Agama Hindu di Bali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebanyakkan penduduk Bali mengamalkan sejenis agama Hindu yang disebut, Agama Hindu atau Hindu Dharma. Agama Hindu di Bali merupakan gabungan unsur-unsur Hindu dan Buddha yang dipadukan dengan kepercayaan asli orang Bali.

Agama Hindu dan Buddha tiba di Bali melalui Pulau Jawa dan juga secara langsung dari negeri India di antara kurun ke-8 dan ke-16. Unsur kedua-dua agama tersebut berkembang dan bergabung di Bali. Penggolongan masyarakat kepada empat kasta yang diamalkan oleh masyarakat India juga diterapkan di dalam masyarakat Bali. Masyarakat Bali dibahagikan kepada empat kasta: Brahmana, Satriya, Wesya dan Sudra.