Afriqiyah Airways

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Afriqiyah Airways
الخطوط الجوية الأفريقية
IATA
8U
ICAO
AAW
Callsign
AFRIQIYAH
Ditubuhkan 2001
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli
Program frequent flyer Rahal
Pesawat 11 (+ 16 pesanan)
Destinasi 27
Ibu pejabat Tripoli, Libya
Tokoh utama Kapten Sabri Saad Shadi (Pengerusi)
Laman web afriqiyah.aero

Afriqiyah Airways (Bahasa Arab: الخطوط الجوية الأفريقية‎) ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Tripoli, Libya.[1] Syarikat ini mengendalikan perkhidmatan dosmetik di antara Tripoli dan Benghazi dan perkhidmatan berjadual antarabangsa untuk lebih 28 negara di Eropah, Afrika, Asia dan Timur Tengah. Pangkalan utama mereka adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli[2]. Nama Afriqiyah diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud Afrika. Nombor 9.9.99 pada tepi pesawat Afriqiyah merujuk kepada tarikh Pengisytiharaan Sirte yang menandakan pembentukan Kesatuan Afrika.[3] Ideanya adalah untuk menjadikan Afriqiyah sebagai syarikat penerbangan Afrika yang berpangkalan di Tripoli.

Afriqiyah Airways merupakan ahli bagi Arab Air Carriers Organization dan International Air Transport Association.

Syaikat penerbangan ini memperoleh hasil sebanyak 120 juta dolar pada 2006.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Contact Ush." - Laman rasmi Afriqiya. Dicapai pada 9 November 2009.
  2. "Directory: World Airlines", Flight International, 2007-03-27, p. 51. 
  3. CNN Wire Staff. "Crash survivor's family arrives in Tripoli." CNN. 13 Mei 2010. Dicapai pada 14 Mei 2010.
  4. "Political, visa issues driving Libya's Airbus orders", Business Intelligence Middle East. Dicapai pada 30 Mei 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]