Ahmad Shahir Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Haji

Ahmad Shahir Daud

PSD
Imam Besar Masjid Negara ke-6
Dalam jawatan
1983–1991
Didahului olehAbu Hassan Din Al-Hafiz
Digantikan olehHaji Arifin Harun
Imam Besar Masjid Negara ke-4
Dalam jawatan
1975–1978
Didahului olehAbdul Mohsein Salleh
Digantikan olehAbu Hassan Din Al-Hafiz
Butiran peribadi
LahirAhmad Shahir bin Daud
1936
Kampung Selising, Melor, Kelantan
Meninggal dunia29 Julai 2009 (berumur 72–73)
PasanganDatin Naimah Mohd Nawi
Anak-anak4
PekerjaanUlama

Datuk Haji Ahmad Shahir Daud adalah bekas Imam Besar Masjid Negara yang ke-4 dari tahun 1975 hingga tahun 1978. Beliau dilantik semula sebagai Imam Besar Masjid Negara ke-6 dari tahun 1983 hingga tahun 1991.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Datin Naimah Mohd Nawi. Rumahnya di Lorong Merican, Jalan Telipot, Kota Baharu, Kelantan. Ayahnya Tuan Guru Haji Daud Mohd Amin. Allahyarham meninggalkan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan serta tujuh cucu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mengajar agama di surau di kampung kelahirannya di Kampung Selising, Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1978 dan sekali lagi dari 1983 hingga 1991. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri).

Selepas bersara, beliau berkhidmat sebagai pendakwah bebas. Ahmad Shahir merupakan pendakwah yang dedikasi, kerana walaupun dalam keadaan uzur beliau sanggup menyampaikan ceramahnya dan semasa hayatnya arwah sering diundang menyampaikan ceramah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan Kota Bharu.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia akibat barah usus pada 29 Julai 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, Kelantan . Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Imam Besar Masjid Negara
  2. ^ "Semakan senarai penerima pingat dan darjah kebesaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 2021-01-14.
  3. ^ Datuk Shahir Sempat Berkhidmat Kepada Masyarakat Kampung