Ahmad al-Ja'bari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Said Khalil al-Ja'bari
Nama asal أحمد الجعبري
Kelahiran 1960-an
Gaza, Genting Gaza
Meninggal dunia 14 November 2012 (berumur 51–52)
Bandar Gaza
Sebab kematian Serangan udara
Warganegara Palestin
Pusat pendidikan Universiti Islam Gaza
Terkenal kerana Serangan rentas sempadan Hamas 2006
Agama Islam

Ahmad Said Khalil al-Ja'bari (Bahasa Arab: أحمد الجعبري‎; 1960 – 14 November 2012[1]) (kadangkala ditulis Jabari atau Jaabari atau Ja'abari) ialah seorang aktivis politik Palestin dan orang nombor dua dalam sayap tentera Hamas sebelum kematiannya. Beliau dikreditkan sebagai ketua dalam pengambilalihan Genting Gaza oleh Hamas,[2] memimpin pelancaran roket Qassam ke Israel,[perlu rujukan] dan memainkan peranan dalam penawanan askar IDF Gilad Shalit.[2]

Semasa di Universi Islam Gaza, Ja'bari menyertai Fatah, yang menyokong perjuangan bersenjata menentang Israel. Pada 1982, beliau ditahan pihak berkuasa Israel dan dipenjara selama 13 tahun. Selepas dibebaskan, beliau menyertai pula sayap bersenjata Hamas Briged Izz ad-Din al-Qassam. Beliau kemudian ditahan Angkatan Keselamatan Pencegahan Pihak Berkuasa Palestin pada 1998, dan dibebaskan tahun berikutnya. Pada 2002, Jaabari menjadi ketua operasi Briged al-Qassam selepas persaraan Mohammed Deif. Dengan jawatan ini; Ja'bari menjadi antara pegawai tinggi Hamas, selain pengasas Persatuan Nur, yang bertujuan membantu "syahid dan tahanan".[3]

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan Shin Beit menjalankan serangan udara menyasarkan beliau pada 14 November 2012,[4] sebagai sebahagian "Operasi Pillar of Cloud", dan berjaya membunuh Ja'bari dan anaknya semasa mereka sedang dalam perjalanan dengan kereta.[5][6] Jaabari merupakan pegawai berpangkat tertinggi Hamas dibunuh di Gaza sejak 2008.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Obituary: Ahmad al-Jaabari (1960 - 2012)". Ma'an. http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=537417. Capaian 16 November 2012. 
  2. 2.0 2.1 "A look at Terror Mastermind Ahmed Jabari". Consulate General of Israel in New York. 15 November 2012. http://embassies.gov.il/new-york/NewsAndEvents/Pages/A-look-at-Terror-Mastermind-Ahmed-Jabari.aspx. Capaian 16 November 2012. 
  3. "Shalit swap brings shadowy Hamas man to the fore", Al-Arabiya, 4 November 2011. Dicapai pada 19 Disember 2011. 
  4. Israel Bunuh Pimpinan Al-Qassam Di Gaza, Ahmad Al-Ja’bari Pusat Informasi Palestina. 15 November 2012.
  5. Elior Levy. "IDF kills top Hamas commander", 14 November 2012. Dicapai pada 14 November 2012. 
  6. Isabel Kershner. "Israeli Assault Into Gaza Kills A Hamas Leader", 15 November 2012, pp. 11/15/12 N.Y. Times A1. Dicapai pada 15 November 2012. (Inggeris) 
  7. "Israel Intensifies Gaza Air Strikes", 15 November 2012. Dicapai pada 15 November 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]