Ahirudin Attan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Ahirudin Attan atau blogger 'Rocky's Bru' (lahir 20 Disember 1951) adalah bekas wartawan Malaysia yang kini mengendalikan semula akhbar arus perdana New Straits Time Press, termasuk Business Times,The Malay Mail dan The Sunday Times. Beliau adalah Penasihat Kumpulan Redberry Media Group. Pada 16 September 2011, beliau memulakan blogpaper 'The Mole'.

Kewartawanan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi wartawan di Business Times pada tahun 1985, selepas menamatkan pengajian daripada Institut Teknologi MARA (UiTM).Pada tahun 1992, beliau berkhidmat sebagai wartawan di London dan melanjutkan pengajian di Cardiff (1993) jurusan Kewartawanan Lanjutan. Kemudian beliau dilantik sebagai editor Businesss Times (1997) dan seterusnya sebagai pemangku editor The Malay Mail pada 16 Oktober 2001. Beliau terus dilantik semula sebagai editor Malay Mail dan Mail Ahad pada 1 Mei 2004, berikutan penstrukturan semula .

Pada 13 Februari 2006, Ahirudin meletak jawatan . Ahirudin telah bekerja dengan NSTP selama 21 tahun. Ahirudin ialah Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan dari tahun 2003 hingga 31 Mac 2007, digantikan oleh Mokhtar Hussain, saudaranya dan kekal sebagai penasihat sehingga Mac 2009. Beliau juga Perunding Editorial, dan kolumnis.

Blogger[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2006, Ahirudin menulis di blog 'Rocky Bru' yang menumpukan kepada media massa kewartawanan, dan politik. Artikel-artikelnya dalam blog tersebut menyebabkan beliau di saman. Blog 'Rocky Bru' menarik perhatian ramai, sama seperti kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com ; sakmongkol.blogspot ;Big Dog; Mykmu dan RBF.[1]

Saman fitnah[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, Ahirudin Attan disaman oleh empat bekas ketuanya di New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP). Keputusan kes itu akan ditetapkan oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamed.

Menurut peguam Rishwant Singh, pada 4 Jan, 2007, keempat-empat mereka yang pada ketika itu merupakan timbalan pengerusi NSTP Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas pengarang kumpulan Brendan Pereira memfailkan saman terhadap Ahirudin kerana memfitnah dan berbohong dengan niat jahat. Artikel itu dibenarkan untuk diterbitkan oleh Ahirudin dalam laman blognya. Artikel itu merujuk kepada mereka dan berbaur fitnah, NSTP turut dinamakan sebagai plaintif dalam saman itu tetapi pada 27 Sept, 2010, syarikat itu menarik diri sebagai plaintif. Pada 3 Mei, 2007, Akhiruddin menafikan perkataan-perkataan berkenaan berbaur fitnah.[2]

Laporan kepada SKMM[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Oktober 2010, Ahirudin Attan memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) berhubung projek jalur lebar.

Rais Yatim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur mendakwa blog Rocky's Bru menulis tentang kononnya anaknya, Dino Rais memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Laporan polis turut membabitkan blog Taikors and Taikuns (TnT) dan bigdogdotcom. Ahiruddin bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang dikehendaki bagi siasatan lanjut. [3] Pada 4 Disember 2010 blogger parpukari.blogspot.com menyiarkan artikel " Pendedahan bercili! Siapakah Abdul Razak Mohd Nor dan Numix Engineering?)? dan kaitannya dengan Dino Rais. Abdul Razak Mohd Nor menyaman dua blogger ini RM20 juta.[4]

Rumah dipecah masuk[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Januari 2011, rumahnya dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 407 miliknya dicuri di Taman Damai Utama, Puchong, Selangor.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]