Agusta A129 Mangusta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A129/AW129 Mangusta
T129
AgustaA129 03.jpg
Agusta A129 Mangusta at Air 04, Payerne, Switzerland
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar AgustaWestland
Turkish Aerospace Industries (TAI)
Penerbangan sulung 15 September 1983
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Itali
Tentera Darat Turki
Dikeluarkan 1980-an - kini
Jumlah dibina 60 buah
Kos seunit AS$ 43 juta (A129I),AS$ 63 juta (T129)

Agusta A129 Mangusta (Bahasa Melayu: Cerpelai) (AW129 sejak Jun 2007) merupakan sebuah helikopter penyerang yang dikeluarkan oleh Agusta (sebahagian dari firma AgustaWestland) dari Itali. Ia merupakan helikopter penyerang pertama yang keseluruhannya direka dan dikeluarkan oleh Eropah Barat. Versi terkini helikopter ini iaitu T129, akan dikeluarkan oleh sebuah firma Turki iaitu Industri Aeroangkasa Turki untuk Tentera Darat Turki.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

A129 Mangusta telah dibangunkan untuk berperanan sebagai sebuah helikopter anti kereta kebal untuk Tentera Darat Itali. Versi eksport iaitu A129 International, adalah sebuah helikopter berkos rendah yang dilengkapkan dengan kuasa tembakan tambahan dan avionik yang ditingkat upaya.

Proses rekabentuk A129 bermula pada 1978, dan prototaip pertama telah membuat penerbangan sulung pada 15 September 1983.

Helikopter A129 boleh digunakan dalam misi-misi anti kereta kebal, pengawasan bersenjata, serangan darat, mengiring, sokongan tembakan dan anti pesawat.

Dalam misi anti kereta kebal, helikopter ini boleh membawa peluru berpandu Hellfire, TOW atau Spike-ER, atau gabungan antaranya. A129 juga boleh dilengkapi dengan roket tanpa panduan 81 mm atau 70 mm (2.75 in) dan memiliki tiga laras meriam Gatling berkaliber 20 mm di dalam turret di bawah hidungnya.

Bagi peranan anti pesawat, pilihan peluru berpandu udara ke udara Stinger atau Mistral boleh dibawa.

A129 dipasangkan dengan sistem-sistem navigasi dan penglihatan malam kendiri bagi memberi keupayaan tempur dalam semua keadaan cuaca, pada waktu siang atau malam.

Pada 1986, kerajaan Itali, Belanda, Sepanyol dan United Kingdom telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi menyelidik versi tingkat upaya helikopter A129, yang dikenali sebagai Helikopter Bersama Eropah Tonal. ("Tonal" berasal dari nama tuhan Aztek). Tonal akan memiliki enjin yang lebih berkuasa, sistem rotor baru, giar pendaratan boleh ditarik balik, penderia-penderia yang diperbaik dan persenjataan lebih berkuasa. Walaubagaimanapun, projek ini dibatalkan pada 1990 apabila Britain dan Belanda memutuskan untuk memperoleh helikopter AH-64 Apache. Sepanyol selepas itu memutuskan untuk memperoleh Eurocopter Tiger.

Dalam Projek AIR 87, Tentera Darat Australia telah merancang untuk memperoleh Helikopter Pengawasan Bersenjata. Helikopter-helikopter Agusta A129, AH-64 Apache, dan Eurocopter Tiger telah disenarai pendek daripada enam penender awal. Pada Disember 2001, Australia mengumumkan kontrak perolehan telah dianugerahkan kepada Eurocopter Tiger.[1]

T129 ATAK[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mac 2007, Turki membuat pengumuman untuk berunding dengan AgustaWestland bagi membeli 51 buah (pilihan +40 buah) helikopter A129.[2][3] [4] Helikopter yang akan dibeli berdasarkan versi A129 International dan akan dipasang di Turki oleh firma IAT sebagai T129. Perjanjian ini dilaporkan bernilai AS$3 bilion. [5] Kontrak akhirnya ditandatangani pada 7 September, 2007.[6]

Pada 22 Jun 2008, perjanjian di antara TUSAS Aerospace Industries dan AgustaWestland secara rasminya berkuatkuasa. Ia mengesahkan bahawa T129 akan dibina 100% oleh Turki. Di bawah perjanjian ini, IAT akan membangunkan komputer misi, avionik, sistem-sistem persenjataan, kelengkapan perlindungan diri dan sistem kiu lekapan helmet buatan Turki. TUSAS Engine Industries Inc (TEI) pula akan mengeluarkan enjin LHTEC CTS800-4N secara berlesen. Perjanjian ini juga memberi kelulusan kepada Turki untuk memasarkan dan memiliki hak cipta ke atas platform T129. Tidak ada halangan akan dikenakan ke atas Turki bagi mengeksport atau memindahkan platform ini ke negara ketiga (tidak termasuk Itali dan United Kingdom).[7]

T129 memiliki beberapa penambahbaikan yang ketara berbanding A129 asal bagi memenuhi keperluan Tentera Darat Turki:[8]

  • T129 akan membawa 12 butir peluru berpandu anti kereta kebal Roketsan yang dibangunkan oleh UMTAS (dibangunkan oleh Turki, setanding dengan Hellfire II);[9]
  • LHTEC T800 (CTS800-4) yang lebih berkuasa.[10] Penggunakan enjin ini akan meningkatkan ketinggian mengapung maksimum kepada 20%;
  • Dua pelancar peluru berpandu udara ke udara Stinger (sejumlah 4 pelancar boleh dibawa) telah ditambah pada pilon bahagian luar;
  • Radar tiang menyamai yang digunakan pada Apache Longbow. Radar tiang untuk TUC-1 akan berasaskan pada radar bidikan dan pengawasan buatan IAI/ELTA (Israel) bersama-sama dengan keupayaan SAR dan ISAR. Radar boleh mengenal pasti sasaran di darat dan di laut sekurang-kurangnya 30 km daripada sasaran. Radar tiang untuk TUC-2 akan menggunakan teknologi tempatan. Pada 16 Julai 2007, TÜBİTAK (Pertubuhan Penyelidikan Negara Turki), METEKSAN Savunma Sanayii A.Ş dan Universiti Bilkent telah menubuhkan sebuah konsortium untuk membangunkan radar gelombang milieter termaju, menyerupai radar pada Longbow dan IAI/ELTA. Radar ini dirancang akan mula digunakan pada pertengahan-2009.[11]

Berdasarkan majalah Savunma ve Havacılık (Pertahanan dan Aeroangkasa), 51 buah helicopter penyerang T-129 akan ditugaskan seperti berikut:[12]

  • Sebuah akan disimpan oleh Kementerian Pertahanan Turki dan akan digunakan sebagai platform ujian untuk pembangunan sistem.
  • 50 buah helicopter selebihnya akan diserahkan kepada Tentera Darat Turki. Tambahan sebanyak 40 unit helicopter T-129 (pilihan) akan dikeluarkan sekiranya perlu.
  • 50 buah helikopter T-129 akan dibina dalam dua konfigurasi, iaitu TUC-1 dan TUC-2 (TUC: Konfigurasi Turki.)

30 unit pertama daripada sejumlah 50 unit adalah TUC-1, sementara 20 unit yang seterusnya adalah TUC-2.

  • T-129 TUC-1 (30 unit pertama) akan memiliki:
    • Komputer misi buatan tempatan
    • Pertahanan diri dan peperangan elektronik buatan Turki.
    • Aselsan AselFLIR-300
    • Sistem kiu lekapan helmet buatan luar negara (sama ada Elbit atau Thales)
    • Peluru berpandu buatan luar negara (sama ada Hellfire II atau Spike ER)
  • T-129 TUC-2 (20 unit seterusnya) akan memiliki:
    • Komputer misi buatan tempatan
    • Pertahanan diri dan peperangan elektronik buatan tempatan
    • Aselsan AselFLIR-300
    • Sistem kiu lekapan helmet Aselsan AVCI
    • Peluru berpandu Roketsan UMTAS

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2007, Tentera Darat Itali merupakan satu-satunya pengguna A129 dan memiliki 45 buah A129 Mangusta dan telah memesan tambahan sebanyak 15 buah A129 International. Helikopter versi Agusta A129 CBT (konfigurasi tempur) dalam perkhidmatan Tentera Darat Itali adalah berasaskan versi International, akan tetapi masih mengekalkan enjin Gem engines (lihat di atas). Helikopter A129CBT pertama telah diserahkan pada Oktober 2002. Pada Januari 2002, AgustaWestland telah dianugerahkan kontrak untuk meningkat upaya 45 buah A129 Mangusta kepada versi pelbagai peranan isiatu Agusta A129 CBT.

Sepanjang perkhidmatannya, Mangusta telah berkhidmat dalam misi Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Republik Macedonia, Somalia dan Angola. Tiga buah helicopter telah dihantar ke Iraq sebelum penarikan balik tentera Itali. Kini, beberapa buah A129 juga dihantar ke Afghanistan, bagi memperkuatkan pasukan tentera darat Itali, yang mana merupakan satu-satunya unit infantry yang tidak mendapat sokongan udara Itali.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Agusta A129 Mangusta

Model pengeluaran[sunting | sunting sumber]

  • A129 Mangusta: Versi pengeluaran awal, dijanakuasa oleh dua buah enjin turboshaft Rolls-Royce Gem 2.
  • A129 International: Versi tingkat upaya dengan rotor lima bilah, turret hidung, sokongan bagi peluru berpandu Hellfire dan Stinger, kelengkapan avionic termaju serta dua buah enjin turboshaft LHTEC T800.
  • A129 CBT(ComBaT): Versi tingkat upaya bagi Tentera Darat Itali yang menggabungkan kelengkapan sama seperti versi A129 International, akan tetapi mengekalkan penggunaan enjin turboshaft Gem (bagaimanapun system transmisi tahap tinggi dipasangkan). Mengikut laporan, tatarajah kokpitnya adalah lebih ringkas jika dibandingkan dengan A129 International.
  • T129: Helikopter penyerang Turki berasaskan versi A129 International;[13] yang akan dipasang di Turki oleh IAT.

Model-model yang dicadangkan[sunting | sunting sumber]

  • A129 LBH: Versi helikopter penggempur pelbagai peranan dengan struktur diubahsuai sepenuhnya dan berbeza dengan versi asal A129, memiliki ruang bagi membawa lapan anggota tentera selain 2 krew. (Singkatan LBH bermaksud Light Battlefield Helicopter atau Helikopter Pertempuran Ringan.)
  • A129 Multi-Role Versi cadangan, tidak dibina.
  • A129 Scout: Cadangan versi bagi pengawasan, tidak dibina.
  • A129 Shipboard: Cadangan versi tentera laut, tidak dibina.
  • A129 Tonal: Cadangan terbitan untuk tentera Itali, Belanda, Sepanyol, dan United Kingdom, dengan enjin lebih berkuasa, sistem rotor baru, giar pendaratan boleh tarik, penderia ditambahbaik, dan persenjataan yang lebih ampuh. Program ini dibatalkan pada 1990.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Bendera Itali Itali
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki
  • Tentera Darat Turki - sejumlah 52 buah (pilihan tambahan +40 buah) akan dikeluarkan di Turki.

Spesifikasi (A129)[sunting | sunting sumber]

Mangusta-A129-schema.png

Data dari Augusta Westland A129 Technical Data[14]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2: juruterbang dan pegawai system senjata
  • Panjang: 12.28 m (40 kaki 3 in)
  • Diameter rotor: 11.90 m (39 kaki 1 in)
  • Tinggi: 3.35 m (11 kaki 0 in)
  • Ceper luas: 444.9 m² (4,789 kaki ²)
  • Berat kosong: 2,530 kg (5,575 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 4,600 kg (10,140 lb)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce Gem 2-1004D (dikeluarkan secara berlesen oleh Piaggio) turboshaft, 664 kW (890 shp) setiap satu
  • Kipas: empat bilah rotor

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 1× meriam Gatling tiga laras berkaliber 20 mm (500 butir peluru) (versi CBT sahaja)
  • Roket: 4 pod dengan
    • 38× 81 mm (3.19 in) roket tanpa panduan atau
    • 76× 70 mm (2.75 in) roket tanpa panduan atau
    • 12.7 mm pod mesingan
  • Peluru berpandu:

A129 International[sunting | sunting sumber]

Data dari Data teknikal Augusta Westland A129[14]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2: juruterbang dan pegawai sistem senjata
  • Panjang: 12.62 m (41 kaki 5 in)
  • Diameter rotor: 11.90 m (39 kaki 1 in)
  • Tinggi: 3.35 m (11 kaki 0 in)
  • Ceper luas: 444.9 m² (4,789 kaki²)
  • Berat kosong: 2,530 kg (5,580 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 5,100 kg (11,245 lb)
  • Loji kuasa:LHTEC T800-LHT-800 turboshaft, 1,024 kW (1,373 shp) setiap satu
  • Kipas: rotor lima bilah

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]