Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
| Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia اڬينسي ڤڠواتكواس ماريتيم مليسيا |
|||||||
| Nama biasa | Maritim Malaysia | ||||||
| Singkatan | APMM / MMEA | ||||||
| Lambang APMM | |||||||
| Panji APMM | |||||||
| Cogan kata | Mengawal, Melindung, Menyelamat | ||||||
| To Guard, To Protect, To Save | |||||||
| Gambaran agensi | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Dibentuk | 15 Februari, 2005 | ||||||
| Taraf undang2 | Kerajaan: Agensi kerajaan | ||||||
| Struktur bidang kuasa | |||||||
| Agensi kebangsaan | Malaysia | ||||||
| Agensi persekutuan | Malaysia | ||||||
| Sifat umum |
|
||||||
| Bidang kuasa khusus |
|
||||||
| Struktur operasi | |||||||
| Ibu pejabat | Putrajaya | ||||||
| Pegawai dilantik bertanggungjawab | YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia |
||||||
| Eksekutif agensi | Y. Bhg. Laksamana Maritim Dato' Mohd Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah |
||||||
| Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri | ||||||
| Kemudahan | |||||||
| Kapal Peronda |
Kapal Maritim
Kapal Latihan
|
||||||
| Bot |
Bot Maritim
Bot Laju
|
||||||
| Kapal Terbang |
Bombadier
|
||||||
| Helikopter |
Eurocopter
Agusta Westland
|
||||||
|
|||||||
| Tapak Sesawang | |||||||
| http://www.mmea.gov.my | |||||||
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau kadangkala lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Selain dari itu, tugasan penting APMM ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal pantai nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002. Seterusnya pada 16 April 2003 satu jawatankuasa pemandu dan pasukan nukleus diwujudkan bagi membantu kelicinan pelancarannya. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005. Bagaimanapun pelancaran rasmi APMM hanya berlangsung pada 21 Mac 2006. Ketua Pengarah APMM yang pertama ialah Laksamana Maritim Datuk Mohammad Bin Nik.
Operasi APMM [sunting]
Mengikuti langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim, APMM menjalankan pemantauan 24 jam setiap hari. Berbeza dengan agensi yang serupa dari negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga berkuasa melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim. Bagi memudahkan kawalan dan pemantauan, kawasan maritim di Malaysia dibahagikan kepada lima wilayah dan setiap satu mengandungi tiga hingga lima daerah maritim.
| Wilayah Maritim | Ibu Pejabat Wilayah | Daerah Maritim | Ibu Pejabat Daerah | Pangkalan Maritim | Pos Maritim |
| Utara | Langkawi, Kedah | DM 1 | Bukit Malut, Langkawi | Kuala Perlis, Perlis | - |
| Kuala Kedah, Kedah | - | ||||
| Teluk Ewa, Langkawi | - | ||||
| DM 2 | Batu Uban, Pulau Pinang | - | - | ||
| DM 3 | Lumut, Perak | Kuala Kurau | Pulau Pangkor | ||
| Selatan | Johor Bahru, Johor | DM 4 | Pelabuhan Klang, Selangor | Kuala Selangor, Selangor | - |
| DM 5 | Kuala Linggi, Melaka | Port Dickson, Negeri Sembilan | - | ||
| DM 6 | Johor Bahru, Johor | Pelabuhan Tg. Pelepas, Johor | - | ||
| Batu Pahat, Johor | - | ||||
| DM 7 | Tanjung Sedili, Johor | Pengerang, Johor | - | ||
| Mersing, Johor | - | ||||
| Timur | Kuantan, Pahang | DM 8 | Kuantan, Pahang | Rompin, Pahang | Pulau Tioman |
| DM 9 | Kuala Terengganu, Terengganu | Kemaman, Terengganu | - | ||
| DM 10 | Tok Bali, Kelantan | Tawang, Kelantan | - | ||
| Sarawak | Kuching, Sarawak | DM 11 | Kuching, Sarawak | Tg. Manis, Sarawak | - |
| DM 12 | Bintulu, Sarawak | Mukah, Sarawak | - | ||
| DM 13 | Miri, Sarawak | Beting Patinggi Ali, Sarawak | - | ||
| Sabah | Kota Kinabalu, Sabah | DM 14 | Labuan | - | - |
| DM 15 | Kota Kinabalu, Sabah | - | Pulau Mengalum | ||
| DM 16 | Kudat, Sabah | - | Pulau Jamboangan | ||
| Beluran | |||||
| DM 17 | Sandakan, Sabah | Lahad Datu, Sabah | Pulau Tambisah | ||
| DM 18 | Tawau, Sabah | Semporna, Sabah | Pulau Si Amil |
Aset semasa APMM [sunting]
APMM yang diberikan tugas bagi memastikan undang-undang maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dikuatkuasa serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat, memulakan operasi awal dengan tiga buah kapal.
Sebanyak 17 buah kapal lagi yang diterima daripada tentera laut, polis, perikanan dan kastam, akan diperbaiki dan dibaik pulih untuk peranan baru mereka dan dijangka siap pada Januari tahun depan. Sementara itu, sayap udaranya dirancang akan diwujudkan untuk memperkuatkan pasukan itu. Dipercayai APMM akan menubuhkan satu pasukan khas yang akan bergabung tenaga dengan unit khas ATM dan PDRM dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.
Ketika ini aset APMM telah berkembang mempunyai lebih 113 buah kapal serta bot laju, 6 helikopter dan 2 kapal terbang pelbagai guna.
- 3x Agusta Westland AW 139
- 3x Helikopter Eurocopter AS365 N3
- 2x Kapal Terbang Bombardier CL 415MP
- 15x Kelas Gagah (ex-PZ)
- 2x Kelas Langkawi (OPV)
- 1x Kelas Marlin (kapal latihan pemberian kerajaan Jepun)
- 4x Kelas Malawali (ex-Bintang)
- 38x Kelas Kilat (RHIB)
- 1x Kelas Pengaman (ex-AL)
- 4x Kelas Penyelamat (ex-SAR)
- 2x Kelas Penggalang
- 5x Kelas Pelindung (ex-OBM)
- 4x Kelas Semilang (ex-Siri 100)
- 12x Kelas Pengawal (ex-GRP)
- 1x Kelas Peninjau (ex-Siri 300)
- 5x Kelas Ramunia (ex-Bahtera)
- 2x Kelas Nusa (ex-Rajawali)
- 15x Kelas Sipadan (ex-PC)
- 2x Kelas Rhu (ex-Siri 200)
- 15x (ex-camar class)
- 6x Kelas Penyelamat (Baru dari PME)
Lencana pangkat APMM [sunting]
Pegawai APMM [sunting]
Lain-lain pangkat APMM [sunting]
| Pegawai Waran I Maritim | Pegawai Waran II Maritim | Bintara Kanan Maritim | Bintara Muda Maritim | Laskar Kanan Maritim | Laskar Kelas I Maritim | Laskar Kelas II Maritim |
|---|---|---|---|---|---|---|
Prestasi APMM [sunting]
Pemeriksaan sebanyak 360 kes (2006) , 13,598 (2009). Dari Januari 2010 hingga 5 Feb 2010 1,239 pemeriksaan telah dilakukan.
Tangkapan melibatkan 173 kes (2006), 683 kes (2007), 679 kes (2008) dan 1,028 pada 2009, ,Januari hingga 5 Feb 2010 sebanyak 155 kes.
Nyawa yang berjaya diselamatkan adalah 55 (2006), 116 (2007), 97 (2008), 207 (2009) dan 22 orang bagi tempoh Januari sehingga 5 Feb 2010.
Latihan Eksesais Maritim Perkasa APMM Siri 1/2010 [sunting]
Latihan Eksesais Maritim Perkasa APMM Siri 1/2010 diadakan di perairan Pulau Pintu Gedung, Pelabuhan Klang hingga ke pulau Langkawi pada 6 -11 Februari 2010. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas helipad kapal KM Langkawi.
Latihan ini melibatkan operasi menyelamat di laut, winching exercise (winchex) - kaedah angkat orang atau barang oleh helikopter guna pengangkut, menggeledah oleh bot ke atas kapal, special ship boarding oleh Pasukan Tindakan Khas dan keupayaan Amfibi Bombardier. Seramai 1,424 anggota terlibat , 10 kapal, lima bot dan empat pesawat udara .[1]
Lihat juga [sunting]
- Angkatan Tentera Malaysia
- Tentera Laut Diraja Malaysia
- Rondaan Operasi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
- Jenayah maritim di Perairan Pengerang
- Jenayah maritim di Perairan Tanjung Piai
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia |
