Ahmad Sarbaini Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahamad Sarbaini Mohamed (56 tahun) merupakan bekas Penolong Pengarah Kastam Selangor. Ahmad Sarbaini bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu ,pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 April 2011. Sarbaini ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Pada 26 September 2011, Koroner Aizatul Akmal Maharani memutuskan kematian Sarbaini tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.[1]

Inkues[sunting | sunting sumber]

Perbicaraan inkues selama 13 hari pada Julai dan Ogos 2011, seramai 34 saksi memberi keterangan termasuk beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, pegawai forensik, beberapa pegawai Kastam dan juga isteri Allahyarham, Masiah@Maziah Manap.

Pada 5 Julai 2011, Koroner Aizatul Akmal bersama Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Hanim Mohd Rashid, Noor Amalina Mohd Rashid, Azlina Rasdi melawat lokasi.Turut pergi ialah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (peguam SPRM),Awtar Singh peguam keluarga Sarbaini).[2]

Hujah SPRM[sunting | sunting sumber]

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (peguam SPRM) mengemukakan hujah bertulis sebetelah 112 halaman :

  • Tiada sedikitpun keterangan Sarbaini dibunuh.
  • Tiada pembabitan pihak ketiga seperti dakwaan Awtar Singh.
  • Analisis DNA menunjukkan tiada pembabitan pihak ketiga berhubung kematian mangsa.Tiada DNA mengaitkan mana-mana pegawai SPRM terbabit.
  • Tiada luka akibat mempertahankan diri membuktikan bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat secara jenayah berhubung kematian mangsa.
  • Tiada bukti bahawa mangsa telah didera secara fizikal atau mendapat layanan yang teruk semasa kenyataannya direkodkan oleh pegawai SPRM pada 4 April 2011 atau pada hari kematiannya pada 6 April 2011.[3]

Kenyataan saksi[sunting | sunting sumber]

  1. Pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mendapati Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.Ahmad Sarbaini cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.Kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu.[4]
  2. Ahli patologi HUKM, Profesor Madya Dr. Faridah Mohd Noor menyatakan bahawa pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan yang dialaminya konsisten dengan kesan jatuhan dari tingkat tiga bangunan.darah yang banyak keluar daripada mulut, hidung dan telinga kiri juga menyebabkan mangsa sukar bernafas.Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya.[5]
  3. Saksi ke-11: Eksekutif Kanan bahagian Operasi Eksport di Schenker Logistic Sdn. Bhd., (Schenker), Wan Zainal Abidin Wan Zaki (47) mendakwa bahawa Sarbaini dua kali menelefonnya agar menngaku tidak memberi rasuah kepadanya.[6] Mereka berkenalan sejak 2006 dan makan bersama di Hajah's Cafe.
  4. Saksi ke-17: Penolong Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad (51) menjelaskan bahawa Sarbaini tertekan selepas menghubungi wakil dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd iaitu Wan Zainalabidin Wan Zaki menggunakan telefon bimbitnya.[7]Ahmad Sarbaini pernah menjawab bahawa beliau mendapat sikit-sikit, dapat RM50 hingga RM100 daripada Zainal, ejen Schenker dan RM30 sehingga RM100 daripada Ah Seng, ejen Top Mark Shipping & Freight Sdn. Bhd.Dalam perbualan, Ahmad Sarbaini mendakwa 'wang ihsan' itu diterimanya di kedai kopi dan bukanlah rasuah.
  5. Saksi ke-18: Abdul Ghani Ali (57) menyatakan sepanjang 30 tahun dalam SPRM, inilah pertama kali suspek mengaku menerima rasuah .Sarbaini mengaku menerima rasuah antara RM30 hingga RM200 sebulan daripada seorang bernama Ah Seng daripada syarikat ejen penghantaran Top Mark Shipping.Sarbaini juga mengakumenerima RM50 hingga RM100 sebulan daripada Zainal daripada syarikat Shanker Logistic Sdn. Bhd.[8].Abdul Ghani Ali mendakwa bahawa Sarbaini telah membelanjakan wang yang diterima dari dua syarikat ejen penghantaran.Sarbaini masuk ke dalam bilik Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad di aras tiga ,SPRM selepas rakaman percakapan dengan penolong penguasa SPRM itu.[9] Siasatan pada 2 April 2011, Ahmad Sarbaini mendakwa tidak menerima rasuah daripada Top Mark dan tidak mengenali Ah Chui dari Top Mark. Malah Syarikat Schenker Logistic Sdn. Bhd tiada dalam senarai ejen penghantaran SPRM.[10]

Reaksi dan bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2011, isteri Sarbaini, Masiah Manap membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya kerana tidak puas hati kerana pegawai SPRM bernama Ghani tidak disiasat.Malahan blog Raja Petra Kamaruddin mempersoalkan perkara yang sama. Pada 2 Mewi 2011, Masiah Manap telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang berhubung 'kenyataan' Ghani.[11]

Kes itu mendapat litupan utama termasuk lapuran oleh pakar Audio-video, ASP Fauziah Che Mat bahawa dua rakaman kamera memiliki ruang, DVR1 melompat dari pukul 2.47pm (pada 5 April 2011) sehingga 1.24pm (pada 6 April 2011) sementara rakaman DVR2, melompat dari 2.37pm (pada 5 April) sehingga 1.36pm ( pada 6 April), tempoh masa kematian Ahmad Sarbaini Mohamed. Pengarah MACC, Mohamad Yusoff Akope, pula memberitahu mahkamah bahawa dia diberitahu kejadian tersebut disebabkan oleh kesilapan manusia. Kononnya seorang pengawal Ismail Sedek (untuk sebab yang tidak dinyatakan) ingin mengundurkan rakaman, tetapi tidak menyedari dia menutup kedua-dua perakam.[12]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

  • 2 April 2011 Ahmad Sarbaini Mohamed disiasat di atas tuduhan mengambil rasuah tetapi dibebaskan di bawah jaminan.
  • 4 April 2011 Muhamad Fauzi Husin melapurkan bahawa Ahmad Sarbaini Mohamed mengaku kepada pegawai penyiasat Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad bahawa dia menerima rasuah antara RM30 dan RM200 dari "Ah Seng" (dari Top Mark Shipping) dan antara RM50 hingga RM100 dari "Zainal" (Shenker Logistics Sdn Bhd).
  • 6 April 2011 Ahmad Sarbaini dikatakan sekali lagi datang untuk menarik kembali pengakuan bersalah. Bagaimanapun dia dijumpai mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan MACC.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kematian Ahmad Sarbaini Akibat Nahas, Tiada Unsur Jenayah - Koroner
  2. ^ Inkues Ahmad Sarbaini selesai[pautan mati kekal]
  3. ^ "Kematian Sarbaini adalah mati mengejut - SPRM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 2011-09-26.
  4. ^ Ahmad Sarbaini terjatuh dengan tidak disengajakan[pautan mati kekal]
  5. ^ Pendarahan kepala punca kematian Ahmad Sarbaini[pautan mati kekal]
  6. ^ "Ejen dakwa Ahmad Sarbaini suruh jangan mengaku beri rasuah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 2011-09-26.
  7. ^ Ahmad Sarbaini tertekan ketika berada di pejabat SPRM?[pautan mati kekal]
  8. ^ "Ahmad Sarbaini mengaku terima rasuah bulanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-30. Dicapai pada 2011-09-26.
  9. ^ "Inkues Sarbaini: Saksi nafi reka cerita ketika beri keterangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-09-26.
  10. ^ "Ahmad Sarbaini tertekan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-09-26.
  11. ^ Isteri Sarbaini mahu polis siasat semula[pautan mati kekal]
  12. ^ Ahmad Sarbaini's death: CCTV recordings tampered with, court hears
  13. ^ Ahmad Sarbaini was depressed when at MACC office on April 6, Coroner's Court told, Death of customs officer at MACC office News 2011-07-13 11:50