Advance Australia Fair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

"Advance Australia Fair" adalah lagu kebangsaan Australia dan digubah oleh Peter Dodds McCormick pada akhir kurun ke-19. Ia pertama kali dimainkan pada Hari St. Andrews di Sydney pada tahun 1878. Lagu tersebut telah menjadi pilihan ramai untuk dijadikan lagu kebangsaan berdasarkan pungutan suara 1974, berbanding dengan lagu-lagu lain seperti "Waltzing Matilda" dan "God Save the Queen" (yang juga merupakan lagu kebangsaan Australia pada masa itu). Advance Australia Fair diangkat menjadi lagu kebangsaan oleh kerajaan Bob Hawke pada tahun 1984.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Lirik dalam bahasa Inggeris Terjemahan
Australians all let us rejoice,

For we are young and free;
We've golden soil and wealth for toil,
Our home is girt by sea;
Our land abounds in Nature's gifts
Of beauty rich and rare;
In history's page, let every stage
Advance Australia fair!
In joyful strains then let us sing,
"Advance Australia fair!"

Beneath our radiant southern Cross,
We'll toil with hearts and hands;
To make this Commonwealth of ours
Renowned of all the lands;
For those who've come across the seas
We've boundless plains to share;
With courage let us all combine
To advance Australia fair.
In joyful strains then let us sing
"Advance Australia fair!"

Rakyat Australia mari semua bergembira

Kerana kami muda dan bebas
Kami mempunyai tanah subur dan kekayaan untuk ditimba
Tanah air kami dikelilingi lautan
Tanah kami dilimpahi dengan kekayaan alam
Keindahan yang berharga dan luar biasa
Dalam lembaran sejarah, biarlah setiap langkah
Memajukan Australia jaya!
Dengan gembira mari semua bernyanyi
"Majulah Australia jaya!"

Di bawah bintang pari yang bercahaya
Kami akan berusaha dengan jiwa dan raga
Untuk menjadikan komanwel ini
Masyhur di persada dunia
Untuk mereka yang telah merentasi lautan
Kami mempunyai tanah yang luas
Dengan keteguhan mari semua begabung
Untuk memajukan Australia jaya
Dengan gembira mari semua bernyanyi

"Majulah Australia jaya!"