Agensi Perisikan Pusat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 38°57′06″N 77°08′48″W / 38.951796°U 77.146586°B / 38.951796; -77.146586

Lambang CIA

Agensi Risikan Pusat (Bahasa Inggeris: Central Intelligence Agency, CIA) merupakan salah satu agensi keselamatan bagi negara Amerika Syarikat, yang bertanggung jawab untuk mendapatkan dan menganalisa maklumat berkenaan kerajaan negara-negara luar, badan-badan korporat, serta individu-individu, dan melaporkan maklumat tersebut kepada beberapa badan lain di dalam kerajaan Amerika Syarikat.

Ibu pejabatnya adalah di kawasan komuniti Langley di McLean CDP Fairfax County, Virginia, berhadapan Sungai Potomac dari Washington, D.C.. CIA merupakan salah satu daripada komuniti perisikan Amerika, yang mana sekarang di pimpin oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (Director of Central Intelligence Agency, D/CIA). Tanggungjawab CIA secara kasarnya adalah seperti British Secret Intelligence Service di British, Australian Secret Intelligence Service di Australia atau Mossad di Israil.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Kami menyediakan pengetahuan dan mengambil tindakan demi memastikan keselamatan nasional Amerika Syarikat dan mengekalkan kehidupan serta impian rakyat jelata.

Misi[sunting | sunting sumber]

Kami adalah "mata" dan "telinga" negara dan pada sebarang waktu sebagai "tangan yang terselindung" hidden hand. Kami mencapai misi ini melalui:

  • Pengumpulan maklumat risikan yang perlu.
  • Menyediakan analisa yang relevan, pada waktunya dan objektif dari pelbagai sumber.
  • Melaksanakan tindakan covert yang diarahkan Presiden untuk membendung sebarang ancaman yang mungkin berlaku atau mencapai objektif polisi AS.

Nilai-Nilai bersama[sunting | sunting sumber]

  1. Dalam mencapai kepentingan negara, kami meletakkan tanahair sebelum kepentingan agensi, agensi sebelum kepentingan unit, dan unit sebelum kepentingan diri sendiri. Apa yang kami lakukan adalah penting.
  2. Kejayaan kami bergantung kepada kebolehan bertindak dengan penuh waspada dan kebolehan melindungi sumber maklumat dan metod yang digunakan.
  3. Kami menyediakan maklumat serta analisa yang objektif dan tidak berat sebelah.
  4. Misi kami memerlukan integriti peribadi yang sepenuh hati ditambah dengan keberaniaan fizikal dan intelek.
  5. Kami mencapai apa yang tidak boleh dicapai oleh orang lain, dan kerap melibatkan risiko tinggi. Apabila terdapat bahaya yang besar serta risiko yang amat tinggi, kami adalah orang pertama yang akan menghadapinya.
  6. Kami saling menyokong sesama sendiri. Khidmat, pengorbanan, keanjalan, kerja berkumpulan, dan patriotisme adalah tanda utama kami.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lambang Asal dari bangunan pertama CIA di E Street, Washington, DC

Agensi ini telah ditubuhkan pada 1947 oleh Presiden Harry S. Truman, yang berasal daripada Pejabat Perkhidmatan Strategik (Office of Strategic Services) (OSS) yang ditubuhkan sejak Perang Dunia II lagi. OSS telah dimansuhkan pada Oktober 1945 tetapi William J. Donovan (atau juga dikenali sebagai Wild Bill oleh kawan dan musuh), pencipta OSS, telah menyerahkan kertas cadangan kepada Presiden Franklin D. Roosevelt pada 1944 untuk mewujudkan organisasi baru yang di pantau terus oleh Presiden, "di mana maklumat risikan dikumpul melalui metod overt dan covert dan pada masa yang sama memberi panduan periskan, memberi objektif perisikan nasional, dan menghubungkait material perisikan yang dikumpul oleh semua agensi kerajaan." Walaupun mendapat tentangan dari pihak tentera, Kerajaan Negeri, dan FBI, Truman berjaya menubuhkan kumpulan Perisikan Utama (Central Intelligence) pada Januari 1946. Seterusnya pada National Security Act of 1947 (dimana menjadi efektif pada 18 September 1947) National Security Council dan Agensi Perisikan Utama (CIA) ditubuhkan.

Pada 1949, Akta Central Intelligence Agency Act (juga dipanggil "Public Law 110") telah diluluskan, dimana mengizinkan agensi untuk menggunakan fiskal Sulit dan prosedur administratif dan membenarkannya dari banyak limitasi penggunaan kewangan kerajaan. Akta ini juga membenarkan CIA untuk memperolehi maklumat "organisasi, fungsi, pegawai, pangkat, pendapatan, atau jumlah pekerja." Ia juga mencipta program yang dipanggil "PL-110" untuk menguruskan faktor dan maklumat asing diluar dari pada prosidur imigrasi, dan memberi "cover story" dan sokongan ekonomi persendirian. [1]

Semasa tahun pertama ditubuhkan, agensi kerajaan lain tidak begitu menggunakan Agensi. Tetapi ia menjadi keperluan apabila terbit kemahuan untuk mengalahkan atau bersaing dengan aktiviti KGB di seluruh dunia, tanggungjawab dimana hanya boleh dilaksanakan dengan pelaksanaan yang tidak lurus. Dengan keputusan, beberapa agensi kerajaan diwajibkan untuk bekerja rapat dengan CIA. Penambahan dramatik Agensi dan pembangkitan semangat kebebasan dibawah DCI Allen Dulles diserap pada trend ini.

Akta Intelligence Reform and Terrorism Prevention Act 2004 telah meminda Akta National Security Act dan ia mewujudkan dua jawatan iaitu Director of National Intelligence yang akan mengambil beberapa tugasan DCI, dan seorang pengarah berasingan yang dipanggil Director of the Central Intelligence Agency (D/CIA).

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan CIA yang paling utama ialah untuk menyedarkan pegawai atasan AS mengenai isu-isu perisikan yang penting. Ini memerlukan proses yang amat rumit. Pertama ialah peringkat mengenalpasti masalah atau isu keselamatan nasional yang yang penting bagi kerajaan AS. Misalnya, CIA mungkin diarahkan untuk mengkaji perisikan mengenai aktiviti perancangan pengganas di luar negara.

Pihak CIA mempunyai beberapa cara untuk mencari maklumat perisikan. Antara lain ialah dengan menterjemah sebarang suratkhabar, majalah atau rancangan radio atau televisyen sesebuah negara. Imej satelit digunakan untuk mengambil rakaman imej dari angkasa lepas dan juruanalisa imej akan melaporkan apa yang mereka lihat, seperti, pegerakan pengganas dan sebagainya. Penganalisa signal akan decrypt mesej berkod yang dihantar dari negara asing. CIA juga akan mengambil pekerja asing untuk mendapat maklumat dalaman mengenai sesebuah negara.

Selepas kesemua maklumat telah dikumpul, penganalisa perisikan intelligence analysts akan menggabungkan maklumat dari pelbagai sumber tersebut dan cuba menilai apa yang sedang berlaku, mengapa ia berlaku, apa yang mungkin akan berlaku, dan bagaimana ia relevan dengan kepentingan AS. Hasilnya ialah sebuah laporan yang bebas dari unsur politik political bias, yang akan diberi kepada pegawai atasan termasuk President's Daily Brief (PDB), --berita ringkas yang diberi kepada Presiden AS serta pegawai atasannya yang lain setiap hari.