Ahmad Yakob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Yakob

SJMK, DJMK, SMK, JP (Kelantan)
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 15 Ogos 2023
TimbalanDato' Nik Amar Abdullah
SultanSultan Muhammad V
Didahului oleh Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Digantikan oleh Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Hj. Daud
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Pasir Pekan
Memegang jawatan
1995
Didahului olehKonstituensi baharu
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Kelantan
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Timbalan Mursyidul Am
Memegang jawatan
2015
Didahului olehHaron Din
Timbalan Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
2004 – 2013
Didahului olehAbdul Halim Abdul Rahman
Digantikan olehMohd Amar bin Abdullah
Butiran peribadi
LahirAhmad bin Yakob
(1950-02-01) 1 Februari 1950 (umur 74)
Tumpat, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996)
Barisan Alternatif (1999-2004)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Gagasan Sejahtera (2016-2020)
Muafakat Nasional (2019-2022)
Perikatan Nasional (sejak 2020)
PasanganDatin Siti Zubaidah binti Ab. Hamid
Anak-anak12
Kediaman
  • Wakaf Bharu, Tumpat
  • Kampung Berangan,Tumpat
PekerjaanUlama, Ahli politik

Yang Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad bin Yakob (lahir 1 Februari 1950) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Mursyidul Am merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Menteri Besar Kelantan bermula 6 Mei 2013 sehingga 15 Ogos 2023.[1][2][3]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ahmad Yakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Februari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad, tokoh PAS Kelantan.

Pada 1981, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid (lahir 1960), seorang guru dan mereka dikurniai 12 orang anak dari hasil perkahwinan tersebut.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas pulang dari Mesir, beliau menjadi guru bagi mata pelajaran pendidikan Islam dan seumpamanya di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980) kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong ,Gua Musang (1986) seterusnya mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan akhirnya berpindah ke Sekolah Menengah Rantau Panjang (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatannya sebagai seorang guru bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Sebagai guru agama, beliau aktif di surau dan masjid menyampaikan dakwah dan ceramah.

Politik PAS[sunting | sunting sumber]

Ahmad Yakob menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986. Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tumpat, Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Beliau ditawarkan oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS. Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan menang dengan majoriti 2,734 undi.

Pada 17 Mei 1997, Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Negeri Kelantan, yang kosong selepas penyandangnya Rozali Isohak (Semangat 46) telah digugurkan kerana menyertai semula UMNO.

Selepas memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999, Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004, Ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi, dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 23 Mac 2004.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi yang ditandingi Ahmad Yakob
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Peratus Mengundi Majoriti
1995 DUN Pasir Pekan, Kelantan Ahmad Yakob (PAS) 6,980 Saupi Daud (BN-UMNO) 4,241 77.06% 2,739
1999 DUN Pasir Pekan, Kelantan Ahmad Yakob (PAS) 8,389 Muhammad Sulaiman (BN-UMNO) 3,458 78.36% 4,931
2004 DUN Pasir Pekan, Kelantan Ahmad Yakob (PAS) 8,855 Md Noor Yaacob (BN-UMNO) 6,584 80.24% 2,271
2008 DUN Pasir Pekan, Kelantan Ahmad Yakob (PAS) 11,106 Md Noor Yaacob (BN-UMNO) 6,590 83.83% 4,516
2013 DUN Pasir Pekan, Kelantan Ahmad Yakob (PAS) 14,204 Nik Noriza Nik Salleh (BN-UMNO) 8,560 86.00% 5,644
2018 DUN Pasir Pekan, Kelantan Ahmad Yakob (PAS) 14,298 Wan Mohd Sanusi Wan Yunus (BN-UMNO) 5,946 8,352
Wan Mohd Johari Wan Omar (PH-Amanah) 2,140

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Yakob (2014). Khalifah Kita Pilihan Allah. Shah Alam: Karya Bestari. ISBN 9789838604840.
  • Ahmad Yakob (2017). Renungan Ramadhan. Kota Bharu: UKMB Resources.
  • Ahmad Yakob (2018). Sains Al-Quran. Kota Bharu: UKMB Resources. ISBN 9789671600825.
  • Ahmad Yakob (2020). Ibrah Melalui Kisah Anbiya’ & Solehin. Kota Bharu: UKMB Resources. ISBN 9789671600832.
  • Ahmad Yakob (2021). Ibtila' Hikmah dan Pengajaran. Kota Bharu: UKMB Resources.
  • Ahmad Yakob (2022). Akhlak & Tasauf Menerusi Pedoman Al-Quran. Kota Bharu: UKMB Resources.
  • Ahmad Yakob (2023). Nazhafah Diri & Integriti. Kota Bharu: UKMB Resources.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Yakob appointed MB Kelantan NST
  2. ^ "Ahmad Yakob MB Kelantan baru, Nik Amar TMB". Harakahdaily. 6 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-07. Dicapai pada 7 Mei 2013.
  3. ^ a b "Ahmad Yaakob takes oath as new Kelantan MB". The Malaysian Insider. 6 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-10. Dicapai pada 7 Mei 2013.
Jawatan politik
Didahului oleh
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
6 Mei 2013 –
Pemegang jawatan kini