Ahadiat Akashah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah (44) adalah seorang novelis remaja di Malaysia. Beliau kelahiran Kampung Gombak Tambahan, Gombak, Selangor. Beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku). Beliau juga dikatakan novelis terkaya di Malaysia hasil penjualan novel.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ahadiat merupakan graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom. Beliau menceburi bidang penulisan novel sejak 1985. Namanya melonjak naik setelah novel remaja 'Budak Setan' diterbitkan pada 1995.

Novelnya terpilih menjadi teks Komsas iaitu Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007.[2] Kemudian menubuhkan syarikat penerbitan Roket Kertas Sdn. Bhd.

Filem Lagenda Budak Setan – The Movie pada 2010 adalah berdasarkan novelnya Lagenda Budak Setan.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Horizon / Ahadiat Akashah / CESB / RM4.00
  2. Bila Lagi Mentari Melimpah Sinar / Ahadiat Akashah / Fajar Pakeer / RM20.00
  3. Kisah Satu Malam / Ahadiat Akashah / Fajar Pakeer / RM20.00
  4. Profesional / Ahadiat Akashah / Novel House / RM5.00
  5. Joy II / Ahadiat Akashah / Novel House / RM5.00
  6. Hoi! / Ahadiat Akashah / Novel House / RM5.00
  7. Bon Voyage / Ahadiat Akashah / Novel House / RM5.00
  8. Boy II / Ahadiat Akashah / Novel House / RM5.00
  9. Di Suatu Senja Di Musim Yang Lalu / Ahadiat Akashah / Novel House / RM5.00
  10. Kita Semua Sama / Ahadiat Akashah / Novel House / RM8.00
  • Sayap Sayap Cinta
  • Untuk Tiga Hari
  • Secangkir Kopi Panas Di Pilot Cafe
  • Pilot Cafe
  • Kasyah
  • Katerina
  • Hikayat Cinderella - 1500 halaman.
  • Lagenda Budak Setan
  • Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta
  • Malam Ini Kita Semua Menangis. . .
  • Untuk Semua Gadis Yang Pernah Kucintai

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapa saudaranya, Marwilis Yusof banyak memberinya semangat dan peluang menghasilnya novel. Beliau bermula sebagai pembaca pruf novel-novel yang dihantar ke syarikat penerbitan Marwilis Publisher di Shah Alam. Marwilis Yusof merupakan Adun Semenyih yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982.


Minatnya terhadap kereta-kereta mewah menyebabkan beliau terperangkap dalam masalah kewangan dan muflis. Semua harta Ahadiat dibekukan dan dia tidak dibenarkan keluar negara.

Bekas isteri pertamanya Shahilah Mat Nazir dan mereka mendapat seorang anak perempuan bernama Aishah Akashah (14). Mereka berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000.

Isteri keduanya Norhayati Mohd , berkahwin pada 13 Ogos 2000. Mereka mendapat 3 anak iaitu Athirah Akashah, 9, Anisah Akashah, 8, dan Adam Adiat Akashah, 6,. Ibunya Che Yah @ Norliah Yusuf (72).

Ahadiat dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berhubung nafkah anaknya Athirah Akashah sebanyak RM300 seperti yang diperintah mahkamah selepas sah bercerai dengan defendan, Shahilah Mat Nazir [3] Dia gagal membayar tunggakan nafkah anaknya, Aishah Akashah, 13, selama 13 bulan berjumlah RM3,900 sejak Oktober 2007 . Sedangkan purata royalti bukup-buku lamanya RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.[4]

Pada Januari 2009, beliau dimasukkan ke Wad Ortopedik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana serangan gout. Semua sendinya membengkak dan membenjol berwarna kemerah-merahan. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]