oleh Esteban Gutiérrez.

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2002 Swiss Formula Ford 1800 SSPT Racing 12 12 12 ? 12 ? Pertama
2003 Formula BMW ADAC HBR Motorsport 20 0 2 1 3 86 Ke-6
2004 Formula 3 Euroseries Team Kolles
ASM Formule 3
20 0 2 0 0 9 Ke-17
Masters of Formula 3 Team Kolles 1 0 0 0 0 N/A Ke-20
2005 Formula 3 Euroseries ASM Formule 3 18 2 1 3 11 94 Ke-2
Masters of Formula 3 1 0 0 0 1 N/A Ke-2
2005–06 A1 Grand Prix A1 Team Germany 6 0 0 0 0 38 Ke-15
2006 All-Japan Formula 3 TOM'S 18 5 3 5 12 212 Pertama
Macau Grand Prix 1 0 0 0 1 N/A Ke-3
Super GT Toyota Team TOM'S 1 0 0 0 0 6 Ke-26
Formula Satu Midland F1 Racing Pemandu ujian
2007 Formula Satu Etihad Aldar Spyker F1 Team 17 0 0 0 0 1 Ke-19
2008 Formula Satu Force India Formula One Team 18 0 0 0 0 0 Ke-20
2009 Formula Satu Force India Formula One Team 17 0 0 1 0 5 Ke-17
2010 Formula Satu Force India Formula One Team 19 0 0 0 0 47 Ke-11
2011 Formula Satu Force India Formula One Team 19 0 0 0 0 42 Ke-9
2013 Formula Satu Sahara Force India Formula One Team 12 0 0 0 0 23* Ke-11*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap All-Japan Formula Three[sunting | sunting sumber]

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 DC Mata
2006 TOM'S Dallara Toyota FUJ
1

1
FUJ
2

4
SUZ
1

5
SUZ
2

3
MOT
1

3
MOT
2

1
OKA
1

1
OKA
2

1
SUZ
3

3
SUZ
4

3
AUT
1

6
AUT
2

3
FUJ
3

Ret
FUJ
4

1
SUG
1

3
SUG
2

2
MOT
3

Ret
MOT
4

Ret
Pertama 212

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
2006 MF1 Racing Midland M16 Toyota RVX-06 2.4 V8 BHR
MAL
AUS
SMR
EUR
TD
ESP
MON
GBR
CAN
USA
FRA
TD
GER
HUN
TUR
ITA
 – -
Spyker MF1 Racing CHN
JPN
TD
BRA
2007 Etihad Aldar Spyker F1 Team Spyker F8-VII Ferrari 056H 2.4 V8 AUS
17
MAL
Ret
BHR
15
ESP
13
MON
Ret
CAN
Ret
USA
14
FRA
17
GBR
Ret
EUR
Ret
HUN
17
TUR
21
Ke-19 1
Spyker F8-VIIB ITA
19
BEL
14
JPN
8
CHN
Ret
BRA
Ret
2008 Force India F1 Team Force India VJM01 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
19
ESP
Ret
TUR
16
MON
Ret
CAN
Ret
FRA
19
GBR
Ret
GER
15
HUN
Ret
EUR
Ret
BEL
13
ITA
19
SIN
Ret
JPN
Ret
CHN
Ret
BRA
16
Ke-20 0
2009 Force India F1 Team Force India VJM02 Mercedes FO 108W 2.4 V8 AUS
9
MAL
17
CHN
17
BHR
16
ESP
Ret
MON
14
TUR
17
GBR
17
GER
15
HUN
Ret
EUR
10
BEL
11
ITA
4
SIN
Ret
JPN
13
BRA
Ret
ABU
17
Ke-17 5
2010 Force India F1 Team Force India VJM03 Mercedes FO 108X 2.4 V8 BHR
12
AUS
Ret
MAL
5
CHN
11
ESP
7
MON
8
TUR
9
CAN
10
EUR
6
GBR
8
GER
17
HUN
Ret
BEL
5
ITA
16
SIN
9
JPN
Ret
KOR
Ret
BRA
12
ABU
13
Ke-11 47
2011 Force India F1 Team Force India VJM04 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
9
MAL
11
CHN
15
TUR
13
ESP
13
MON
7
CAN
Ret
EUR
9
GBR
11
GER
6
HUN
14
BEL
7
ITA
Ret
SIN
8
JPN
11
KOR
11
IND
9
ABU
8
BRA
6
Ke-9 42
2013 Sahara Force India F1 Team Force India VJM06 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
7
MAL
Ret
CHN
Ret
BHR
13
ESP
13
MON
5
CAN
10
GBR
7
GER
13
HUN
Ret
BEL
9
ITA
16
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-11* 25*

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Who's Who: Adrian Sutil". F1Fanatic.co.uk. 2007. Dicapai pada 28 April 2013.
  2. ^ "Adrian Sutil: Germany's Unsung Inspiration". emagazine.credit-suisse.com. 1 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 28 April 2013.
  3. ^ "Sutil joins Albers at Spyker". Grandprix.com. 21 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-05. Dicapai pada 20 Mac 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Sutil tentang GP Monaco". BBC Sport. 25 Mei 2008. Dicapai pada 24 November 2012.
  5. ^ "Force India mahukan Raikkonen dihukum". planetf1.com. 2008. Dicapai pada 24 November 2012.
  6. ^ "Sutil tidak akan dapat mendapat mata di Monaco". Eurosport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-05. Dicapai pada 2 Jun 2008.
  7. ^ "No changes to Force India line-up". BBC Sport. 17 October 2007. Dicapai pada 20 October 2007.
  8. ^ "Force India mengekalkan Adrian Sutil dan Vitantonio Liuzzi". BBC Sport. BBC. 27 November 2009. Dicapai pada 31 Mac 2010.
  9. ^ Singh, Amanpreet (30 Oktober 2011). "Vettel memenangi GP India yang pertama, Sutil mendapat 2 mata". CNN-IBN. Turner International India. Press Trust of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-27. Dicapai pada 31 Oktober 2011.
  10. ^ "Sutil gembira untuk mendapat tempat kesembilan dalam kejuaraan". ITV Sport. ITV. 27 November 2011. Dicapai pada 24 November 2012 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  11. ^ "Hulkenberg menyertai Di Resta di Force India". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 16 Disember 2011. Dicapai pada 2 Oktober 2011.
  12. ^ Cary, Tom (16 Mei 2011). "Force India driver Adrian Sutil faces assault charge from Renault owner Eric Lux". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai pada 23 Mei 2013.
  13. ^ Pugmire, Jerome (28 Mei 2011). "Force India owner Mallya calm over Sutil's future despite threat of charges". The Canadian Press. Canadian Press Enterprises Inc. Associated Press. Dicapai pada 23 Mac 2013.
  14. ^ Noble, Jonathan (16 May 2011). "Sutil to face criminal complaint". Autosport. Haymarket Publications. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-08. Dicapai pada 23 Mac 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Adrian Sutil Charged with Causing Grievous Bodily Harm". F1 Orbit. Motorsport.com. 12 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-15. Dicapai pada 23 Mac 2013.
  16. ^ "F1 driver Adrian Sutil convicted over nightclub fracas". BBC News. BBC. 23 Mac 2013. Dicapai pada 31 Januari 2012.
  17. ^ "Adrian Sutil handed suspended sentence". The Independent. Independent Print Limited. Associated Press. 23 Mac 2013. Dicapai pada 31 Januari 2012.
  18. ^ "Adrian Sutil completes Sahara Force India's 2013 line-up". forceindiaf1.com. Force India. 28 Feburari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-02. Dicapai pada 28 Feburari 2013. Sahara Force India gembira untuk mengumumkan bahawa Adrian Sutil akan melengkapkan barisan pemandu mereka untuk musim 2013. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  19. ^ "Force India stand by troublesome wheelnut system". Reuters. Thomson Reuters. 24 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-26. Dicapai pada 28 April 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
João Paulo de Oliveira
Juara
All-Japan Formula Three

2006
Diikuti oleh:
Kazuya Oshima