Agar-agar kering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih agar-agar kering.

Agar-agar kering [1] atau juga dikenali sebagai beleda kering di Kelantan dan Terengganu merupakan sejenis kuih tradisional lama. Rasanya sedap dan enak. Agar-agar kering merupakan sejenis kuih yang manis dan tahan lama.

Agar-agar kering merupakan pada asasnya dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan. Agar-agar kering biasanya dibuat pelbagai warna agar menarik dan dijemur separa kering menjadikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama. Pada asasnya agar-agar dibuat seperti biasa, tetapi dengan tambahan menggunakan gula batu dan bukannya gula pasir. Lebih dari satu warna dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila agar-agar telah menjadi keras, agar-agar tersebut akan dipotong pada saiz potongan yang bersesuaian. Saiz potongan tersebut biasanya akan berkurangan selepas dijemur apabila agar-agar tersebut kehilangan air dan berubah menjadi agar-agar kering.

Agar-agar kering yang baik biasanya mempunyai rupa berkaca, disebabkan kandungan gula yang mengeras dikelilingnya. Ia mempunyai rasa yang rangup di habagian luar dan lembut di dalam. Agar-agar kering biasanya jarang dihasilkan dan hanya dibuat bagi acara istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Asal[sunting | sunting sumber]

Agar-agar kering ini popular di Terengganu. Tidak pasti samaada ia popular di negeri lain di Malaysia, kerana ia tidak dihasilkan secara harian.

Nama[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama beleda kering. Bagaimanapun, disebabkan ia merupakan agar-agar yang dijemur kering, ia juga dikenali sebagai agar-agar kering di sesetengah tempat.


Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Agar-agar kering biasanya hanya dihasilkan bagai acara istimewa dan tidak dibuat untuk jualan harian. Bagaimanapun, ia tahan lama dan boleh disimpan begitu sahaja, tanpa perlu didingin bekukan. Agar-agar kering mempunyai rupa yang berkaca dan bewarna-warni yang menarik. Agar-agar kering tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Agar-agar kering kurang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya agak manis. Ia juga tidak dihasilkan secara harian dan hanya bagi acara istimewa seperti hari perayaan sahaja. Oleh itu ia kurang popular dikalangan golongan muda. Sungguhpun begiti ia mudah dihidangkan, tahan lama, tidak melekit atau mengotorkan dan rasanya juga sedap.


Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-Bahan[sunting | sunting sumber]

  1. 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
  2. 400 gm gula
  3. 1 cawan gula batu
  4. 6 gelas air
  5. Daun pandan
  6. Pewarna merah dan hijau

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut. Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api. Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.

Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai. Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan mengecut apabila dijemur.

Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang dan jemur ditengah panas matahari sehingga betul-betul kering. Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua bahagian agar-agar kering dengan sekata. Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]