Agoda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Agoda adalah syarikat internet yang menyediakan khidmat tempahan hotel dalam talian untuk hartanah-hartanah yang kebanyakannya tertumpu di rantau Asia Pasifik [1], dengan pejabat di Singapura, Bangkok, Hong Kong, Kuala Lumpur, Phuket, Bali, Sydney, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, dan Manila.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini diasaskan oleh Michael Kenny pada lewat 1990-an di bawah nama PlanetHoliday.com. Konsep asalnya ialah untuk menggunakan kuasa tidak terhad oleh laman pencarian di internet bagi mengisi kekurangan maklumat tentang hotel dan maklumat perjalanan. PlanetHoliday merupakan salah satu daripada laman web tempahan hotel pertama di dalam industri yang kemudiannya telah berkembang menjadi perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar.

Kenny, yang berasal dari Long Island, New York, berhijrah ke Thailand pada awal 90-an dan memulakan laman web ini dengan operasi kecil-kecilan di Pulau Phuket.[2] Pada 2002, operasi dipindahkan dari Phuket ke Bangkok dan pada 2003 PrecisionReservations.com telah ditambah sebagai rakan kerjasama yang direka untuk menjual tempahan melalui laman-laman web ahli gabungan. Kemudian pada 2005 PlanetHoliday.com dan PrecisionReservations.com bergabung di bawah syarikat Agoda Company Pte. Ltd.

Pengambilalihan[sunting | sunting sumber]

Pada November 2007 Syarikat Agoda telah diambil-alih oleh Priceline.com (NASDAQ: PCLN) menjadikannya pengambil-alihan antarabangsa ketiga mereka.[3] Agoda sekarang mempunyai lebih kurang 450 pekerja dan menawarkan pengguna khidmat pencarian ketersediaan hotel dalam 32 bahasa di antaranya termasuk bahasa Melayu, Cina, Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jepun dan Thai

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Agoda telah memenangi kategori laman penginapan Terbaik pada Anugerah Web Asia Travelmole 2008.[4]

Nota Kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Priceline acquires Asian online hotel reservation service Agoda". Diperoleh pada 2008-08-08. 
  2. "Michael Kenny ’89 Heads Travel Company in Thailand". Diperoleh pada 2008-08-08. 
  3. "Agoda acquisition by Priceline". Reuters. 2007-11-08. Diperoleh pada 2008-08-06. 
  4. "Travelmole 2008 Web Awards". Diperoleh pada 2008-08-06. 


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]