Ahmed Barada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ahmed Barada (lahir 25 April 1977, di Kaherah, Mesir) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari Mesir. Dia menjadi naib johan Terbuka Dunia dan Siri Super PSA pada tahun 1999 (tewas dalam kedua-dua buah kejohanan kepada Peter Nicol). Kedudukan terbaik yang dicatatkan dalam ranking dunia ialah No. 2 pada bulan Disember 1998.

Barada memenangi Terbuka Remaja Dunia pada tahun 1994, disamping empat gelaran Terbuka Remaja British sepanjang tahun 1991-1994 (1 bawah-14, 2 bawah-16, dan 1 bawah-19). Kemuncak kejayaan dalam sirkit profesional baginya ialah pada tahun 1996, apabila dia menjadi pemain wildcard pertama yang berjaya mencecah ke peringkat akhir dalam Kejohanan Siri Super Persatuan Skuasy Profesional. Beliau muncul sebagai naib juara.

Pada tahun 2000, Barada telah ditikam oleh seorang penyerang yang tidak dapat dikenal pasti diluar rumahnya yang terletak di Kaherah. Beliau bermain selama beberapa bulan selepas pulih daripada kecederaan itu tetapi mengumumkan persaraannya pada bulan Ogos 2001.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]