Ahmad Albar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Albar
Nama lahir Ahmad Syech Albar
Genre Rock
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Penulis lagu

Ahmad Albar ialah seorang pemuzik kelahiran Surabaya, 16 Julai 1946. Ia merupakan penyanyi asal lagu Gadis Melayu (yang dipopularkan oleh Othman Hamzah, Jamal Abdillah, dan Mawi) dan lagu Zakia yang dipopularkan oleh Ramli Sarip dari kumpulan Sweet Charity. Ayahnya Syech Albar, seorang pemain gambus terkemuka, dan ibunya Farida Al-Hasni. Ahmad Albar yang juga dipanggil dengan panggilan Iye merupakan pengasas kumpulan rock God Bless.

Perkahwinan Ahmad Albar dengan artis Rini S. Bono dianugerahi tiga orang anak: Fauzy Albar, Fachri Albar (seorang pelakon), dan Fadly Albar. Namun, pasangan Ahmad Albar dan Rini telah pun bercerai. Beliau juga mempunyai adik tiri bernama Camelia Malik, seorang penyanyi dangdut yang terkenal tahun 80-an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]