Ahlul Haram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahlul Haram ialah masyarakat Muslim yang tinggal dan bermastautin penuh dalam kawasan Makkah dan Tanah Suci di sekitarnya (diriwayatkan sekitar kawasan Makkah Al-Mukarramah, Mina, Muzdalifah, Arafah dan juga Madinah Al-Munawwarah).

Bagi masyarakat ini, ketika mereka berhasrat untuk menunaikan ibadah Haji mereka adalah dimestikan untuk berniat Ihram di kediaman mereka sahaja. Sementara untuk menunaikan ibadah Umrah, mereka harus memulakan niat Ihram di sempadan-sempadan Tanah Suci.