Ahmad Yunus Hairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Ahmad Yunus Hairi

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan)
Penyandang
Tempoh jawatan 
18 Januari 2012
Didahului oleh Abdul Fatah Iskandar
Kawasan pilihan raya N51 Sijangkang, Selangor

Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Doktor
Religion Islam

Dr Ahmad Yunus Hairi adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan[1] yang juga ADUN Sijangkang, Kuala Langat, Selangor. Beliau bertanding dalam pilihan raya 2008 atas tiket PAS dan menang menewaskan calon UMNO Abdul Fatah Iskandar.

Exco Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Januari 2012, Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco negeri Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Januari 2012. Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam . Beliau dipertanggungjawabkan terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan negeri Selangor. Hassan Ali sebenarnya menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Calon pilihan iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak jawatan tersebut.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dapat gantirugi RM55,000[sunting | sunting sumber]

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 akhbar Berita Harian menyiarkan berita "Tikam dari belakang - calon PAS". Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press( Malaysia ) Berhad. Rencana itu membawa maksud Ahmad Yunus seorang rakan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu bersama majlis ceramah UMNO / Abdul Fatah tetapi bertanding pula atas tiket PAS. Pembaca akan mentafsir Ahmad Yunus sebagai calon PAS tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.[3] Dr Ahmad Yunus diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin. Datuk Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salahuddin Saidin . Akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee .[4]


Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Abdul Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr Ahmad Yunus.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]