Afiq Hakim Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akim
Kulit Album Akim Ahmad 2012
Latar belakang
Nama lahir Afiq Hakim Ahmad
Kelahiran 18 Januari 1991 (23 tahun)
Johor Bahru, Johor,
Berasal dari  Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Komposer, model
Instrumen Vokal, guitar
Tahun aktif 2009 – kini
Label Maestro Talent & Management Sdn. Bhd.
Astro Entertaiment Sendirian Berhad & Enfiniti Productions
Kegiatan berkait Akademi Fantasia musim ketujuh


Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim (lahir 18 Januari 1991) adalah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh.

Beliau sekarang menetap di Kuala Lumpur dan berasal dari Johor Bahru di Johor.

Kelab peminat beliau dinamakan Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM).

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim ketujuh dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim ketujuh bersama Hafiz, Aril, Yazid dan Isma. Pada 16 Mei 2009, beliau telah dinobatkan selaku pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim 7.

Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Setelah keluar dari Akademi Fantasia, Akim popular dengan single pertamanya iaitu "Bengang" dan telah memenangi Most Downloaded Song Award dari Hotlink semasa AJL24 yang lalu. Kini single kedua beliau ciptaan sendiri telah pun keluar yang berjudul "Inilah Cinta" dan lagu tersebut telah menjadi lagu tema untuk iklan Wall's Cornetto dengan tema Take A Chance Show Your Love. Akim juga telah mengeluarkan 'single'nya yang ke-3 sekarang ini (2011) iaitu Janji yang dicipta oleh dirinya sendiri dan menjadi OST drama di TV3, Begitukah Cinta slot Akasia.

Lagu-Lagu Akim AF7[sunting | sunting sumber]

  1. Bengang (2009)
  2. Kau dan Aku - duet bersama Mila OST Kau dan Aku (2009)
  3. Kisah Kita Berdua - duet bersama Mila dan Aril (penyanyi) OST Kau dan Aku (2009)
  4. Kita Pasti Menang - duet bersama Aril OST Kau dan Aku (2009)
  5. Juara - duet bersama 5 Ikon Remaja (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
  6. Jumbo Gajah Biru - duet bersama Mila OST Jumbo Gajah Biru (2010)
  7. Inilah Cinta (2010)
  8. Menunggu (Sumpah) (belum di putarkan di radio) (2010)
  9. Rindu Yang Telah Pergi - duet bersama Black & AG (Lagu Raya) (2010)
  10. Salam Lebaran - duet bersama Various Artists (Lagu Raya) (2010)
  11. Kau Ku Temu - duet bersama Aril, Anith Aqilah dan Hafiz OST Kau dan Aku 2 (2010)
  12. Bawa Kau Pergi OST Kau dan Aku 2 (2010)
  13. Usah Resah OST Kau dan Aku 2 (2010)
  14. Kau Ilhamku (Cover lagu Man Bai) OST Kau dan Aku 2 (2010)
  15. Untukmu - duet bersama Hafiz dan Aril OST Kau dan Aku 2 (2010)
  16. Jahatnya Cinta - duet bersama Stacy menjadi lagu tema Cornetto pada tahun ini (2011)
  17. Janji (2011)
  18. Warkah - duet bersama Aril, Hafiz & Aznil Nawawi (Lagu Raya) (2011)
  19. Bayangan Ilham - duet bersama Nera, Ray & Ira (Lagu Raya) (2011)
  20. La La La - duet bersama Siti Adira Suhaimi OST Elly & Epit (2011)
  21. Mesti Ada Cinta - duet bersama Fiq (2012)
  22. Hoore! Hoore! - duet bersama Nurfarah dan Kilafairy (Cover lagu Sudirman) OST Hoore! Hoore! (2012)
  23. Merisik Khabar - duet bersama Nurfarah (Cover lagu Sudirman) OST Hoore! Hoore! (2012)
  24. Daya Cinta (2012)
  25. Kembali - duet bersama Stacy OST Cinta Itu Milikku (2012)
  26. Seandainya OST Sepah the Movie (2012)
  27. Menunggu (2013)
  28. Popstar - duet bersama Daiyan Trisha Lagu Tema Ceria Popstar (2013)
  29. Dunia & Syurga (2014)
  30. Mewangi (2014)


Pada tahun 2012, Akim telah melancarkan album sulungnya yang bertajuk 'Akim Ahmad' yang memuatkan 10 buah lagu iaitu Inilah Cinta, Daya Cinta, Bengang, Mesti Ada Cinta duet bersama (Fiq), Menunggu, Tentang Dia, Janji, Yang Nyata, Dunia & Syurga dan Kembali duet bersama (Stacy).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Studio Album[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Telemovie[sunting | sunting sumber]

  • Saham Neraka
  • Dua Dalam Satu
  • Abang Long Vs Kak Yong
  • Kampung Girl Raya (2014)
  • OMG Ke Laut (2014)

Filem[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan.[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Akademi Fantasia Musim ke-7 Tempat Ketiga Akim Menang
2010 Anugerah Juara Lagu ke-24 Finalis Bengang Dicalonkan
Lagu Muat Turun Terlaris Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 Artis Baru Lelaki Popular Akim Dicalonkan
Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Hoore! Hoore! Dicalonkan
Anugerah Industri Muzik ke-20 Rakaman Album Terbaik Akim Ahmad Dicalonkan
2014 Anugerah MeleTOP Era[1] Penyanyi MeleTOP Akim Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama Stacy) Menang
Anugerah MACP[2] Anugerah Komposer Muda Berpotensi Menang
Anugerah Industri Muzik ke-21[3][4][5][6] Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu Mewangi Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Lagu MeleTOP Era Menunggu
Grup / Duo MeleTOP (bersama The Magistrate) Akim Menunggu
Penyanyi MeleTOP Menunggu

Komersil[sunting | sunting sumber]

  • TM Net - kempen Everyone connected
  • Brand's Generasi Hebat
  • Walls - Cornetto Love
  • Walls - Cornetto Love (bersama Stacy) (2011)
  • Hotlink - CD eksklusif bersama Shah Indrawan Ismail (2011)
  • TM - Host Mencari Ramli musim ke 2 (2013)& musim ke 3 (2014)
  • TV9 - Host #KedaiGunting (2014)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Senarai Penuh Calon Top 5 Anugerah Meletop Era. gua. 16 JAN 2014, 07:39PM.
  2. Akim Ungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP. mStar. Isnin, 24 November 2014 - 9:25 AM.
  3. Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 21. mStar. Rabu, 22 Oktober 2014 - 10:59 AM.
  4. Senarai Penuh Top 5 Pencalonan Anugerah Industri Muzik AIM 21. Sensasi Selebriti (budiey). 22 OCT, 2014.
  5. 'No More' cipta sejarah di AIM21, Siti raih trofi ke-12 vokal terbaik. Astro Awani. Disember 07, 2014 11:10 MYT.
  6. Senarai Penuh Keputusan Anugerah Industri Muzik ke-21. Sensasi Selebriti (budiey). 7 DEC, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]