Afifi al-Akiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Afifi al-Akiti
Afifialakiti.jpg

Dato' Dr Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[1][2] - ialah Felo KFAS dan pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[3] dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[4] dan juga merupakan felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.[5]

Dato' Afifi telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, tiga jilid kajiannya yang menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknik dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Major Madnun.[6][7]

Dato' Afifi, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[8]

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dato' Afifi telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[9]

Pada tahun 2010, Dato' Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.[10]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan video[sunting | sunting sumber]

Pautan berita[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]