Ahli bomba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahli bomba
US Navy 080730-N-5277R-003 A Commander, Naval Forces Japan firefighter douses a fire on a dummy aircraft during the annual off-station mishap drill at Naval Support Facility Kamiseya.jpg
Seorang ahli bomba memadamkan api dalam raptai. Beliau dilengkapi hos bomba dengan penyembur kabus, radas pernafasan, bomba dan peralatan bomba yang lengkap.
Pekerjaan
Jenis Pekerjaan, sukarela
Sektor aktiviti Memadam api, Menyelamat, Perlindungan api, Perkhidmatan awam, Keselamatan awam
Pemerian
Pekerjaan berkait Penyelamat, Juruteknik perubatan kecemasan
Latihan kebakaran di Pangkalan Udara Kadena, Jepun

Ahli bomba atau pemadam kebakaran ialah penyelamat yang dilatih secara menyeluruh, terutamanya untuk memadamkan kebakaran berbahaya yang mengancam penduduk awam dan harta benda, menyelamatkan orang daripada kejadian yang melibatkan kenderaan, bangunan yang runtuh atau terbakar dan situasi-situasi yang seumpamanya. Kehidupan berindustri moden yang semakin rumit mendatangkan banyak lagi bahaya, sehingga mendorong peningkatan dalam kemahiran yang diperlukan dalam teknologi bomba serta peluasan bidang kuasa penyelamat bomba, termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan.

Pasukan bomba dan ahli bomba sentiasa ada di seluruh dunia, baik kawasan hutan, bandar mahupun atas kapal.

Di sesetengah negara, termasuk A.S., Australia, Belanda, Chad, China, Finland, Jepun, Jerman, Kanada, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Sweden; ahli bomba lazimnya merupakan pekerjaan berbayar. Selain itu, terdapat juga ahli bomba sukarela (secara teorinya tidak berbayar) dan ahli bomba simpanan (separuh masa, dibayar bila bekerja) yang bersedia dipanggil 24 jam sehari, 7 hari seminggu.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. {"Retained Firefighters." Fire and Rescue NSW. Web. 17 Sept. 2011. <http://www.nswfb.nsw.gov.au/page.php?id=11>}

Pautan luar[sunting | sunting sumber]