Ahmad Zukni Johari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari (70 tahun) adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dihukum penjara lima tahun kerana bersalah memalsukan dokumen berupa satu cagaran sijil bon bernilai RM18 bilion (AS$5 bilion) syarikat PUNB pada 13 Oktober 2000 dengan niat mahu membuat kontrak yang nyata.

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Disember 2011,Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati mengeluarkan bon tanpa kebenaran Lembaga PUNB .Bekas Setiausaha Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 55, dijatuhi hukuman penjara empat tahun.Mereka berdua memalsukan dokumen pada 13 Oktober 2000 di Wisma UOA II, Jalan Pinang ,Kuala Lumpur.

Pada 27 Januari 2010,Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pernah membebaskan kedua-dua tertuduh tetapi pendakwa membuar rayuan.

Ahmad diwakili peguam Goik Kenzin manakala Mohamad Aminuddin pula Datuk Mohd Taqiyuddin Yahya.Timbalan Pendakwa Raya Datuk’ Abdul Razak Musa yang merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaaan SPRM mewakili mengendalikan pendakwaan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dua bekas pegawai kanan PUNB dipenjara palsukan cagaran bon RM18b". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-07. Dicapai pada 2011-12-05.