Ahmad Zahid Hamidi
| Yang Berhormat Menteri Dato Ahmad Zahid Hamidi |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 09 April 2009 |
|
| Didahului oleh | Datuk Seri Najib Tun Razak |
|---|---|
| Digantikan oleh | penyandang |
|
|
|
| Tempoh berjawat 8 Mac 2008 – kini |
|
|
|
|
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri di Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009. Beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat,Rungkup, Bagan Datoh, Perak.
Isi kandungan |
[sunting] Keluarga
Bapanya Raden Hamidi Abdul Fatah (87) dan ibunya Tuminah Abdul Jalil (81 tahun). Ahmad Zahir anak sulung dari sembilan adik-beradik.Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1.40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka .Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh. Isterinya bernama Datin Hamidah Khamis. Ibu mertuanya Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.
Ahli parlimen PAS Hassan Adli Mohd Arshad merupakan bapa saudaranya.
Anaknya Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM dan menyertai Rejimen Askar Wataniah[1].
[sunting] Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyampung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976.Selanjutnya mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication .Seterusnya M.Sc jurusan Komunikasi Koprporat dari UPM.Seterusnya mendapat PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa 'cuti rehat' selepas tahanan ISA 1998.
Semasa di universiti , beliau menjadi editor tabloid 'Mahasiswa Negara' yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
[sunting] Kerjaya
Beliau seorang bankers dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC,Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995-1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB).Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad , Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada 1999 menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Pada 2007, Ahmad Zahid bersama pasukan motosikal besar berkonvoi ke seluruh Malaysia termasuk Indonesia untuk mempromosikan pelancongan Malaysia. Konvoi ini menjelajah Sumatera,Jawa dan Bali di Indonesia.
[sunting] Politik
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha politik Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan. Seterusnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1997), beliau menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu KKN (Kroni,Korupsi dan Nepotisme) dalam kerajaan.Berikutan itu, Dr Mahathir telah mendedahkan nama-nama Melayu/Bumiputera yang mendapat saham dan jawatan dalam syarikat tertentu.
[sunting] Tahanan politik ISA
Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang pada masa itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu dipangku oleh Datuk Hishamudin Tun Hussien.
[sunting] Pilihan raya Malaysia
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau mengalahkan Asha'ri Marsom dari Semangat 46 di parlimen Bagan Datok atas tiket Barisan Nasional / UMNO. Beliau dilihat pemimpin muda yang berpotensi dari negeri Perak.
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 beliau menewaskan Mohamad Dahalan Arhsad (PKR)
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 beliau menewaskan Ayyathurai Achutharaman (PKR)
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Zahid menang dengan mendapat undi sebanyak 13115. Calon lawan ialah Madzi Bin Hasan dari PKR mendapat 10,423 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 70% . Undi rosak sebanyak 814.
Selepas itu Perdana Menteri, Datok Seri Abdullah ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
[sunting] Hasil karya
- Pidato Politik : Menjana Kredibiliti, Mendepani Khalayak, Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.[2]
[sunting] Nota rujukan
- ↑ Siti Nurhaliza dan tujuh lagi selebriti sertai Askar Wataniah
- ↑ Pidato Politik : Menjana Kredibiliti, Mendepani Khalayak