Ahamad Pakeh Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Ahamad Pakeh Adam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di kawasan DUN Lintang, Sungai Siput , utara Perak.

Dalam pertandingan pemilihan UMNO Bahagian pada Oktober 2008 , beliau tewas kepada penyandang. Biasanya Ketua Bahagian UMNO lebih diutamakan berbanding wakil rakyat di sesuatu kawasan dan kecenderungan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat UMNO. Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib mudah memberikan bantuan kepada ketua UMNO Bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.Sebelum ini peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kewangan kepada ketua Umno bahagian.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]