Agensi Angkasa Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Agensi Angkasa Negara
Pemilik  Malaysia
Ditubuhkan 2002
Ibu pejabat Putrajaya
Pentadbir Dr Mustafa Din Subari
Tapak web angkasa.gov.my

Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 2002 untuk memajukan pendidikan dan penyelidikan sains angkasa, serta mambantu kerajaan melaksanakan Dasar Angkasa Negara. Agensi ini terletak di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Ketua Pengarah ANGKASA ialah Dr. Noordin Ahmad.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bagi memajukan bidang aeroangkasa di Malaysia, Bahagian Planetarium telah dilancarkan pada 1989 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Badan ini kemudian diperbesar dan ditukar namanya kepada Bahagian Kajian Angkasa (BAKSA) dengan bidang tanggungjawab yang diperluas pada 1995.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) pula ditubuhkan pada 2002, sebagai agensi khusus yang bertugas menggubal polisi dan peraturan, menyelaras, melaksanakan dan memantau aktiviti angkasa. Pada 2004, BAKSA dan ANGKASA telah digabungkan.

Program Angkasawan Negara[sunting | sunting sumber]

ANGKASA telah melancarkan Program Angkasawan Negara yang bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.