Ai FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ai FM
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaran
Slogan有情有爱,自由自在 (You Qing You Ai, Zi You Zì Zai)
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang
FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaBahasa-bahasa Sinitik (Bahasa Mandarin (utama), Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew dan Bahasa Hakka)
Pengenal terdahuluZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang
Perkhidmatan Bahasa Cina
Rangkaian Merah
Rangkaian Hijau
SekutuMuzik FM
Radio Klasik
Nasional FM
TraXX FM
Minnal FM
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarMuzik FM
Radio Klasik
Nasional FM
TraXX FM
Minnal FM
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/aifm
Tapak webaifm.rtm.gov.my

Ai FM (爱 FM) (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Cina, Rangkaian Merah, Rangkaian Hijau, Radio 5 dan Radio Malaysia Saluran 5) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Mandarin di Malaysia untuk masyarakat Cina Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Mandarin di Malaysia. Moto utamanya adalah 有情有爱,自由自在 (You Qing You Ai, Zi You Zì Zai).

Ai FM utamanya ialah di Tingkat 4 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk digital seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris). Siaran dari Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang) pada masa itu dibuat dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil adalah terhad dan bercorak tempatan manakala siaran berita disambung dari ibu pejabat berita di Singapura. Pada masa itu, stesen ini dikenali sebagai Perkhidmatan Bahasa Cina atau Rangkaian Merah. Ketua Perkhidmatan Cina pada keseluruhannya bernama Shi Zu Xian manakala Ketua Bahagian Cina yang pertama ialah Leong Teng Sun dan Lim Eng Mao sebagai penolongnya di Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang).

Radio Malaya kemudiannya bertempat di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur pada 1 Januari 1950. Leong Teng Sun bertukar sebagai Ketua Perkhidmatan Cina dan Wong Kim Pok dari Radio Rediffusion ditugaskan sebagai Pengelola Rancangan Cina. Siaran Cina dari stesen Kuala Lumpur ketika itu adalah bermula dari pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:15 tengah hari iaitu berita dan laporan Indeks harga Komoditi Utama manakala dari pukul 5:00 petang sehingga 7:00 malam adalah siaran kampung atau petani dan dasar kerajaan yang diterang dalam loghat Hakka, Kongfu dan Hokkien. Semasa zaman darurat (1948-1960) pula, Perkhidmatan Cina membuat rakaman dakyah menyeru pengganas komunis untuk menyerah diri.

Pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya (kini Radio Malaysia) berpindah ke tingkat 5 dan 6 di Rumah Persekutuan sehingga pada 8 Mei 1972. Pada 1hb Januari 1959, Rangkaian Hijau mengambilalih penerbitan dan siaran berita dari stesen Singapura dan waktu siarannya juga dilanjutkan dari pukul 6:30 pagi sehingga 11:00 malam melalui gelombang sederhana dan pendek. Mulai tahun 1960 ke 1970, Rangkaian Hijau meningkatkan penerbitan rakaman luar khasnya di luar bandar dan kawasan pertanian. Ramai kakitangan dan pelakon drama diserap ke Rangkaian Hijau untuk melancarkan pertandingan bakat, ciptaan lagu petriotik dan penerbitan drama. Ia mencipta sejarah dan keistimewaan iaitu menubuhkan kumpulan koir yang berkaliber dan berjaya mengeluarkan beberapa album karya.

Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Pada 9 Mei 1972, semua perkhidmatan Radio Malaysia memulakan siaran dari Wisma Radio di Angkasapuri RTM iaitu percantuman TV Malaysia dengan Radio Malaysia telah menyusun semula organisasi.

Pada 6 September 1989, Rangkaian Hijau yang dikenali sebagai Radio 5.

Pada 28 Disember 1994, Radio 5 memulakan siaran 24 jam sehari iaitu tambahan masa siaran sebanyak 50 jam seminggu dan siaran berita disiarkan pada setiap jam.

Pada 1 September 1998, Radio 5 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 5.

Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 5 yang dikenali sebagai Ai FM.

Sejarah nama Ai FM[sunting | sunting sumber]

  • ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
  • Perkhidmatan Bahasa Cina (1 April 1946-5 September 1989)
  • Rangkaian Merah (1 April 1946-18 Januari 1971)
  • Rangkaian Hijau (19 Januari 1971-5 September 1989)
  • Radio 5 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
  • Radio Malaysia Saluran 5 (1 September 1998-31 Mac 2005)
  • Ai FM (1 April 2005-kini)

Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) 07:00 - 07:10
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 08:00 - 08:03
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) 09:00 - 09:10
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 10:00 - 10:03
国际新闻 (Guo Ji Xin Wen) 11:00 - 11:05
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 12:00 - 12:03
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) 13:00 - 13:10
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 14:00 - 14:03
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 15:00 - 15:03
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 16:00 - 16:03
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) 17:00 - 17:10
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 18:00 - 18:03
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) 19:00 - 19:03
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) 20:00 - 20:05
福建话新闻 (Hok Kiàn Ue Sin Bun) (Hokkien) 20:05 - 20:10
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) 21:00 - 21:05
潮州话新闻 (Die Ziu Ue Sing Bhung) (Teochew) 21:05 - 21:10
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) 22:00 - 22:05
客家话新闻 (Hak Ka Fa Sin Vun) (Hakka) 22:05 - 22:10
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) 23:00 - 23:05
粤语新闻 (Jyut Jyu San Man) (Kantonis) 23:05 - 23:10

新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) disiarkan pada jam 8:00 pagi, 10:00 pagi, 12:00 tengah hari, 2:00 petang, 3:00 petang, 4:00 petang, 6:00 petang dan 7:00 malam dalam masa 3 minit.

重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari dan 5:00 petang dalam masa 10 minit.

国际新闻 (Guo Ji Xin Wen) disiarkan pada jam 11:00 pagi dalam masa 5 minit.

晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) disiarkan pada jam 8:00 malam, 9:00 malam, 10:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 5 minit.

方言新闻时段 (Wan Yan Xin Wen Shi Duan) disiarkan pada jam 8:05 malam (Hokkien), 9:05 malam (Teochew), 10:05 malam (Hakka) dan 11:00 malam (Kantonis) dalam masa 5 minit.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

  • 黄敏明 (Huang Minming)
  • 梁金龙 (Liang Jinlong)
  • 陈国俊 (Chen Guojun)
  • 邓佩银 (Deng Peiyin)
  • 谢劲程 (Xie Jincheng)
  • 叶恩慈 (Ye Enci)
  • 丘淑霖 (Qiu Shulin)
  • 黄晓涵 (Huang Xiaohan)
  • 李籽莹 (Li Ziying)
  • 朱敏瑜 (Zhu Minyu)
  • 黎燕红 (Li Yanhong)
  • 纪日婷 (Ji Riting)
  • 李燕晶 (Li Yanjing)

Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]

Rancangan Harian[sunting | sunting sumber]

Isnin-Khamis[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
爱谈天下事 (Ai Tan Tian Xia Shi) 06:00 - 09:59
爱生活 (Ai Sheng Huo) 10:00 - 11:59
爱要及时 (Ai Yao Ji Shi) 12:00 - 15:59
4到8再出发 (Si Dao Ba Zai Chu Fa) 16:00 - 19:59
今晚不一Young (Jin Wan Bu Yi Yong) 20:00 - 23:59

Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
爱谈天下事 (Ai Tan Tian Xia Shi) 06:00 - 09:59
爱生活 (Ai Sheng Huo) 10:00 - 11:59
爱要及时 (Ai Yao Ji Shi) 12:00 - 15:59
4到8再出发 (Si Dao Ba Zai Chu Fa) 16:00 - 19:59
俊情三条线 (Jun Qing San Tiao Xian) 20:00 - 23:59

Sabtu-Ahad[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
爱谈大小事 (Ai Tan Da Xiao Shi) 06:00 - 09:59
就是爱周末 (Jiu Shi Ai Zhou Mo) 10:00 - 14:59
周末爱放松 (Zhou Mo Ai Fa Song) 15:00 - 19:59
俊情三条线 (Jun Qing San Tiao Xian) 20:00 - 23:59

Carta muzik[sunting | sunting sumber]

Sabtu[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
新新音乐龙虎榜 (Xin Xin Yin Yue Long Hu Bang) 18:00 - 19:59

Ahad[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
我们的排行榜 (Wo Men De Pai Hang Bang) 18:00 - 19:59

Lagu kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar
89.3 MHz Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
106.7 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali
101.3 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang (Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam) Gunung Jerai
106.1 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
92.1 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
89.7 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
100.4 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
104.9 MHz Johor Bahru/Daerah Johor Bahru (Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Kangkar Pulai, Ulu Tiram, Tebrau, Pasir Gudang, Masai, Tanjung Kupang, Pengerang, Kota Tinggi, Bandar Penawar, Kambau, Sedili Besar, Sedili Kecil, Tanjung Surat, Pontian, Pekan Nanas, Ayer Baloi, Rambah, Teluk Kerang, Penerok, Api Api, Serkat, Benut, Kukup, Senai, Kulai, Bukit Batu, Sedenak, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang, Paloh, Kluang Kahang, Kampung Si-Kijang dan Ayer Hitam) dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
90.5 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
105.7 MHz Kota Bharu, Kelantan Telipot
90.7 MHz Kuching, Sarawak Gunung Serapi
Kalimantan Barat, Indonesia
92.3 MHz Labuan Bukit Timbalai
91.9 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Lawa Mandau

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 874
MYTV 704

Pautan luar[sunting | sunting sumber]