Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 48°14′2″N 16°24′58″E / 48.23389°U 16.41611°T / 48.23389; 16.41611

International Atomic Energy Agency
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Flag of IAEA.svg
Bendera
IAEA members.svg
Negara-negara Ahli
Ibu Pejabat Vienna, Austria
Bahasa rasmi Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia, dan Sepanyol
Negara ahli 144
Ketua Pengarah Mohamed ElBaradei
Penubuhan 1957
Laman web rasmi http://www.iaea.org/

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.

Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".

IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

IAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan secara aman teknologi nuklear di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini. IAEA menggembangkan lagi usaha-usaha keselamatan nuklear selepas berlakunya tragedi Chernobyl pada tahun 1986.

IAEA diketuai oleh Hans Blix dari tahun 1981 hingga 1997. Ketua Pengarah IAEA terkini ialah Mohamed ElBaradei dari Mesir. Semasa Persidangan Agung yang ke-49, ElBaradei telah disahkan memegang jawatan Ketua Pengarah sehingga tahun 2009.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Ibupejabat IAEA sejak 1979, Vienna, Austria

Kota Vatican dan kebanyakan Ahli-ahli PBB ialah ahli IAEA.

Tidak menyertai:

Negara-negara yang keluar daripada IAEA:

Negara-negara yang masih belum sahkan dokumen pengesahan mereka:

Entiti lain yang tidak diwakili di IAEA:

Ketua-Ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]