Ahmad Basri bin Mohd Akil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Allahyarham Dato' Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil (25 April 1939, Alor Setar hingga 15 Julai 2008) adalah bekas Pengurus Pasukan Bolasepak Negeri Kedah dan Pengurus Pasukan Bolasepak Malaysia yang meraih pingat emas Sukan SEA tahun 1989. Beliau juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sehingga bersara. Disamping itu turut menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman serta Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).



Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, mempunyai 8 orang anak dan 12 orang cucu. Mula mentadbir Persatuan Bolasepak Kedah pada tahun 1986. Beliau dikenali sebagai BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KEDAH[perlu rujukan]. Beliau cemerlang bersama Persatuan Bolasepak Kedah. Lantang mengkritik ketidaktelusan FAM dan beberapa kali digantung oleh FAM. (2001- 2005)(2007-2009).



Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Kedah Administrative and Kedah Civil Servant
  • Kedah Cadet Administrative Service (12 January 1959)
  • Penolong Pegawai Daerah (14 Mei 1959)
  • Penolong Pegawai Daerah Baling (Tanah) (15 September 1959)
  • Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu (6 January 1962)
  • Penolong Pegawai Daerah Langkawi 1 Februari 1964)
  • Penolong Pesuruhjaya Tanah dan Galian (4 January 1967)
  • Setiausaha Menteri Besar Kedah 3 May 1969)
  • Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Kerajaan Tempatan)(5 September 1970)
  • Pemangku Pegawai Daerah Langkawi (1 January 1971)
  • Acting Sungai Petani Municipal Council Chancellor (1 January 1974)
  • Deputy Director of Kedah Land and Mineral (9 September 1976)
  • Kedah Treasurer (19 March 1977)
  • Deputy of Kedah State Secretary (17 December 1978)
  • Acting Kedah State Finance Officer (25 September 1980)
  • Kuala Muda Distinct Officer (13 June 1982)
  • Kota Setar Distinct Officer (1 January 1984)
  • Director of Kedah Land and Mineral (1 March 1986)
  • Kedah State Finance Officer (3 November 1989)
  • Kedah State Secretary (28 August 1992)

Pembabitan Bolasepak[sunting | sunting sumber]

  • Manager for Kedah football team (Kedah FA) (1986–1996)
  • Malaysia national football team Manager for SEA games (1989)
  • Deputy President for Football Association of Malaysia (FAM) (1994–1998)

Sejarah Bermula nya Bolasepak Kedah[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 1900
Bola sepak diperkenalkan oleh orang Inggeris yang tinggal di Negeri Selat. Selain itu terdapat juga wakil Inggeris yang berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah telah berusaha mempopularkan bola sepak.
  • Tahun 1908
E.A.G Stewart, pengusaha pelajaran Kedah telah berusaha memperluaskan permainan bola sepak apabila "Government English School" dibuka.
  • Tahun 1918
Piala Tengku Sulong diperkenalkan dan Piala Tahunan Ham dipertandingkan antara Kedah dan Pulau Pinang.
  • Tahun 1920
"HMS Malaysia Cup" diperkenalkan. Pasukan Kedah memenangi "Piala HAM. "Police Football Club"", Eric Football Club", "Perak Baru Football Club", "Kanchut Football Club" dan "Custom Football" ditubuhkan.
  • Tahun 1921
"Malaya Cup" diperkenalkan.
  • Tahun 1924
Persatuan Bola Sepak Kedah ditubuhkan. YTM Tengku Yaakob sebagai presiden dan Encik Samsudin sebagai setiausaha.
  • Tahun 1930
Kedah menghantar pasukan bola sepak ke pertandingan "Malaya Cup". Kedah berjaya ke pertandingan akhir "Malaya Cup" menentang Singapura pada tahun 1940. Kedah tewas 0-2.
  • Tahun 1948
Kedah memenangi Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Singapura dengan 2-0.
  • Tahun 1949
Kedah memenangi Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perak dengan 1-0.
  • Tahun 1952
Kedah berjaya menjadi johan Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perak 4-1. Pertandingan kalah mati "Piala FAM" dimulakan.
  • Tahun 1953
Kedah menewaskan Negeri Sembilan 4-1 untuk menjadi johan Piala Emas Raja-Raja.
  • Tahun 1962
Tuan Syed Hood dilantik sebagai ketua pasukan belia Malaysia dan Stadium Darul Aman siap dibina.
  • Tahun 1967
"Malaya Cup" ditukarkan kepada "Malaysia Cup".
  • Tahun 1977
Pertandingan bola sepak antara daerah-daerah diadakan.
  • Tahun 1980
Michael D.Everest, jurulatih dari England diambil untuk memberi latihan kepada pasukan Kedah.

Permulaan 'Sentuhan Emas' Dato' Basri kepada Bolasepak Kedah[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 1984
Dato Ahmad Basri Akil dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Petugas dan juga sebagai Timbalan Pengurus Pasukan.
  • Tahun 1985
YAB Dato Seri Haji Osman Aroff dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Dato Ahmad Basri dilantik menjadi pengurus dan Tuan Haji Ahmad Shafie dilantik sebagai jurulatih pasukan Kedah.
  • Tahun 1987
Sultan Kedah merasmikan Kompleks Sukan Muadzam Shah yang berharga RM2.7 juta pada 2-2-1987.
Kedah mencipta sejarah dengan menewaskan Pahang 2-0 untuk menjadi juara bola sepak MSSM bawah 18 tahun di Kejohanan Piala Rahman di Alor Setar pada 12-4-1987.
Kedah menjadi naib johan bola sepak Piala Razak dan tewas kepada Pahang 1-3 di Stadium Merdeka pada 3-8-1987.
Lagu Hijau Kuning mulai diperdengarkan kepada orang ramai, ciptaan Freddie Fernandez dan lirik oleh Dato Ahmad Basri Akil pada 9-9-1987.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1987 Kedah tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur pada 17-10-1987.
Radhi Mat Din dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir 1987 pada 17-10-1987.
  • Tahun 1988
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk kerja pengubahsuaian Stadium Darul Aman pada 2-6-1988.
Kedah tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2-6-1988.
Kedah menjadi juara Piala FAM-MSSM-Milo bawah 16 tahun di Stadium Ipoh, Perak. Kedah menewaskan Perak 2-1 pada 21-12-1988.
  • Tahun 1989
Tuan Haji Syed Hood Barakbah dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Kedah pada bulan Januari.
PKNK menjadi kelab pertama dari Kedah yang berjaya memasuki perlawanan akhir Piala FAM dan muncul sebagai juara menewaskan DBKL 1-0 pada 5-3-1989.
Sharp Roxy menjadi penaja pasukan bola sepak Kedah, pasukan bola sepak yang pertama di Malaysia dan Asia yang ditaja oleh syarikat berkenaan pada 26-3-1989.
Milous Kvacek mulai berkhidmat sebagai jurulatih pasukan separuh professional Kedah pada 7-4-1989.
Dato Seri Syed Nahar Syed Syeh Shahabudin dianugerahkan sebagai "Tokoh Istimewa Pembangunan Bola Sepak Kedah" oleh KFA pada 27-4-1989.
Eric Amsler diterima menjadi pemain import pertama Kedah pada 27-4-1989.
Kedah menjadi juara bola sepak Persatuan Bola Sepak China Malaysia (MFCA). Kedah menewaskan Selangor 4-1 di Stadium Darul Aman pada 22-5-1989.
Kedah berjaya mendapat khidmat Rincic Bratislav daripada kelab "Radnicki Nis Yugoslavia" dan V.Sundram Moorthy dari kelab "Old Boys of Basel Switzerland" pada 1-6-1989.
Kedah menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Darul Aman. Seterusnya menduduki tangga ke-3 dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM75,000 dalam Liga Semi-Pro 1989 yang pertama kali diperkenalkan pada 27-10-1989.
Slogan "Pulun Kedah Pulun" dilancarkan di Wisma FAM Kelana Jaya oleh Kelab Peminat Kedah (KEPAK) pada 1-12-1989.
Kedah muncul sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Kebangsaan di Seremban dengan Kedah menewaskan Perak 2-1 pada 29-11-1989.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1989, Kedah tewas lagi kepada musuh tradisi perlawanan akhir Kuala Lumpur 1-2 dan memenangi Piala Fair Play pada 3-12-1989.
  • Tahun 1990
Kedah mencatat sejarah di arena bola sepak negara setelah muncul sebagai juara Piala Malaysia 1990 di Stadium Merdeka dan memenangi Piala Fair Play pada 15-12-1990.
Lee Kin Hong dianugerahkan sebagai pemain terbaik semi-pro 1990 pada 15-12-1990.
KFA melancarkan projek pembangunan bola sepak menjelang tahun 2000 pada 30-12-1990.
  • Tahun 1991
Kedah memenangi Piala Sumbangsih dengan mengalahkan Selangor 2-1 di Stadium Darul Aman.
Kedah gagal melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia dan jatuh ke Divisyen Dua Liga Semi-Pro.
  • Tahun 1992
Kedah dilatih oleh Robert Rene Albert telah menjuarai Divisyen Dua Liga Semi-Pro 1992 dengan rekod tanpa kalah, juga menjadi pasukan pertama dari Divisyen Dua layak ke pertandingan akhir Piala Malaysia menentang Pahang, tewas 0-1.
Peter Nieketien, Tibor Szabar dan Olunbumi Adigun telah mewakili pasukan Kedah (1992-93).
  • Tahun 1993
Kedah juara Divisyen Satu Liga Semi-Pro 1993 dan menjuarai Piala Malaysia 1993 dengan menewaskan Singapura 2-0.
  • Tahun 1994
Kedah ditewaskan Pahang 1-2 pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia, Kedah menduduki tempat kedua dalam kedudukan Liga Perdana, Kedah memenangi Piala Sumbangsih dan Kedah Juara Piala Milo bawah 18 tahun.
Pemain import Kedah ialah Olunbunmi Adigun, Tibor Szaban dan Jan Janostak.
  • Tahun 1995
Kedah menduduki tempat ke-4 dalam Liga Perdana 1995 dan Kedah menjadi naib juara Piala Milo bawah 18 tahun.
Pemain import Kedah ialah Jan Janostak, Tibor Szaban dan Philippe N Dioro yang menggantikan Tony Gaspareto.
  • Tahun 1996
Liga Semi-Pro diganti dengan Liga Malaysia (Liga M)
Mosthakeen Omar dilantik sebagai jurulatih Kedah.
Kedah menjadi juara Piala FA 1996 dengan menewaskan Sarawak 1-0, kedah menjadi naib juara Liga Perdana 1996, juara Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perlis 1-0 dan juara Piala Agung tewaskan Kelantan.

Pembabitan Lain[sunting | sunting sumber]

  • President of Kedah Art's Associates (Angkatan Pelukis Kedah)
  • President of Kedah's Malaysian Red Crescent Society (Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia)
  • Former President of Kedah Camera Club (Kelab Kamera Kedah-KCC)

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  • 1989 - Managed Malaysia national football team to swoop Gold Medal in SEA games
  • 1990 - Managed Kedah for the 1st time to clinch Malaysia Cup title
  • 1993 - Managed Kedah to win double of Division 1/Premier 1/Super League and Malaysia Cup
  • 1996 - Managed Kedah to sweep the Malaysia FA Cup, the only title of the Malaysian football that Kedah had never won
  • Person who idealized the identity of Kedah football with the green and yellow as the tradition colours
  • Who creates the current Kedah FA crest and its motto, "Biar Jasa Jadi Kenangan" (Let's Our Contribution Be Remembered)
  • Wrote the lyrics for Kedah football anthem - "Biar Jasa Jadi Kenangan"

Lirik Lagu BIAR JASA JADI KENANGAN[sunting | sunting sumber]

Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun, berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Laman Memori-Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah