Age of Glory

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
情牽南苑
Age of Glory
Genre Lakon zaman
Dimajukan oleh Double Vision
Pengarah James Lee
Dibintangi Debbie Goh
Danielle Dai
Aenie Wong
Lagu pembukaan Yuan Que 圆缺 oleh Cheryl Lee
Lagu penutup Luo Mu 落幕 oleh Cheryl Lee, Debbie Goh, Danielle Dai dan Aenie Wong
Negara asal  Malaysia
Bahasa Mandarin
Bilangan musim 1
Bilangan episod 42
Penerbitan
Tempoh siaran 1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asal ntv7
Siaran asal 3 April16 Jun 2008

Age of Glory (Cina Tradisional: 情牽南苑, Cina Ringkas: 情牵南苑, pinyin: qíng qiān nán yuàn) ialah sebuah siri drama televisyen berbahasa Cina buatan Malaysia yang diterbit oleh usahasama syarikat Double Vision dan penyiar ntv7. Drama yang berlatarkan zaman negara masih baru merdeka ini bukan sahaja dibintangi orang-orang ternama seperti artis TVB Debbie Goh yang bertapak di Hong Kong, diiringi pemberita ntv7 Danielle Dai dan Aenie Wong di samping penampilan istimewa Janet Khoo, malah merupakan pertama kali sutradara James Lee mengarah siri drama berbahasa Cina dan juga genre drama zaman.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Drama Age of Glory mengisahkan dugaan hidup dan asmara tiga orang wanita pada dekad 1960-an: seorang penari, seorang penyanyi dan seorang suri rumah, berteraskan taman istirahat BB Park (kini Plaza Sungei Wang).

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Lin Yu Lan (林玉兰) / Mei Gui (玫瑰) (Debbie Goh)
Berasal dari sebuah keluarga yang seolah-olah mementingkan kaum lelaki berbanding wanita di luar bandar, dia mengikut langkah seorang kekasih, Zhang Guan Sheng, ke Kuala Lumpur dengan sangkaan bermulanya kehidupan bahagia dari saat itu. Namun, dia dijual oleh "kekasihnya" yang rupa-rupanya banyak berhutang kepada ceti haram, menjadi seorang show girl di BB Park. Tanpa disangkanya pula di saat itu barulah hidupnya semakin bagus apabila dia menjadi penghibur berpengaruh di ibu kota pada masa itu. Di kemuncak kemasyhurannya, Mei Gui juga pernah jatuh cinta kepada He Fu Gui si penarik beca.
Watak Mei Gui diilhamkan oleh legenda tarian bogel Rose Chan, tetapi langsung tidak dilihatkan watak ini melakukan perbuatan sebegitu. Watak ini pernah dicadangkan agar dipegang Amber Chia.
Huang Shu Juan (黄淑娟) (Danielle Dai)
Berasal dari perkampungan nelayan, dia tiba di ibu kota untuk merealisasikan cita-citanya menjadi penyanyi. Dia diupah sebagai penyanyi di BB Park dan menghampiri impiannya untuk menjadi artis rakaman dengan menjuarai pertandingan nyanyian di sana. Namun, impian itu tidak kesampaian apabila dia pula jatuh cinta pada seorang anak kaya bernama He Bao Sheng, gara-gara kontrak melarangnya dari berkahwin.
Chen Mei (陈梅) (Aenie Wong)
Asalnya menjadi pembantu di rumah orang berada, termasuk sekali Mei Gui, dia melarikan dirinya kembali ke Pulau Pinang setelah berlaku perselisihan dengan Mei Gui serta diusik di sana-sini oleh Wang Cai yang berpendidikan di luar negara. Lambat-laun dia terpaksa menerima pikatan asmara Wang Cai yang berjaya mengekorinya, walaupun adat resam melarang pembantu rumah berkahwin.

Watak pembantu dan sampingan[sunting | sunting sumber]

He Fu Gui (何富贵) (Frederick Lee)
Mula-mulanya dia seorang penarik beca di sekitar kota, dia mula mengasihi Yu Lan yang ketika baru dicampak ke dalam kancah hiburan malam secara paksa. Setelah lama berasmara, Fu Gui pula makin berada dan menjadi pemandu teksi pula. Rupa-rupanya Fu Gui sudah berumahtangga tidak jauh dari sini, oleh itu demi kesejahteraan keluarganya dia terpaksa berpisah dari Yu Lan.
Zhang Guan Sheng (张冠生) (Steve Yap)
Kekasih pertama Lin Yu Lan. Orang yang kuat berjudi ini berhutang besar kepada ceti haram dan terpaksa menjual Yu Lan untuk melangsaikan hutang itu.
He Bao Sheng (何宝胜) (Leslie Chai)
Suami kepada Huang Shu Juan, mula-mulanya hidup bahagia sehingga munculnya seorang kenalan wanita yang seolah-oleh menghidupkan sikap curang Bao Sheng terhadap Shu Juan.
Xie Wang Cai (谢旺才) (Melvin Sia)
Pemuda kaya yang bertungkus-lumus tanpa mengendahkan betapa jelik rasa Chen Mei, akhirnya berjaya dan mendirikan rumah tangga bersama di Pulau Pinang.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pembikinan siri Age of Glory menelan belanja RM3 juta sepanjang 42 episod.[2] Banyak penekanan diberi pada aspek menyempurnaan nostalgia 60an, termasuk pembinaan sebuah replika BB Park di Port Dickson menurut pelan asal, diiringi unsur-unsur yang unik pada zaman tersebut termasuk fesyen dan busana dan bahasa-bahasa yang ditutur masyarakat zaman itu.[3]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Age of Glory menikmati sebanyak 800 ribu penonton sepanjang tayangan perdananya[4], iaitu mencatat rekod baru ratings siri drama televisyen bahasa Cina buatan Malaysia.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Glory days", The Star, 2008-04-02. Dicapai pada 2008-09-07. (Bahasa Inggeris) 
  2. "NTV7三百萬打造《情牵南苑》", Spotlite. Dicapai pada 2008-09-07. (Cina) 
  3. "New drama harks back to an evocative era", The Star, 2008-04-02. Dicapai pada 2008-09-07. 
  4. "《情牵南苑》收视创佳绩‧蔡可立爆原班人马拍续集", ent.sinchew-i.com, 2008-06-09. Dicapai pada 2007-07-01. (Cina) 
  5. "《情牽南苑》有望拍續集", Oriental Daily, 2008-06-30. Dicapai pada 2007-07-01. (Cina) 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]