Ahmad Jais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Jais

Dato' Ahmad Jais
Latar belakang
Nama lahir Mohd Jais Bin Ahmad
Kelahiran 28 Mac 1936(1936-03-28)
Berasal dari Flag of Malaysia.svg Kapar, Kelang, Malaysia
Kematian 11 Oktober 2011 (umur 75)
Genre Pop Asli,
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokalis
Tahun aktif 1965–2011

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio-radio Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936.[1] Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [2]

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006[3].

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Oktober 2011, Datuk Ahmad Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas Solat Zohor.[4]

Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais. Sebelum itu Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu. Bagaiamanapun pada 15 September lalu beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.[5]

Filem[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Cinta Lahir Kembali
  2. Ahmad Jais 1964-1974 Vol 1 & 2 (Kompilasi)

Senarai Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Berilah Jawapan
  2. Berpisah Jauh
  3. Budi Setahun Segunung Intan (duet Kartina Dahari)
  4. Bukti Jadi Sejarah
  5. Dewi Rindu
  6. Dikau Sumber Ilhamku
  7. Doa Ikhlas Mereda Tangisan
  8. Hujan Semalam
  9. Jauh-jauh
  10. Jumpa Mesra (duet S. Effendi)
  11. Kau Pergi Tanpa Relaku
  12. Keagungan Tuhan (S. Effendi)
  13. Kembali Untukku
  14. Khayal Penyair (S. Effendi)
  15. Lagu Rindu
  16. Lambaian Terakhir
  17. Menanti Di Esok Hari
  18. Mungkin Bersama
  19. Nikmat Hujan
  20. Potong Padi
  21. Rayuan Hasratku
  22. Rindulah Rindu
  23. Si Baju Merah
  24. Si Buyung
  25. Sumpah Setia
  26. Tak Ku Sangka
  27. Tari Inang Pulau Kampai
  28. Untuk Bunga Mu
  29. Waspada
  30. Tiada maaf bagimu
  31. Jangan ditanya bila ku berdua
  32. Mengharap sinar menalan kabus
  33. Kucupan azimat
  34. Gelisah
  35. Satu Syawal
  36. Selamat Hari Raya
  • Azizah
  • Bahtera Merdeka
  • Berpisah Jauh
  • Budi Setahun Segunung Intan (Duet dengan Kartina Dahari).
  • Bungaku Puja Dipetik Orang
  • Di Ambang Sore
  • Gelisah
  • Juwitaku Sayang (Duet dengan Allahyarham Datin Rafeah Buang)
  • Ke Mana Di Mana.
  • Kucupan Azimat
  • Lembaran Terakhir
  • Mengharap Sinar Menelan Kabus
  • Selamat Tinggal Bungaku
  • Takwa Iman.
  • Umpan Jinak Di Air Tenang
  • Mata Duitan

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]