Ahmad Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Mahmud

Ahmad bin Mahmud
Lahir Ahmad bin Mahmud
17 Mac 1927[1]
Rembau, Negeri Sembilan Negeri Sembilan,  Malaysia
Meninggal 27 Ogos 2008 (umur 81)
Pekerjaan Pelakon, Pengarah, Penyanyi, Penerbit
Tahun aktif 1960-an - 1980-an
Pasangan Khatijah Mohamad
Anugerah Ahli Mangku Negara in 1987
Pingat Datuk Setia DiRaja, ("Gelaran Datuk" 2005).[2]

Datuk Ahmad Mahmud merupakan seorang seniman ulung yang berbangsa Melayu. Beliau telah mewarnai bidang perfileman di Malaysia pada era 1960-an hingga 1980-an. Beliau telah dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 17 Mac 1927.[3]

Isi kandungan

[sunting] Penglibatan dan Kerjaya Seni

Sejak tahun 1951, beliau terlibat dalam filem Matahari sebagai pelakon utama kerana ketampanannya. Pada tahun 1956, beliau melakonkan watak Hang Jebat di dalam filem Hang Tuah bersama Tan Sri P. Ramlee. Beliau yang telah berlakon lebih daripada 80 filem juga menerima pelbagai anugerah sepanjang hampir setengah abad bergelar sebagai seorang pelakon. Antara filem lakonannya ialah "Istana Impian", "Hang Tuah", "Ibu Mertuaku", "Dayang Senandong", "Isi Neraka", "Raja Bersiong" dan "Lela Manja". Kali terakhir beliau berlakon adalah di dalam drama bersiri yang bertajuk "Bukit Lalang" arahan Mior Hashim Manap pada tahun 1997.

Antara watak yang paling diingati ramai adalah watak beliau sebagai Dr. Ismadi di dalam filem Ibu Mertuaku (1962). Selain berlakon, beliau juga boleh menyanyi dan kerap juga menggunakan suaranya sendiri di dalam filem-filem lakonannya seperti filem "Pertarungan" menerusi lagu "Pertarungan" dan "Isi Neraka" menerusi lagu "Tanda Kasih" (berduet bersama Rahmah Rahmat).

Selepas lama berlakon, kerjaya beliau beralih arah sebagai pengarah, penerbit, penulis lakon layar asal di dalam empat buah filem iaitu "Mama Oh Mama" (1981), "Dendam Dari Pusara" (1983), "Mei 13" dan "Komplot" (1984).

Beliau telah disahkan menghidapi penyakit kencing manis pada tahun 2001 dan terpaksa menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu yang memerlukan belanja lebih daripada RM 2,000 sebulan.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Khatijah Mohamad, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan serta seorang anak lelaki dan kini mempunyai sembilan cucu serta seorang cicit.

[sunting] Kematian

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Ogos 2008 di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor ketika berumur 81 tahun setelah menderita penyakit buah pinggang sejak 2001. Beliau juga pernah menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak 22 Julai 2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Khatijah Mohamad dan tiga orang anak.[4]

[sunting] Filem Lakonan

[sunting] Filem Arahan

[sunting] Lagu

  • Tanda Kasih (berduet bersama Rahmah Rahmat)
  • Suara Ghaib (hasil ciptaan Osman Ahmad)

[sunting] Anugerah dan Pencapaian Perfileman

[sunting] Anugerah

Beliau telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1987. Selain itu, beliau juga telah dianugerahi pingat Datuk Setia DiRaja yang telah membawa gelaran "Datuk" pada tahun 2005.[5]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan Luar