Ahmad Maslan
| Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan |
|
![]() |
|
|
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 10 April 2009 |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Hasni Mohamad |
|---|---|
| Majoriti | 14,444 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 30 April 1966 |
| Parti politik | |
| Pasangan | Noraini binti Sulaiman |
| Anak | 3 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Agama | Islam |
| Laman web | http://ahmadmaslan.blogspot.com/ |
Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bendahari UMNO dan timbalan ketua bahagian UMNO Pontian.[1]
Isi kandungan |
[sunting] Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Siput, Benut, Pontian, Johor. Bapanya seorang penoreh getah dan hidup tanpa bekalan api, air dan telefon semasa kecil. Jika mahu ke sekolah di Benut, dia terpaksa naik bot dan mengambil masa lebih dua jam.
Beliau bersekolah SK Seri Bahagia Lubok Siput ,Benut, Pontian dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.Sekali lagi beliau menerima anugerah Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Piala Perdana Menteri.
Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), UKM Bangi (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik.
[sunting] Politik
Ahmad Maslan dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapha Mohamed . Beliau kini adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian Pontian.
Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang pernah disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Tan Sri Megat Junid Megat Ayob , Datuk Mustapha Mohamad,Tan Sri Yusof Nor dan Tan Sri Hussein Ahmad. Antara tugasannya ialah menarik golongan muda menyertai UMNO. Daripada 11.7 juta pengundi, hampir separuh adalah golongan muda di bawah 40 tahun. Daripada 11.7 pengundi di Malaysia, terdapat 4.38 juta yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu 2.85 juta atau 60% adalah Bumiputera.
[sunting] Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23121.
Calon lawan ialah Mohd Annuar Bin Mohd Salleh dari PKR mendapat 8,677 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.8 %. Undi rosak sebanyak 1008.
[sunting] Keputusan pilihan raya
| Tahun | Barisan Nasional | Undian | Pts | Penentang | Undian | Pts | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Ahmad Maslan (UMNO) | 23,121 | 70% | Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) | 8,677 | 26% |
[sunting] Anugerah
Di antara anugerah yang beliau dapat termasuklah:
- Pingat Jasa Kebaktian(PJK) (Selangor)
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) (Melaka)
[sunting] Isu dan kontroversi
[sunting] Felda
Beliau menjelajah ke seluruh negara bagi mempertahankan imej Felda yang dituduh bangkrap. Program UMNO Juara Rakyat idea Biro Penerangan UMNO yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Bukit Beruntung,Selangor pada 9 Janua2i dikatakan tak ubah seperti Karnival Jom Heboh, TV3. [3]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ "Senior Umno leaders to look after troubled states", The Star. 25 April 2009.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanelection_resultstidak disediakan - ↑ Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….
