Ahmad Bashah Md Hanipah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Senator Dato' Seri
 Ahmad Bashah bin Md Hanipah

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini

Ahli Dewan Undangan Kedah
untuk N12 Bakar Bata
Tempoh berjawat
1999 – kini
Majoriti 895 (PRU-13)

Kerakyatan Malaysia
Parti politik BN-100px.jpg BN-UMNO
Pekerjaan Timbalan Menteri, Senator, ADUN
Agama Islam

Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah adalah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah menggantikan bekas Menteri Besar Kedah , Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid. Timbalan beliau ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi PRU13. [1] Beliau Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.

BN memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan Pakatan Rakyat (19 kerusi) manakala ADUN bebas (tiga kerusi). Jika BN mempertahankan kerusi sedia ada dan berjaya menambah enam kerusi pada PRU13 maka kerajaan Pas akan tumbang dengan majoriti mudah setelah memerintah sejak 2008. DUN Tanjong Dawai, BN hanya tewas tipis dengan majoriti hanya 79 undi, Jeneri (167 undi), Pantai Merdeka (503 undi) dan Ayer Hitam (506 undi).[2] Selain itu beberapa kerusi juga dimenangi dengan majoriti tipis oleh BN, termasuk DUN Bakar Bata sendiri yang dimenangi BN dengan majoriti hanya 358 undi.

Rombakan UMNO Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2011, rombakan UMNO Kedah dilakukan bagi memberi sentuhan baru memperkuatkan parti itu. Ada 15 Bahagian UMNO di Kedah. Rombakan itu melibatkan : Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah) ;Jalinan Rakyat Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah);Poster/Gerak Kempen Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah) ;Daftar Pemilih Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik) ;Pengundi Luar Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena) ; Agensi dan NGO Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap) ; Sistem Blog Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi) ; Kursus dan Latihan Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani) ; Pembangunan Datuk Mohd Johari Baharom (Ketua Bahagian Kubang Pasu) ; Kebajikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua Bahagian Baling) ; Keselamatan Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai) ; Polling/Counting Agent Datuk Md Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang) ; Pengangkutan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok) ; Makanan Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai) ; Barong/Pondok Panas Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun) ; Isu/Risikan Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah) ; Tugas-tugas Khas Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu) .[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau menang pilihan raya sejak 1999, 2004 dan 2008. Nama lama Bakar Bata ialah Alor Merah. Tahun 1999, beliau menang pilihan raya dengan majoriti 2922 undi.

Pada Pilihan raya 2004, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Barisan Nasional, (BN) mendapat 11,091 undi. Sementara Dr. Ismail Salleh (PAS) mendapat 5,054 undi sahaja. Majoriti undi 6037 undi.

Dalam Pilihan raya 2008, beliau menang bertanding di kawasan DUN Bakar Bata, Sungai Petani, Kedah- mendapat 8,232 undi. Sementara Rohani Binti Bakar dari PKR hanya mendapat 7,874 undi.

Pingat[sunting | sunting sumber]

DHMS.,DSDK.,AMK.,PPN.,BKM.,PJK.,JP (BN)

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Beliau menetap di Taman Rakyat Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]