Ahmad Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Jaafar
Nama lahirAhmad bin Jaafar
Kelahiran(1919-08-30)30 Ogos 1919
Binjai, Sumatera Utara, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia22 Mei 2009(2009-05-22) (umur 89)
Singapura
PekerjaanKomposer
Tahun aktif1930-an
Syarikat rakaman
EMI

Ahmad Jaafar (30 Ogos 1919 — 22 Mei 2009) adalah seorang pemuzik Malaya & Singapura yang aktif sekitar tahun 30an hingga 60an

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Binjai, Sumatera Utara, Indonesia pada 30 Ogos 1919. Ibunya bernama Ulung Rajunah, sementara bapanya Jaafar, merupakan seorang ejen wayang gambar bisu sementara bapa saudaranya pula seorang tukang biola yang menjadi penghias lagu-lagu hiburan di era filem-filem bisu dan pentas bangsawan ditayangkan. Minat beliau terhadap bidang muzik berputik sejak muda lagi. Dibesarkan oleh neneknya, semasa beliau berumur enam tahun, beliau mula belajar bermain perkusi (dram) dan kemudiannya bermain dengan pancaragam panggung wayang yang mengiringi tayangan filem bisu.

Didikan formal bagi Ahmad hanya bermula apabila beliau belajar bermain biola dengan bapa saudaranya. Kemudian ketika berusia 15 tahun, Ahmad menggunakan kemahiran baru yang diperolehinya untuk menyertai Pancaragam Medan Amateur di bawah naungan Sultan Langkat di awal tahun 1930-an yang dipimpin oleh Mohamad Darus Omar, Pengarah Band Tentera Sultan Langkat. Sambil berkhidmat dengan pancaragam tersebut, Ahmad mendapat didikan muzik yang lebih lanjut daripada ketua pancaragam. Pada tahun 1938, Ahmad berjaya menjadi pemain klarinet dengan pancaragam Simfoni Belanda, White Society, yang bertapak di Medan.

Apabila peperangan dunia ke-2 meletus, Ahmad bersama-sama dengan rakan-rakan bekas kumpulan pancaragamnya menubuhkan kumpulan teater dibawah paksaan tentera Jepun menjelajahi Sumatera dan diarahkan membuat persembahan teater bagi memperkembangkan propaganda Jepun.

Apabila perang berakhir, Ahmad berazam untuk meneruskan cita-citanya untuk berkhidmat di Radio Malaya. Pada tahun 1946, Ahmad bersama isterinya, Sutinah Enchu menaiki bot lebih empat jam dari Medan ke Singapura untuk mencuba nasib di Kota Singa itu. Tiba di Singapura tanpa pekerjaan hampir 2 bulan, beliau akhirnya diterima untuk menjadi peniup saxaphone dalam Kumpulan Muzik Cecil Wilson yang bermain di Great World Cabaret dimana beliau diperkenalkan dengan Osman Ahmad. Dengan kumpulan muzik ini, Ahmad mendapat bayaran S$250 sebulan.

Pada tahun 1949, Ahmad Jaafar menyertai Kumpulan Muzik baru, Harry Hackmayer yang bertapak di Restauran Cathay. Dengan kumpulan muzik ini, gaji Ahmad meningkat S$400 sebulan. Kumpulan muzik ini mengadakan persembahan di hotel-hotel dengan lagu-lagu Melayu, Amerika Latin dan juga lagu-lagu tema bagi pertunjukkan Sarkas.

Pada tahun 1950-an, Ahmad berjaya menjadi pemain muzik 'part-time' dengan Radio Malaya. Ketika inilah beliau mendapat kontrak dengan Shaw's Malay Film Productions dan juga Pertubuhan Cathay Keris untuk mengubah lagu-lagu latar dan nyanyian untuk filem. Di waktu inilah lahirnya lagu-lagu gubahan malar segar beliau seperti Ibu, Selamat Hari Raya dan Bunga Tanjong

Pada tahun 1958, Ahmad berjaya mendapat pekerjaan tetap di Radio Malaya sebagai pemain klarinet, flute and tenor saxophone, ketika ini beliau berpeluang mengadakan persembahan secara professional dengan Kumpulan Muzik yang ditubuhkanya buat pertama kali, Malayannaires. Apabila Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, Ahmad telah dilantik sebagai timbalan pemimpin Orkestra yang baru ditubuhkan, Rayuan Kencana di bawah Radio dan Televisyen Singapore (RTS). Dua tahun selepas itu,Ahmad telah diberi kepercayayn menjadi pemimpin utama Orkestra tersebut sehinggalah beliau bersara pada tahun 1992. Dalam tahun 1970-an, Orkestra di bawah pimpinan Ahmad Jaafar bermain untuk mengiringi penyanyi-penyanyi berbakat dalam pertandingan muzik, Talentime.

Ringkasnya, penglibatan serius Ahmad Jaafar dalam bidang muzik bermula setelah berhijrah ke Singapura pada tahun 1946. Perkenalannya dengan pemuzik Osman Ahmad memudahkan laluan beliau untuk menjadi pemuzik di Kota Singa itu. Pada tahun 1950, beliau diberi peluang mencipta lagu Ibu sebagai lagu tema filem yang sama tajukkan dan lagu itu dinyanyikan oleh P.Ramlee. Beliau kemudian diberi kepercayaan menhasilkan lagu-lagu untuk filem Penghidupan dan beberapa buah filem lagi. Antara lagu gubahannya yang masih segar ialah Selamat Hari Raya nyanyian biduanita Saloma. Lagu-lagu ciptaan beliau turut didendangkan oleh Nona Asiah, R.Azmi, Ahmad Daud dan ramai lagi. Ahmad Jaafar pernah mengasaskan Orkes Rayuan Kencana yang cukup popular di tahun 50-an kerana sering diundang oleh Radio Malaya di Singapura. Beliau juga turut memimpin Orkestra HMV untuk mengiringi rakaman lagu-lagu P.Ramlee ke piring hitam seperti lagu-lagu rakaman dari filem perjodohan iaitu Mengapakah Riang Ria nyanyian P.Ramlee & Normadiah dan juga lagu Sungguh Malangnya Nasibku nyanyian P.Ramlee, lagu-lagu dalam Filem Sedarah seperti Mesra Ibu dan Kalaulah Boleh Ku Lupa dalam Filem Aladin. Pada awal tahun 1990-an (1992) beliau bersara dari Perbadanan Penyiaran Singapura dan setelah itu beliau mengajar muzik.

Ahmad telah menggubah beberapa lagu kegemaran ramai yang diminati hingga masa kini, misalnya Ibu (nyanyian P.Ramlee - Filem Ibu), Selamat Hari Raya (Nyanyian Saloma), Bunga Tajung (Rubiah),Hujan Lebat dan Tiada Berita. Dipercayai Ahmad hanya menggubah 80 buah lagu tetapi bilangan gubahan dan susunan muzik amat banyak, termasuk beberapa gubahan untuk orkestra simfoni yang dipersembahkan dalam rancangan Malam Irama Malaysia anjuran Radio Malaysia pada tahun 1960an.

Ahmad Jaafar telah dianugerahkan beberapa pingat penghormatan sebagai menghargai sumbangan beliau dan ini termasuk Singapore Administrative Star (Bronze) dan Culture Medallion Award (Silver). Ahmad Jaafar meninggal dunia di Singapura pada 22 Mei 2009 di usia 89 tahun [1].

Karya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]